SAMM Johor turut sama-sama berarak di dalam piket ini.
Piket Pekerja bersama MTUC secara besar-besaran telah pun berjalan secara serentak di hampir 22 lokasi seluruh negara bermula dari sejak pukul 4.00 petang tadi. Di Johor, piket ini diadakan di Pejabat Bahagian MTUC Johor, Jalan Mata Kucing, Batu 5, Kampung Pasir dan bergerak ke kawasan perhentian bas. SAMM Johor turut menyertai piket yang turut dihadiri hampir 150 orang pekerja yang menyuarakan bantahan mereka terhadap pindaan Akta Kerja 1955 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.
Mereka berhimpun dihadapan Pejabat MTUC sejak dari awal walaupun terdapat kekangan kerana ramai sedang bekerja pada ketika itu. Antara wakil SAMM Johor yang hadir adalah Penyelaras SAMM Johor, Sdr Ahmad Anwar Asyraf Ismail beserta beberapa aktivis SAMM lain.
Disamping memegang hampir 5 kain rentang dan pelbagai placard, rata-rata pekerja melaungkan "
Hidup Pekerja Hidup MTUC", "Tarik Balik" dan nyanyian lagu
"Barisan Kita" yang diolah khas berkaitan pekerja. Tindakan ini dapat menarik perhatian orang ramai sehinggakan berlaku kesesakan jalanraya disitu.
Seperti keadaan cuaca yang agak memihak kepada pekerja, cuaca mendung dan kadang-kala gerimis menyebabkan majoriti yang hadir semakin bersemangat untuk meneruskan piket yang berakhir pada jam 6.30 petang.
Seperti mana yang dirancang oleh urusetia pengendali, piket ini berjalan dengan aman, lancar, mengikut masa dan boleh dikira agak berjaya dengan kehadiran dan kesedaran orang ramai.
HIDUP PEKERJA!!!
TARIK BALIK PINDAAN AKTA 1955!!!