Heath dan Adolf Hitler Campbell
Adakah anda mahu namakan anak anda Adolf Hitler?
Itulah yang dilakukan oleh pasangan ibu bapa Heath dan Deborah Campbell ... dan hasilnya mereka telah kehilangan ketiga-tiga anak mereka kepada pusat jagaan sosial.
Mereka memaklumkan kepada NBC bahawa anak-anak mereka telah diambil.
Heath Campbell berkata:
"Sebenarnya, hakim memberitahu kami (tindakan) mereka itu bukan kerana perlakuan penderaan, ia adalah kerana nama itu. Mereka mengambilnya kerana nama kanak-kanak itu.
"Ini adalah Amerika, mereka berkata di sini adalah bebas, anda mempunyai hak untuk menamakan anak anda apa sahaja yang anda mahukan, apa-apa saja."
Kes ini bermula pada tahun 2009 apabila sebuah kedai kek enggan menghias kek hari jadi anak mereka dengan perkataan
'Adolf Hitler Campbell'.
Seorang hakim akan memutuskan jika kanak-kanak itu boleh dikembalikan pada awal Disember.
Ibu Deborah menambah:
"Ia bukannya akan membesar DAN menjadi pembunuh atau apa-apa seperti itu. Saya pergi hanya untuk membeli kek ... ini adalah sarkas perkauman."