Selepas dia ditangkap, gambar menunjukkan anak kepada Kolonel Gaddafi, Mutassim sempat meneguk air dan menghisap rokok. Sambil duduk bersandar ke dinding, anak lelaki kelima Gaddafi ini berpakaian baju yang berlumuran darah tetapi tidak kelihatan mengalami kecederaan yang parah.
Namun beberapa minit kemudian, gambarnya yang sudah meninggal dunia terbaring di atas pengusung dengan kesan tembakan di leher dan dada.
Hidup: Mutassim Gaddafi meminum air minuman dan mengisap sebatang rokok sebelum meninggal dunia dalam Sirte.
Kelihatan luka pada leher Moutassim dan pakaiannya yang berlumuran darah, sambil dia kelihatan sudah berputus asa dengan nasibnya.
Detik-detik sebelum kematian: Mutassim terbaring di atas sofa, dengan baju putihnya yang berlumuran darah selepas dia ditangkap.
Beberapa siri gambar dari telefon bimbit mula menimbulkan persoalan tentang punca kematian Mutassim pada Khamis lalu. Ada pegawai-pegawai yang pada mulanya berkata pemuda berusia 34 tahun itu terbunuh ketika di dalam pertempuran senjata terakhir di Sirte. Kemudian ada pula yang mengeluarkan kenyataan bercanggah apabila berkata beliau ditangkap hidup-hidup selepas cuba untuk melarikan diri dari bandar dengan bapanya.
Imej-imej yang dirakamkan membuktikan dia telah ditangkap hidup-hidup, tetapi apakah punca yang menyebabkan kepada kematiannya masih tidak jelas.
Mati: Mutassim Gaddafi akhirnya juga terbunuh dalam pertempuran di Sirte
Mutassim adalah Penasihat Keselamatan Negara kepada bapanya, walaupun pernah menjadi dalang disebalik cubaan rampasan kuasa yang gagal terhadap Gaddafi ketika ia remaja.
Beliau menikmati gaya hidup mewah di Tripoli, dan pernah memberitahu bekas teman wanitanya Talitha van Zon bahawa dia pernah menghabiskan £1.3juta sebulan untuk berhibur. Model glamor dari Belanda itu berkata Mutassim terbang ke pulau St Barts di Caribbean setiap kali perayaan Krismas dengan Boeing peribadi bersama teman-temannya.
Beliau pernah membayar beberapa penyanyi seperti Beyonce dan Mariah Carey untuk menyanyi di dalam majlis partinya, di mana para tetamu yang hadir termasuklah Jon Bon Jovi, Lindsay Lohan dan penyanyi rap Jay-Z.
Miss van Zon melarikan diri dari Libya dengan kapal kemanusiaan ke Malta pada bulan Ogos selepas dia mendakwa askar pemberontak telah mengancam untuk membakarnya hidup-hidup.
Beliau berkata dia dan Mutassim tidak lagi menjalinkan perhubungan, tetapi mendakwa Mutassim meraikan tentang kemenangannya dengan Jack Daniel dan Coke hanya beberapa hari sebelum Tripoli jatuh kepada pemberontak.
Sebelum kejatuhan Libya kepada kuasa-kuasa Majlis Peralihan Kebangsaan, Mutassim hidup dengan kemewahan yang berlebihan.
Talitha van Zion, kanan, melarikan diri ke Malta pada bulan Ogos selepas takut dirinya akan dibakar hidup-hidup oleh pejuang NTC.