Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca. Hari ini aku ingin menjawab persoalan seorang teman dan sahabat seperjuangan yang berpendapat bahawa tidak wajar perkara 'kawalan keselamatan' kepada delegasi Perdana Menteri Malaysia dan Isteri yang ketat dan istimewa dibangkitkan kerana ianya adalah SOP (standard of procedure) kerajaan Arab Saudi.
Tetapi sebelum itu, untuk tatapan rakyat Malaysia yang berada di tanahair yang begitu rindukan untuk menatap tatapan wajah Najib dan Rosmah tersayang. Di atas adalah gambar saat pasangan bahagia itu menjamu selera dipejabat Tabung Haji di Mekah. Alhamdulillah...nikmat rezeki makanan yang Allah kurniakan sangat mewah dan istimewa. Tapi sayang...Rosmah masih 'berjambul' disaat menjamu rezeki Allah di Mekah al-mukarramah.
Berbalik kepada persoalan sahabat Akhi Fairuz yang terkilan dengan rakan-rakan facebook yang pro pembangkang membangkitkan isu Najib dan Rosmah yang diberikan layanan istimewa mengerjakan Haji di Mekah. Menurut pendapatnya, gambar Najib dan Rosmah yang dikawal puluhan pengawal keselamatan (mungkin polis/ tentera di sana) dicanang di kebanyakan blog dan dikongsikan di facebook telah dijadikan isu. Sedangkan itu semua SOP yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan Arab Saudi supaya kedua-dua mereka tidak mengalami masalah dan jika apa-apa berlaku mereka perlu bertanggungjawab. Setiap kepala negara akan dijaga sebegitu. (Perdana Menteri atau Presiden).
Antara dua darjat
Satu saja jawapan saya. Mungkin benar SOP itu diamalkan oleh kerajaan Arab Saudi. Namun jika ada penolakan tawaran kawalan itu seperti yang dilakukan oleh Presiden Iran Mahmood Ahmadinejad ia juga boleh dilakukan. Rasanya tidak perlu taraf kawalan yang setaraf seorang Raja/Sultan/Agong
(walaupun sebenarnya tidak perlu, kerana kita di sana, di hadapan Allah semuanya sama saja). Apa perlunya kawalan ketika mengerjakan ibadah haji. Dimana rasanya kemanisan mengerjakan haji. Adakah kawalan itu dibuat sehingga dikepung sebegitu kerana takut berlakunya kecurian. Apa perlunya membawa wang yang banyak ketika bertawaf sehingga takut dicuri. Dan bila takut dicuri, bermakna masih ada rasa takutkan 'harta' berbanding takutkan Allah ketika berada di hadapan kaabah.
Entah mengapa, saya merasakan seandainya Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mengerjakan haji sekalipun baginda tidak akan menuntut layanan dan kawalan seistimewa Rosmah dan Najib. Saya tidak tahu mengapa, tetapi hati saya merasakan begitu. Mungkin Sultan Kelantan juga akan mencontohi seperti mana Presiden Iran mengerjakan haji.
Apapun didoakan semoga keduanya mendapat haji mabrur. Dan bukannya haji marlboro atau maberuk!.
Kredit foto : Bernama, TPUnmasked