blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

25 minit Perbualan NAJIB-RAJA SAUDI, Tolong Jangan Memalukan MALAYSIA

Tuesday, November 8, 2011
MEKAH, 8 Nov -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbual dengan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud menerusi telefon di Istana Tetamu Mina, Mekas di sini, semalam. Perbualan tersebut berlangsung selama 25 minit kira-kira 7.45 malam waktu tempatan semalam.

Kredit : Bernama

Minta ampun, minta maaf. Jangan la Najib memalukan dirinya dan Malaysia lagi. Cukuplah dia sekadar tulis di dalam twitternya: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai." sehingga ditegur Mufti. Jangan la sampai dia ulang perkataan "urusan haji kami sudah selesai" dengan Raja Arab Saudi. Mesti pelik dan hairan nanti Raja Saudi tersebut. Macam mana Perdana Menteri Malaysia sudah selesai urusan haji?.

Sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini (Selasa), itupun jika Najib dan Rosmah melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

Menurut Mufti Perlis, “Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 November. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan 13 Zulhijjah."

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,”

Bukan apa, Najib berbual selama 25 minit. Lama juga tu, takut dia terlepas cakap lagi. Harap-harap tidak begitu...
Read Full 0 comments

Andrian Jay Pereira DIBUNUH Ketika Masih DI ATAS MOTOR

Adrian Jay Pereira dilaporkan ditetak dengan senjata tajam oleh pencuri dan mati di tempat kejadian ketika cuba menghalang motosikalnya dicuri di hadapan rumah sewanya.kejadian yang dipercayai berlaku pada 7 malam. Maklumat awal berdasarkan laporan Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia, pelajar itu dikenali sebagai Adrian Jay Pereira, penuntut Fakulti Perubatan di Universiti Brawijaya, Malang dan berasal dari Selangor.

Pihak berkuasa Indonesia mengklasifikasi kejadian pembunuhan pelajar Malaysia, Adrian Jay Pereira sebagai kes jenayah semata-mata dan tiada kaitan dengan motif lain termasuk balas dendam.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, Ludinata Misnun, berkata polis Indonesia sedang memburu dua suspek berhubung kejadian itu namun sehingga berita ini ditulis, belum ada sebarang tangkapan dibuat.

“Pihak Hospital Saiful Anwar di Malang, selesai menjalankan bedah siasat ke atas jasad Adrian Jay Pereira pada jam 2.45 petang waktu tempatan dan sedang menguruskan penyerahan mayat itu kepada Kedutaan Besar Malaysia untuk dihantar pulang ke tanah air,” katanya ketika dihubungi di Malang.

Adrian Jay Pereira , 23, ialah mahasiswa Fakulti Perubatan, Universiti Brawijaya, Malang, Jawa Timur.
Ludinata berkata, hasil bedah siasat itu menyimpulkan bahawa kematian Adrian Jay Pereira disebabkan luka parah pada leher sebelah kanan akibat ditetak dengan objek tajam.

Katanya, keluarga mendiang Adrian Jay Pereira diwakili seorang bapa saudaranya dan seorang peguam untuk melihat keadaan mayat beliau di hospital itu hari ini.

Jasad Adrian Jay Pereira akan dihantar pulang ke tanah air dengan pesawat Penerbangan Malaysia pada jam 10.40 pagi waktu tempatan dari Lapangan Terbang Juanda, Surabaya dan dijadual sampai di KLIA, Sepang pada jam 2.15 petang waktu Malaysia.

Adrian Jay Pereira (gambar) mati dibunuh ketika cuba menghalang seorang lelaki mencuri motosikal miliknya di kediamannya di bandar Malang, Jawa Timur di sini, malam tadi. Penuntut Fakulti Perubatan di Universiti Brawijaya, Malang itu dilaporkan mati di tempat kejadian setelah ditetak dengan senjata tajam oleh pencuri tersebut.



Ludinata berkata, berdasarkan keterangan polis, kejadian yang menimpa Adrian Jay Pereira bermula pada jam 6.30 petang di rumahnya di bandar Malang, apabila beliau bersama dua rakan serumah terdengar bunyi bising di luar kediaman mereka.

Adrian Jay Pereira yang keluar menyiasat tidak menemui apa-apa yang aneh namun beliau mengesyaki ada orang cuba mencuri motosikal yang baru dibelinya.

Pelajar itu kemudian berpesan kepada dua rakan serumahnya supaya mengunci pintu dan menunggu beliau di dalam rumah, sementara beliau menaiki motosikal untuk mencari pihak yang disyaki berniat jahat itu.

Tidak berapa lama kemudian selepas gagal menemui orang yang dicari, Adrian Jay Pereira pulang semula ke rumah dan sejurus berhenti di luar rumah, beliau secara tiba-tiba diserang dengan tetakan di bahagian kanan lehernya dengan senjata tajam oleh orang yang tidak dikenali.

Semasa serangan itu, Adrian Jay Pereira dilaporkan masih duduk di atas motosikalnya. Polis percaya dua penjenayah terbabit dalam kes itu.

Seramai 173 pelajar Malaysia sedang menuntut di Malang pada masa ini dan daripada jumlah itu, 161 orang belajar di Universiti Brawijaya
Read Full 2 comments

Artis TEPIS DAKWAAN Lakukan Pembedahan Payudara Secara LIVE

Courtney Stodden (kanan) yang berkahwin dengan pelakon Doug Hutchison.

Artis sensasi Courtney Stodden menepis dakwaan yang mengatakan payudaranya adalah hasil pembedahan. plastik apabila membuktikannya melalui sebuah rancangan siaran langsung di televisyen.

Courtney Stodden (17) yang berkahwin dengan pelakon Doug Hutchison (51) menawarkan diri di sebuah rancangan Dr Drew's Lifechangers bersama doktor pakar bedah, Dr John Diaz. Courtney menjalani ultrasound dan disiarkan televisyen tersebut, dan hasilnya, payudaranya terbukti asli tanpa sebarang operasi pembedahan.

Sejak berkahwin dengan Doug, Courtney berusaha menepis khabar angin tentang penampilannya dan didakwa ia mengubah bentuk di beberapa bahagian tubuhnya, termasuk payudara.

Courtney Stodden menjalani ujian ultrasound secara langsung di kaca televisyen.

Payudaranya yang besar dianggap tidak sesuai untuk tubuhnya yang kecil. Courtney terus didakwa melakukan operasi pembesaran payudaranya.

Tapi setelah menjalani ujian, payudara Courtney ternyata asli tanpa sebarang operasi pembedahan. Namun demikian ada benjolan di bawah payudara Courtney yang belum jelas apakah puncanya.

"Jika dia menjalani operasi pembedahan plastik, kita akan mengetahuinya hari ini," terang Dr Diaz, seperti dilaporkan Dailymail.

"Saya sudah melihat, tidak ada (hasil operasi). Pisau tidak pernah menyentuhi tubuh ini," sambung Dr Diaz yang disambut senyuman suami Courtney, Doug.
Read Full 0 comments

Seksualiti Merdeka BERJAYA Tenggelamkan PERDAGANGAN ISRAEL

Hebat betul media BN mainkan isu Seksualiti Merdeka. Punya hebat sehinggakan pemimpin PR pun terus lupa pada isu hubungan dagang bersama Israel. Dalam masa seminggu saja isu hubungan dagang Israel yang ditimbulkan ole YB Er Teck Hwa sehingga dihalau dari dewan tenggelam tidak tanpa jawapan oleh Menteri MITI, mahupun Timbalan Menterinya Mukhriz Mahathir.

Bagi aku isu Seksualiti Merdeka ini sebenarnya ditimbulkan bukanlah untuk menghalang penganjurannya. Jika kerajaan BN benar-benar serius untuk menghalang penganjurannya, ia sudah dilakukan sejak 2008 lagi. Isu ini sebenarnya sengaja ditimbulkan sebagai senjata serampang dua mata. Satu peluru untuk dua sasaran.  Sasaran pertama untuk menutup isu hubungan dagang Malaysia-Israel. Sasaran kedua untuk memecahkan sokongan rakyat ke atas BERSIH, apatah lagi BERSIH 3.0 dijangka akan dilancarkan jika pilihanraya diumumkan sebelum reformasi dalam pilihanraya dilakukan oleh Najib.

Untuk kesekian kalinya politik persepsi 'berjaya' dimainkan dalam isu Seksualiti Merdeka oleh BN-UMNO. Sejak dari mula lagi mereka menimbulkan isu Seksualiti Merdeka ini, mereka telah melabelkan ianya adalah sebuah perhimpunan seks bebas. Itu persepsi yang ingin mereka tanamkan. Seksualiti Merdeka ialah pesta seks bebas. Mereka kemudiannya berjaya menimbulkankan persepsi  bahawa Ambiga adalah seorang penyokong Seksualiti Merdeka atau bahasa mudahnya - Ambiga penyokong kumpulan penganjur seks bebas. Sebelum ini mereka berjaya menggambarkan Ambiga adalah BERSIH, dan BERSIH adalah Ambiga. Ini secara tidak tidak langsung memudahkan tugas mereka untuk menyekat perancangan BERSIH 3.0. Penyokong BERSIH 2.0 yang 'termakan' dengan persepsi ini mungkin tidak akan turun pada BERSIH 3.0 kerana bagi mereka Ambiga penyokong anjuran perhimpunan seks bebas.

Isu Seksualiti Merdeka ini juga berjaya membuka mulut pemimpin PAS untuk mengeluarkan kenyataan. Tantawi antara yang paling awal mengeluarkan kenyataan selepas TV3 membuat laporan bahawa ada satu festival seks sejenis akan berlangsung di ibu kota tanpa usul periksa dan tanpa bertanya kepada penganjur. Malah Nik Aziz juga turut membuat komen.

Berbalik kepada isu hubungan dagang Malaysia-Israel, walaupun isu ini ditimbulkan di parlimen, sehingga Er Teck Hwa dihalau keluar, langsung tiada media yang menimbulkan isu ini. Atau dalam bahasa mudahnya, tiada media dari pro-Pakatan Rakyat yang memainkan persepsi bahawa kerajaan BN adalah sekutu kuat kepada pembangunan ekonomi Israel. Tidak ada.

Sebaik aku dapat khabar dari parlimen Er Teck Hwa dihalau keluar dari dewan, aku tunggu mana-mana media yang paling awal pick-up berita ni. Aku tak mahu pick up berita ni dalam blog sebab nak tengok adakah media PR akan berjaya dalam permainan politik persepsi ini. Er Teck Hwa dah bagi bola tanggung. Sayangnya tajuk yang keluar dalam Malaysiakini, Sidang Dewan Rakyat kecoh, tiga MP diarah keluar.' Dan daripada tiga MP yang diarahkan keluar, berita pasal Gobala dapat perhatian Isu Kg 'Buah Dada': Gobala diarah keluar Dewan Rakyat. Takde dalam tajuk laporan media yang ada perkataan ISRAEL. Yang ada ialah perkataan KELUAR DEWAN. Bola tanggung yang diberi ole Er Teck Hwa tidak bersambut.

Di sini kita nampak kehebatan BN di dalam permainan politik persepsi apabila tiada seorang pun pemimpin BN yang sambut atau respon isu ini. Jika ada pun Nazri Aziz, itupun tidak lebih tiga patah perkataan. Yang menghighlightkan isu hubungan dagang ini kemudiannya ialah daripada Er Teck Hwa, blog Jalan Sayang, blog CheguBard, blog Amenoworld, blog Milosuam dan beberapa blog lagi. Selepas itu barulah media pro-PR tekankan balik kepada fokus isu sebenar iaitu hubungan dagang Malaysia-Israel dan bukannya isu 'keluar dewan'. Dalam kesibukan media terlambat fokus di dalam isu ini...tiba-tiba BN menimbulkan isu baru - Seksualiti Merdeka. Akhirnya isu hubungan dagang Malaysia-Israel ini tenggelam terus selepas itu.

Segala penat lelah blogger-blogger PR mencari data yang menunjukkan Malaysia menjadi negara ke 15 menjadi rakan dagang utama Israel tidak disahut.


Malah ada yang berjaya merakamkan gambar lori kargo ZIM di lebuhraya Utara Selatan (PLUS). Nama "Zim" ini dicadangkan oleh Menteri Pengangkutan Israel yang pertama, David Remez, berdasarkan petikan di dalam Injil Perjanjian Lama (24:24) di mana perkataan Hebrew "Zim" merujuk kepada "kapal besar." Nama ini dipilih bersesuaian dengan matlamat utama syarikat: untuk membina sebuah armada dagang yang besar. Pastinya ia begitu besar sehingga berjaya sampai ke Malaysia. Semak di sini untuk maklumat lanjut mengenai syarikat ZIM. Namun gambar sebegini juga gagal memainkan persepsi rakyat bahawa Malaysia merupakan sekutu kuat dalam pembangunan ekonomi Israel.


Apa silapnya di dalam politik persepsi kali ini?. Pertama, tiada tindakan susulan selepas Er Teck Hwa ditendang keluar dari dewan. Tiada sidang media. Lihat bagaimana Gobala membuat sidang media selepas ditendang keluar, barulah media pick-up Kg Buah Dada sebagai tajuk. Tetapi tidak ada sidang media berkenaan isu hubungan dagang Malaysia-Israel. Apabila wartawan bertanya sumber rujukan Er, dia menjawab berdasarkan maklumat laman web www.anakmudamalaysia.com. Sepatutnya Er Teck Hwa perlu ada dokumen keluar-masuk barang dagangan antara Malaysia-Israel. Dan di dalam sidang media itu, Er perlu mengulang semula soalannya di dalam dewan, dan tunjukkan dokumen tersebut sebagai bukti. Di sinilah perlunya CheguBard.

Kenapa perlunya CheguBard?. Kerana CheguBard dapat menerangkan lebih jelas lagi berkenaan isu hubungan dagang Malaysia-Israel ini. Semua sedia maklum, Er Teck Hwa sekadar memanjangkan persoalan yang ditimbulkan di dalam siri ceramahnya dan di bawa ke dalam Parlimen. Jika CheguBard bersama Er Teck Hwa membuat sidang media pada hari itu, lengkap bersama dokumen kastam. Pastinya isu hubungan dagang ini tidak akan hilang seperti hari ini. Ia akan jadi sehangat isu cincin RM24juta. Saya pasti.

Lihat bagaimana isu cincin ini menjadi igauan kepada pimpinan BN. Sehingga keluar pelbagai jawapan kartun. Sekejap kata cincin tu tak wujud, sekejap kata ada. Lebih kelakar lagi kenyataan Anuar Saari yang mengatakan cincin itu adalah hadiah daripada bakal besan Rosmah. Begitulah hebatnya isu cincin ini. Ia berjaya membawa persepsi yang buruk kepada Rosmah di mata rakyat. Tetapi ini tidak berlaku kepada isu hubungan dagang Malaysia-Israel ini. Rakyat nampaknya seolah-olah tidak terkesan dengan hubungan dagang ini. Ada beberapa pencacai BN yang menjawab bahawa isu dagang jangan dipolitikkan.

Mereka menimbulkan persoalan adakah kita termasuk dalam golongan zionis hanya kerana berdagang dengan mereka?. Atau hanya kerana meggunakan produk mereka?. Mungkin kita akan terasa ada benarnya juga hujah mereka.

Tetapi jangan lupa, ketika peristiwa kapal flotilla Mavi Marmara diserang Israel pada September 2010. Antara anak kapal di dalam kapal tersebut adalah rakyat Malaysia. Maka bertempiklah kita memaki hamun Israel. Marah dan benci sekali kita dengan Israel. Tetapi kerajaan pemerintah Malaysia masih tidak berani mengumumkan sebagaimana pemerintah Turki mengumumkan menghentikan semua kerjasama perdagangan, ketenteraan dan pertahanan dengan Israel. Langkah ini dilakukan selepas Israel menolak untuk meminta maaf atas penyerbuan ke kapal bantuan Turki itu ke Gaza.

"Hubungan perdagangan, ketenteraan dan industri pertahanan, kami hentikan itu semua," kata Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, pada Selasa 6 September 2011, seperti laporan Aljazeera. Sebelum itu, Turki mengusir diplomat Israel di Ankara sebagai bentuk protes.

Bagaimanapun masih ada peluang untuk menimbulkan isu dan persoalan berkaitan hubungan dagang Malaysia-Israel ini. Sekarang semuanya terpulang kepada CheguBard.

Jika CheguBard berjaya mengulangi pendedahan hubungan dagang Malaysia-Israel ini seperti mana pendedahan dokumen-dokumen cincin RM24juta. Persepsi rakyat terhadap cincin RM24juta akan berulang dengan persepsi Malaysia adalah sekutu kuat pembangunan ekonomi Israel. Suka tidak suka, rakyat Malaysia akan percaya bahawa kerajaan BN antara penyumbang peluru yang membedil ke jantung setiap tubuh rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks