blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

ROSMAH Tiba Malaysia 3.25 Petang TERUS Tayang JAMBUL

Wednesday, November 9, 2011
SEPANG, 9 Nov -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor mengaminkan doa sejurus tiba dari mengerjakan ibadat haji di tanah suci Mekah ketika di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Turut sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan sebaik tiba dari mengerjakan ibadat haji di tanah suci Mekah bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ketika di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan tugasan harian ketika barada di dalam kereta sebaik tiba dari mengerjakan ibadat haji di tanah suci Mekah sebaik tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. Najib dan rombongan selamat tiba di tanah air dengan menaiki pesawat khas pada 3.25 petang.


Kredit : Bernama




Fuh...tak menyempat-nyempat nak tayang jambul. Agaknya panas benar cuaca di Arab Saudi agaknya. Kena bertudung pulak tu. Turun-turun flight terus tayang jambul. Tapi aku rasa bukan dia sampai Malaysia baru tayang jambul. Sebelum take-off mesti dah sedia dengan jambulnya tu. Korang agak-agak la...ni Haji Mabrur ke...Haji MaBERUK? : Author Faethal
Read Full 31 comments

PETI BESI Dikopak, Wang RM20 ribu, Barang Kemas RM35 ribu LESAP

BUTTERWORTH, 9 Nov -- Mohamed Mustafa,71, menunjukkan keadaan peti besi dirumahnya yang dikopak oleh pencuri di Rumah Pangsa Sri Bagan, Jalan Bagan Dalam. Di sinilah tempat beliau menyimpan wang tunai dan barangan kemas.


Mohamed Mustafa,71, (kanan) dan cucunya Nafil Ali Baharuddin,37, mengemas semula pakaian berselerak setelah dimasuki pencuri di Rumah Pangsa Sri Bagan, Jalan Bagan Dalam di sini.

Mohamed Mustafa kehilangan wang tunai sebanyak RM20,000 dan barang kemas bernilai RM35,000 di dalam peti simpanan tersebut. Kejadian disedari setelah mereka berdua kembali dari melawat isterinya di Kuala Lumpur hari ini.

Kredit : Bernama


Alangkan mesin ATM bank pun boleh dicuri, inikan pula setakat peti besi karat...: Author Faethal
Read Full 0 comments

PEMECAH BERITA : Bukti DOKUMEN Kastam Dagangan Israel Ke Malaysia

Dokumen Kastam menunjukkan kemasukan barang dagang ke Malaysia daripada negara asal - ISRAEL

Susulan pendedahan SAMM yang konsisten dalam hubungan dagang yang wujud di antara Malaysia dan Israel selama ini, SAMM melalui Chegubard telah mendedahkan set-set borang kastam yang membuktikan secara khusus wujud dagangan yang mana Malaysia membantu ekonomi Israel di dalam siri ceramahnya selama ini. Kemuncak siri pendedahan hubungan dagang yang terjalin antara Malaysia dengan Israel ini membawa kepada persoalan yang dibawa oleh Er Teck Hwa di dalam Parlimen semasa membahaskan Belanjawan 2012 Peringkat Dasar pada sessi Dewan Rakyat bertarikh 17 Oktober 2011. Tindakan Er Teck Hwa ini akhirnya membawa kepada tindakan beliau dihalau daripada dewan oleh speaker.

Hakikat hubungan dagang antara Malaysia-Israel ini sebenarnya diakui oleh Utusan sendiri melalui penulisnya, Zaini Hassan yang telah menulis satu artikel mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim zionis menjalinkan hubungan dagang dengan Malaysia di bawah tajuk Bendera Israel berkibar di Malaysia?.

Kini, set-set dokumen Kastam itu didedahkan untuk tatapan semua rakyat Malaysia. Terpulang kepada Menteri MITI, Mustapa Mohamed dan Timbalan Menterinya Mukhriz Mahathir untuk menjelaskan hakikat kebenaran wujudnya hubungan dagang di antara Malaysia dan Israel. Hubungan dagang ini bukan kecil nilainya, kerana terbukti Malaysia yang selama ini melalui Mukhriz dan AMAN Malaysia memberi sumbangan derma kepada rakyat Palestin yang dizalimi Israel rupa-rupanya merupakan rakan dagang Israel yang ke-15 terbesar pada 2010. Negara Islam Malaysia lebih hebat daripada negara Australia, Mexico, Mexico dan Filipina.

Bukti di bawah adalah paparan gambar borang kastam yang menunjukkan urusniaga secara terus dari Haomanut Street, Netanya Israel ke Kargo KLIA dan dibawa ke Negeri Sembilan.

Pengimport dari Malaysia di bawah nama Samsung Electronics Display (M) Sdn Bhd.


Pengimport Malaysia di bawah nama Plexus Manufacturing Sdn Bhd


 Nombor Kastam yang tertera pada borang.


Cop Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MITI.

Chegubard selaku Ketua Penyelaras SAMM akan meneruskan pendedahan penting ini di kawasan Parlimen Jeli.Di kawasan Parlimen Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia pada tanggal 10 November 2011. Kepada seluruh warga Jeli, nantikan pendedahan ini di sana pada hari tersebut, dimana pendedahan ini akan dibawa secara eksklusif kepada anda.

Profesor Dr. Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dalam khutbah Jumaat bertarikh 12 April 2002 seperti disiarkan di dalam fatwa, hakam dan...‘muhadaroh’ telah menyeru umat Islam dan negara Islam untuk memboikot semua produk dan membatalkan hubungan dagangan dengan Israel. Beliau menegaskan bahawa perbuatan mengadakan hubungan dagangan dengan Israel adalah tergolong dalam dosa-dosa besar dan kerajaan adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar tersebut.

Lain-lain artikel berkaitan hubungan dagang antara Malaysia-Israel :

- MP Bakri: Jangan Sembunyi Dagangan Malaysia-Israel !!
- Bisu mengenai hubungan dagang Malaysia - Israel : SAMM akan bentang bukti depan pengundi Jeli
- Bagaimana Lori Dagang Syarikat Israel terlepas masuk Malaysia?
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks