MELAKA, 2 Nov -- Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Azhar Ahmad (depan) ketika memeriksa tahap keselamatan Monorel Pelancongan Melaka di Stesen Monorel Hang Jebat di Taman Rempah, hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad, Nazary Ahmad (belakang).
Petugas Monorel Pelancongan Sungai Melaka, Razi Yahya (kiri) bersama rakan setugas Mohd Faiz Kamarulzaman (kanan) memeriksa tangga tali kecemasan selepas pemeriksaan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di stesen Monorel Hang Jebat di Taman Rempah di sini hari ini.
Perkhidmatan Monorel Melaka di hentikan selama 48 jam berikutan kerosakan yang di alami tengahari semalam. Monorel ini mengalami kerosakan pada pintu yang tidak tertutup rapat dan menyebabkan hasrat dua pelancongan Britain untuk menikmati keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki monorel terbantut apabila mereka terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak gara-gara perkhidmatan terhenti secara tiba-tiba.
Perkhidmatan monorel berkenaan berhenti hanya setelah 20 meter meninggalkan Stesen Hang Jebat di Melaka dalam kejadian kira-kira jam 1.09 tengahari semalam.
Akibatnya, bekas anggota polis, James Craft, 57 dan isterinya, Anne Craft, terpaksa menghabiskan kira-kira 20 minit di dalam gerabak monorel berkenaan sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.
Menggunakan tangga kecemasan untuk sampai ke gerabak monorel berkenaan, anggota penyelamat kemudiannya membantu mereka turun.
Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai suatu yang tidak akan dilupakannya, James berkata, beliau dan isteri membuat keputusan menggunakan monorel berkenaan untuk melihat keindahan panorama Melaka.
Menurutnya, gerabak monorel berkenaan berhenti secara tiba-tiba sejurus selepas meninggalkan stesen. Monorel ini kerapkali rosak. Malah pada hari pertama ianya dilancarkan pun ia mengalami kerosakan.
Kredit : Bernama dan Malaysiakini