blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

'COWGIRL' Lariskan Jualan Lembu KORBAN

Sunday, October 30, 2011
Barisan jurujual lembu bergelar "Cowgirls" di Hotel Haiwan Korban ini diperkenal oleh Romdoni,45 yang lebih mesra dipanggil Haji Doni di bandar Depok, bahagian Selatan kotaraya Jakarta semalam.


JAKARTA, -- Khidmat "cowgirls" dan Hotel Haiwan Korban yang ditampilkan pengusaha Haji Doni di bandar Depok, bahagian Selatan kotaraya Jakarta, merupakan strategi perniagaan kreatif yang berjaya melipatgandakan rezekinya.

Jualan haiwan korban di bilik pameran jualan kereta terpakai miliknya, yang diubah suai menjadi Hotel Haiwan Korban itu, telah meningkatkan hasil jualannya dengan begitu ketara.

Lembu jenis "limousine" iaitu nama yang diberikan untuk baka kacukan lembu Australia dengan lembu tempatan, merupakan jenis haiwan yang paling diminati oleh pelanggan beliau.

Dengan publisiti meluas oleh media tempatan mengenai kelainan pendekatan pemasarannya, Haji Doni telah berjaya menjual 4,700 lembu korban dalam masa 10 bulan yang lepas untuk musim Hari Raya Korban atau Aidiladha tahun ini.

Pada musim tahun lalu beliau menjual 2,200 ekor lembu.


"Sasaran jualan tahun ini ialah 6,000 ekor lembu, tapi oleh kerana sambutan yang luarbiasa kali ini, kami manambah 1,500 ekor lagi untuk jualan pada tahun ini," kata Haji Doni ketika ditemui di Hotel Haiwan Korban di Depok, Sabtu.

Ada pelanggan setianya yang membeli antara 200 dan 300 ekor sekaligus.

Romdoni, 45, yang lebih dikenali dengan panggilan mesra Haji Doni, berkata beliau memperkenalkan konsep jualan ini sejak tahun 2007 dan khidmat "cowgirls" yang ditugaskan sebagai gadis promosi jualan banyak membantu perniagaan beliau melayani para pelanggan.

Khidmat jurujual "cowgirls" mungkin sesuatu yang baru di sini tetapi ia perkara biasa dalam perniagaan lembu di Australia dan beliau telah menggaji 40 "cowgirls" secara tetap sebagai jurujual lembu, yang merupakan perniagaan utamanya.

Di luar musim Hari Raya Korban, gadis promosi jualan ini membantu jualan lembu di ladangnya di sebuah tempat dalam kawasan Depok.

Perkhidmatan Hotel Haiwan Korban pula, kata Haji Doni diperkenalkannya untuk memberi penjagaan terbaik kepada lembu-lembu yang telah dibeli oleh para pelanggannya, sehingga haiwan berkenaan dihantar kepada mereka untuk ibadah korban nanti.

Hotel Haiwan Korban merupakan suatu kemudahan bagi menunjukkan bahawa lembu-lembu berkenaan harus disayangi, katanya.

Untuk Hari Raya Korban tahun ini, Haji Doni membuka lapan pusat jualan dengan empat daripadanya di bandar Depok manakala selebihnya di beberapa tempat di Jawa Barat.

Selain lembu baka tempatan seperti Bali, Kupang dan Jawa, baka kacukan yang dijual oleh Haji Doni diberi nama Limousine, Bramus dan Sismetal.

Haiwan korban ini dijual dengan harga Rp34,000 sekilogram, naik Rp1,000 sekilogram berbanding tahun lalu.

Kredit : BERNAMA
Read Full 3 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks