blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Anggota Bersepai, Treler Pasir LANGGAR Bas Rombongan SMK Air Merah (18SG)

Friday, November 11, 2011
SLIM RIVER, 11 Nov -- Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat dari timbusan pasir yang merupakan mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.

Kejadian pukul 4.45 pagi itu melibatkan sebuah treler muatan pasir yang melanggar belakang sebuah bas yang berhenti di tepi jalan. Bas yang membawa rombongan pelajar dan guru dari SMK Air Merah, Kulim ketika itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur.


Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah satu anggota badan milik mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.


Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa keluar salah satu anggota badan milik mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.




Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mayat dari timbusan pasir yang merupakan mangsa kemalangan dalam kejadian melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, awal pagi ini.


Mayat mangsa-mangsa kemalangan yang melibatkan sebuah bas persiaran di Km382 Lebuhraya Utara Selatan (hala selatan) dekat Slim River, dibawa ke Rumah Mayat Hospital Slim River, hari ini.


Kredit : Bernama




Takziah untuk keluarga mangsa. Al-fatihah : Author Faethal
Read Full 4 comments

UTUSAN Makin TIDAK LAKU, Promosi Potongan 50% Di SEKOLAH


Nampaknya Utusan semakin tidak mendapat permintaan pada hari ini. Ia bukan saja tidak laku dijual di pasaran biasa, malah tidak lagi menjadi pilihan di sekolah-sekolah di Malaysia. Berikut adalah laporan Audit Bureau of Circulations berkaitan jualan harian akhbar Utusan :

Purata jualan harian akhbar Utusan 2004 adalah sebanyak 256,247 naskhah.
Purata jualan harian akhbar Utusan 2006 adalah sebanyak 213,445 naskhah.
Purata jualan harian akhbar Utusan 2009 adalah sebanyak 169,548 naskhah.
Purata jualan harian akhbar Utusan 2010 adalah sebanyak 171,842 naskhah.

Laporan ABC menunjukkan angka purata jualan harian akhbar Utusan sehingga akhir tahun 2010 adalah sebanyak 171,842 naskhah.

Berikutan trend jualan yang semakin menurun, Utusan akan amat mengharapkan akhbarnya dibeli menerusi agensi-agensi kerajaan termasuklah sekolah. Seperti yang kita sedia maklum, 50 peratus daripada jualan Utusan pula dibiayai kerajaan.

Akhirnya sebagai langkah terakhir bagi menyambung hayat penjualan Utusan, maka satu surat edaran khas TAWARAN LANGGANAN telah diedarkan di seluruh sekolah sebagai 'promosi' terakhir yang memberikan potongan sehingga 50% di atas pembelian akhbarnya.

Alasan Utusan mengapa pihak sekolah sepatutnya melanggan Utusan ialah kerana di dalamnya "terdapat sisipan berguna sebagai bahan bacaan atau rujukan kepada pelajar-pelajar mahupun guru-guru".

Mungkin berita-berita seperti di bawah inilah yang dimaksudkan Utusan sebagai bahan bacaan berguna untuk pelajar dan guru-guru. Fikir-fikirkan dan salam Jumaat pada semua.



Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks