blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

(UPDATE VIDEO) Artis Yang Join PAS, Artis Yang KOLOT - Radhi Khalid

Wednesday, November 16, 2011

Sebelum aku hentam kumpulan Comel yang dianggotai oleh Radhi Khalid dan Bell Ngasri ni, suka untuk aku nyatakan bahawa aku jarang menonton program Maharaja Lawak Mega. Lebih-lebih lagi selepas pemergian arwah Din Beramboi dan penghijrahan Bob Lokman ke dunia dakwah.

Namun aku terpanggil dengan 'lawak bodoh' yang diucapkan oleh pelawak dari Malaysia, Radhi Khalid apabila mengeluarkan ayat "Hang jang buat mengarut. Boleh jadi artis Pas, artis yang kolot". Radhi Khalid menuturkan ucapan itu selepas Bell Ngasri mengucapkan perkataan "Saya suka Ustazah Pilihan".



Ada DUA benda yang aku nampak pada kebodohan ucapan Radhi Khalid ini. Pertama, dia bodoh kerana membuat lawak mempersendakan Pas. Sebuah parti politik Melayu kedua terbesar di dalam Malaysia. Pada fahaman aku amat sedikit jumlahnya penonton Cina atau India yang menonton rancangan ini, boleh juga dikatakan hampir tiada. Apabila dia mempersendakan Pas, ini bermakna Radhi Khalid mempersendakan penyokong dan para simpati Pas. Malah ia juga menjengkelkan pengundi atas pagar. Mereka tidak dapat lihat apa 'motif' lawak bodoh Radhi Khalid ini. Akhirnya kesan daripada lawak bodoh ini, kumpulan Comel tersingkir dari pertandingan Maharaja Lawak Mega. Faktor kekalahan mereka mungkin kerana tidak mendapat undi daripada penonton yang 'boring' dan 'meluat' dengan lawak mereka yang mempersendakan Pas.

Kedua, Radhi Khalid juga bodoh kerana ia bukan saja mempersendakan Pas. Tetapi ia juga secara tak langsung mempersendakan program 'Ustazah Pilihan'. Semua sedia maklum bahawa program itu juga sebuah program terbitan Astro. Program yang bercorak keagamaan itu merupakan antara siri program-program keagamaan terbitan Astro yang lain seperti Imam Muda. Jika diamati ucapan lawak bodoh Radhi Khalid itu menunjukkan, sesiapa yang meminati program Ustazah Pilihan terbitan Astro ini adalah orang-orang Pas ataupun orang-orang yang kolot. Ini bermakna semua penonton yang menggemari rancangan itu juga kolot. Mungkin juga Radhi Khalid memaksudkan, hanya orang-orang Pas sahaja yang menonton rancangan kolot itu, bukannya orang-orang Umno. Sedikit sebanyak kenyataan Radhi Khalid itu mengguris perasaan penganjur Astro, mengguris perasaan peminat yang meminati program Ustazah Pilihan termasuklah peminat-peminat dari Umno. Sampai hati Radhi Khalid kata tiada ahli Umno yang meminati rancangan itu. Pasti ada. Faktor inilah yang menjadikan sebab kepada penyingkiran kumpulan Comel. Mereka tidak dapat undi dari ahli Umno yang meminati rancangan Ustazah Pilihan, mereka tidak dapat undi daripada orang-orang yang kolot, dan mereka juga mungkin sengaja disingkirkan oleh Astro kerana mempersendakan salah satu program rancangan terbitan Astro - Ustazah Pilihan.

Kepada Radhi Khalid, padan muka!.

Lihat video penghinaan Radhi Khalid di bawah :
Read Full 37 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks