Anya Corke kini merupakan seorang pelajar falsalah dan sastera Russia di Wellesley College, Amerika Syarikat. Beliau pernah memenangi empat kali juara catur Hong Kong, dan beliau adalah seorang pemain catur grandmaster semenjak tahun 2004.
Lahir di Amerika Syarikat dan berpendidikan di sekolah Kennedy dan West Island, Anya Corke tidak pernah pergi ke Pulau Pinang, tidak pernah bersekolah di Malaysia dan tidak pernah bertemu dengan remaja berusia 16 tahun yang dituduh, Marcus Lim Whai Khai, iaitu anak lelaki kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Apabila minggu lalu. selepas gambarnya yang diambil daripada pertandingan catur di Austria, tetapi gambar papan dan buah catur telah disunting keluar – mula muncul di dalam blog-blog di Malaysia dengan perkataan yang menunjukkan dia tela dicabul. Bersebelahan dengan gambarnya adalah Marcus dengan kata-kata “pencabul buah dada”.
Blogger-blogger UMNO, parti politik terbesar di negara ini yang mewakili kaum Melayu menimbulkan fitnah ini dengan mendakwa Marcus telah mencabul gadis berusia 16 tahun di SMJK Heng He di Georgetown, Pulau Pinang, menggunakan pengaruh bapanya untuk melepaskan dirinya daripada dihukum guru-gurunya dan membayar RM200,000 kepada keluarga mangsa untuk menutup mulut mereka.
“Saya tidak pernah berjumpa atau dengar sesiapa yang terlibat. Saya tidak ke sana selama tujuh tahun dan bingung dengan siapa mereka mengaitkan saya,” kata Corke.
“Pada satu pagi seorang kawan saya dari menghantar mesejdan memberitahu saya telah terlibat dengan konspirasi politik dan saya sangat terkejut. Ia berlaku secara tiba-tiba.”
Ditanya samada dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli-ahli politik yang menimbulkan khabar angin itu, ibu Anya, Mei Sun berkata:
“Sebagai ibunya, saya akan melihat pilihan yang ada untuk membelanya daripada perkara-perkara seperti ini.”
Lim Guan Eng berkata bahawa UMNO dan ahlinya seperti Novandri Hasan Basri dan Khairy Jamaluddin telah menyebarkan khabar angin itu melalui blog dan Twitter.
Walaupun selepas Lim mengeluarkan kenyataan tersebut, Khairi Jamaluddin – Ketua Pemuda UMNO – masih tidak insaf dan men-tweet kepada ahli DAP:
“Bro, apa yang pemimpin BN dan keluarganya kena daripada pihak pembangkang lebih teruk lagi.”