blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Lepas Ezam, NALLAKARUPPAN Akan Dilantik Senator ESOK

Tuesday, November 1, 2011

KUALA LUMPUR - Datuk K S Nallakaruppan bakal dilantik sebagai Senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di sini, esok.

Pengumuman itu dibuat menerusi pemberitahuan Parlimen Malaysia selepas diedarkan kepada petugas media, hari ini.

KAH! KAH! KAH! KAH!
Read Full 1 comments

Lebih 10 TAHUN Malaysia Jalin Hubungan Dagang Dengan ISRAEL?

The public declaration of the Malaysian Prime Minister and Minister of International Trade and Industrial that their country intends to pursue economic relations with Israel is another milestone in the development of trade with this continent.

'Pengisytiharan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri bahawa negara mereka bercadang untuk meneruskan hubungan ekonomi dengan Israel merupakan satu lagi peristiwa penting dalam pembangunan perdagangan dengan benua ini.' - Micha Harish

Itu adalah kata-kata aluan Micha Haris di dalam satu majalah promosi perdagangan Israel - Asia. Siapa Micha Haris?. Dia adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Israel di antara tahun 1992-1996.

Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah bapa kepada Mukhriz Mahathir, Tun Dr Mahathir Mohamad. Tidak ramai yang sedar bagaimana liciknya Mahathir mengambil kesempatan menjalinkan hubungan dagang dengan Israel laknatullah ini sebaik saja dasar Apartheid di Afrika Selatan ‘runtuh’.

Ketika itulah, pada tahun 1994 dibawah kabinet Dr. Mahathir dasar kerajaan telah diubah dengan meluluskan pindaan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang bukan sahaja menarik balik sekatan larangan dagang dengan Afrika Selatan tetapi ia turut digunakan sebagai peluang dan kesempatan untuk menjalinkan hubungan dagang dengan Israel. Itu kisah lebih sepuluh tahun yang lalu...

Ironinya hari ini, Mukhriz Mahathir memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri. Dan semalam, YB Er Teck Hwa telah membangkitkan persoalan mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel.

Benarkah Malaysia telahpun menjalinkan hubungan dagang dengan Israel?. Jawablah YA atau TIDAK.

Namun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri enggan menjawap soalan yang dikemukakan sehingga menyebabkan Er telah diarahkan keluar dari Dewan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Tujuan soalan itu mudah. Ia meminta penjelasan Menteri, BENARKAH kenyataan yang dikeluarkan di laman web www.anakmudamalaysia.com berhubung isu ini tepat atau tidak?. Isu ini penting untuk diperjelaskan kerana Malaysia sememangnya diketahui tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Tetapi bagaimana pula boleh wujud beberapa dokumen-dokuman transaksi kastam, buku-buku dan ucapan Menteri Perdagangan dan Industri Israel yang menunjukkan hubungan dagang di antara Malaysia-Israel?.


Tidakkah pelik, hairan bin ajaib bagaimana Malaysia sebuah negara yang begitu prihatin terhadap kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin dan giat menghulurkan bantuan melalui Aman Palestin (eh..eh...Mukhriz Mahathir juga disebalik Aman Palestin ni kan...hmmm) boleh 'bersahabat' dengan Israel bila masuk bab perdagangan antarabangsa.


Malaysia melalui AMAN Palestin, memungut derma untuk tabung kemanusiaan Gaza, namun pada masa yang sama, kementeriannya menjalinkan hubungan dagang dengan Israel dan membantu menjana ekonomi Israel. Ini bermakna Malaysia turt menumpang saham dalam 'membantu' kewangan Israel laknatullah untuk membeli peluru rakyat Palestin yang tidak berdosa. Malaysia turut mendapat saham dosa di atas setiap nyawa rakyat Palestin yang terkorban dengan peluru Israel.

Tidak ada rasa bersalahkah MITI kerana menjadi antara sumber kewangan kepada Israel untuk meneruskan kelangsungan kekejaman mereka kepada anak-anak Palestin yang tidak berdosa ini?.



Jika dakwaan itu TIDAK BENAR, silakan jawab wahai Pak Menteri. Atau mungkin juga Mukhriz boleh menjawab bagi pihak bosnya. Atau mungkin hanya satu sahaja jawapan yang layak kepada tindakan bacul mereka kerana membenarkan hubungan dagang Malaysia - Israel pada hari ini.

Jatuhkan regim! Jatuhkan regim! Jatuhkan regim!
Read Full 1 comments

JAIP Pernah Halang Dr Asri, Mampukah JAIP Halang ELTON JOHN?



Pada 27 Februari 2010, Dr Mohd Asri, bekas mufti Perlis dijemput untuk berforum tentang Undang-undang Syariah oleh Jawatankuasa Surau Ar-Raudah Pelindung Beserah, Kuantan. Ramai yang datang kerana pada malam itu tambahan pula pada sebelah pagi sebelum itu ada pemeriksaan kesihatan percuma.

Menjelang malam program bermula dengan lancar sehinggalah kedatangan pihaj JAIP dengan pasukan penguatkuasa yang cuba menghalang Dr Mohd Asri dari berforum. Pegawai dari JAIP sanggup menunggu masa berjam-jam untuk menghalangnya, dan akhirnya selepas berunding Dr Asri hanya dibenarkan berforum tanpa menyentuh isu Agama Islam. Menurut pegawai JAIP mereka hanya menerima arahan arahan khas ini daripada Pejabat Mufti Pahang. Alasannya ceramah agama dan pengajaran Dr Asri itu tidak bersesuaian untuk rakyat Pahang.

Akhirnya Dr Asri pun duduk di kerusi forum, dan tidak sampai setengah jam selepas berucap sedikit beliau angkat kaki. Pengerusi pada malam itu Peguam Fadli dari Rompin memujuknya tunggu sekejap, begitu juga Ustaz Nasruddin Tantawi. Setelah turun, dia luahkan kekecewaannya kerana dia dijemput tapi dihalang JAIP dari menyentuh isu Agama. Apa gunanya?


Dan pada 22 November ini, artis antarabangsa yang terkenal Elton John akan mengadakan persembahan konsert di Genting, Pahang. Mari kita lihat sejauh manakah kesungguhan JAIP untuk menghalang anak-anak muda dan tua MUSLIM daripada menghadiri konsert itu.

Apakah JAIP ada kesungguhan yang sama seperti mana mereka menghalang Dr Asri?
Sanggupkah mereka mengeluarkan arahan khas daripada 'Jabatan Mufti' itu?
Sanggupkah mereka menunggu di pintu masuk untuk memastikan tiada seorang muslim pun yang menyertai konsert itu?

Sama-sama kita tunggu dan lihat nanti..
Read Full 1 comments

LETUPAN Selepas Lori Minyak Dan Kereta Api BERLANGGAR Di Sabah

KOTA KINABALU, 31 Okt -- MARAK ... Api menjulang tinggi akibat perlanggaran sebuah lori tangki minyak dan kereta api dekat Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini petang tadi.



Anggota Bomba dan Penyelamat memadamkan kebakaran selepas berlakunya letupan besar akibat perlanggaran sebuah kereta api dengan sebuah tangki minyak dekat Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, petang tadi.


Anggota polis bertanyakan sesuatu kepada pemandu lori tangki minyak (kanan) selepas lori yang dibawanya berlanggar dengan kereta api dekat Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, petang tadi.


Anggota perubatan membantu salah seorang penumpang kereta api yang cedera setelah terbabit dalam kemalangan antara kereta api dengan sebuah tangki minyak dekat Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu di sini, petang tadi.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam tragedi itu.


Kredit : Bernama
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks