blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Akhirnya Kanak-kanak Ini Pun Mati..

Friday, October 21, 2011

Kanak-kanak kecil yang telah dilanggar dua kali oleh van dan diabaikan oleh pejalan kaki di jalan yang sibuk di selatan China telah meninggal dunia selepas seminggu daripada kemalangan itu.

Yue Yue yang berusia 2 tahun sedang berjalan di sebuah lorong di Wilayah Guangdong ketika dia telah dilanggar oleh sebuah van putih minggu lalu.

Rakaman yang mengejutkan ini telah merebak di seluruh dunia, menunjukkan pemandu itu berhenti sebentar, sebelum meneruskan perjalanannya dan melanggar untuk kali kedua.

Beberapa orang ramai, termasuk pejalan kaki, penunggang basikal dan juga seorang ibu, sekadar mengubah haluan masing-masing untuk mengelakkan daripada melanggar kanak-kanak kecil yang sedang mengalami pendarahan teruk dan tidak mampu berbuat apa-apa.

Hari ini seorang jururawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Besar Tentera Daerah Guangzhou mengesahkan bahawa kanak-kanak malang itu telah tewas dalam pertarungannya untuk hidup.

Beliau enggan mendedahkan sebab-sebab kematiannya dan berkata ia akan diumumkan kemudian.
Read Full 2 comments

TERKINI : Nurul Izzah, Tian Chua Berjaya Sertai Himpunan Mahasiswa UIA


Perhimpunan sekumpulan mahasiswa yang mahu berdemonstrasi terhadap UIA kerana menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah terus berjalan. Dan terkini, dua pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Nurul Izzah dan Tian Chua berjaya menyertai ke dalam perhimpunan itu. Beberapa pengawal keselamatan terkejut dengan kehadiran dua pemimpin ini.

Dipercayai ada beberapa pengawal keselamatan UIA yang 'melepaskan' pemimpin ini untuk memasuki UIA walaupun ada halangan yang ketat. Mereka menyertai kumpulan mahasiswa yang menghantar memorandum kepada rektor UIA.

Suasana kecoh ketika Shamsul Iskandar ditangkap dari tandas UIA.

Sebelum itu Ketua Angkatan Muda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin ditahan oleh pasukan pengawal keselamatan UIA ketika dalam perjalanan ke tempat mengambil air wudhu oleh lebih 10 anggota keselamatan termasuk polis.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Lagi sekitar gambar demonstrasi solidariti untuk Aziz Bari (kredit : Zulaikha Anis, UmmuAsiah)


Antara mahasiswa yang hadir


Dilaporkan lebih 800 mahasiswa yang hadir


Antara pengawal keselamatan UIA yang berkawal


Timbalan Rektor UIAM, Prof Dr Nik Kamal


Wakil SMM menghantar memo kepada Timbalan Rektor UIAM, Prof Dr Nik Kamal



Read Full 1 comments

Saya Simpati Dengan Anak Guan Eng : Anya Corke


Juara catur UK, Anya Sun Corke telah mengeluarkan kenyataan yang menafikan beliau pernah bertemu dengan anak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang berusia 16 tahun itu , dan dalam masa yang sama menyampaikan rasa simpati beliau kepada budak lelaki itu "yang di fitnah dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas".

Kenyataan Anya yang turut marah dengan "khabar angin keji dan tidak berasas" yang digunakan dan disebarkan oleh blog Umno menjadi satu tamparan kepada parti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga parti pemerintah Malaysia.

"Ia bukan perkara yang lucu. Umno dan Najib sekali lagi memalukan negara. Mereka tidak harus dibenarkan untuk terus memerintah Malaysia," menurut Naib Presiden PKR, Chua Jui Meng.


Umno Bukan Sahaja Memalukan Dirinya, Tetapi Juga Malaysia

Blog-blog Umno termasuk yang dikendalikan oleh Ketua Bahagian Umno Bukit Gelugor Novandri Hasan telah meletakkan gambar Anya bersebelahan dengan anak lelaki Guan Eng yang berusia 16 tahun. Mereka telah menuduh remaja ini mencabul Anya, dan iniah sebabnya dia dipindahkan dari sekolah Heng Yee di Pulau Pinang ke sekolah St Xavier. Objektif mereka adalah untuk merosakkan dan mencemar nama baik Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang sangat popular dikalangan penduduk Pulau Pinang, dan menjadi penghalang untuk merampas semula Pulau Pinang.

"Saya tidak pernah berjumpa atau pernah mengenali orang-orang yang terlibat. Saya tidak pernah diserang secara fizikal dalam apa-apa cara sekalipun. Saya tidak pernah menjadi mangsa oleh remaja ini atau keluarganya," kata Anya dalam satu kenyataan beliau.

"Satu-satunya perkara yang 'menimbulkan kemarahan' saya ialah dengan pengeluaran gambar saya yang dikaitkan dengan khabar angin yang keji dan tidak berasas."

Juara Catur Grandmaster berusia 21 tahun itu adalah seorang pelajar institusi pengajian di Wellesley College di Amerika Syarikat. Anya adalah juara Grandmaster Wanita dan di kalangan pemain catur terkemuka dari Hong Kong. Beliau kini bermain mewakili England dan menjadi juara pada tahun 2004, 2005, 2006 dan 2008 Kejohanan Antarabangsa Hong Kong (untuk lelaki dan wanita).

Anya juga berkata di dalam kenyataannya bahawa beliau tidak pernah datang ke Malaysia selama 7 tahun, merasa terkejut, kecewa dan bingung bagaimana gambar beliau itu boleh digunakan tanpa pengetahuan dan persetujuannya.

"Saya juga ingin menyampaikan rasa simpati saya kepada remaja lelaki ini yang telah difitnah dengan dakwaan tidak berasas ini. Akhir sekali, saya berharap orang ramai dan media di Malaysia akan menghormati privasi saya dan hentikan daripada mengaitkan saya dan keluarga saya, kolej, persekutuan catur, dan apa-apa gabungan yang lain," katanya.
Read Full 0 comments

Kematian Gaddafi, Pengajaran Kepada Najib, Dr M dan BN

Satu lagi pemerintah zalim di Timur Tengah hilang ditelan debu. Satu lagi bab di dalam sejarah dunia telah berakhir dan adalah menjadi langkah yang bijak kepada regim zalim di Malaysia untuk memberi penuh perhatian yang wajar bahawa ia akan berlaku di seluruh dunia - perubahan, demokrasi dan kuasa rakyat.

Muammar Gaddafi, yang sebelum ini dengan penuh berani melaungkan untuk "turun berjuang", nampaknya telah turun merayu, jika dirujuk kepada laporan-laporan berita. Beliau telah menjerit "jangan tembak! jangan tembak!" ketika dia diseret keluar dari tempat persembunyian iaitu di Sirte, oleh pejuang NTC Libya.

Gaddafi mempunyai banyak peluang untuk keluar sejak beberapa bulan yang lalu tetapi memilih untuk melarikan diri, berdiri menentang tentera gabungan pemberontak Libya dan NATO. Ia seolah-olah menjadi sukar untuk melihat jika anda telah tinggal di khemah terlalu lama. Ada kecenderungan untuk menyiasat profil psikologi diktator Arab yang berterusan dalam memerangi peperangan ini. Saddam juga ditemui di dalam persembunyian. Semasa perang teluk pertama dia pernah melaungkan segala tentangan dan "ibu segala peperangan" terhadapnya akan menjadi satu kekalahan yang memalukan di Baghdad.

Gaddafi yang dikelilingi oleh penasihatnya, hanya akan mendengan nasihat yang dia mahu dengar, jika diberikan nasihat yang bertentangan kehendaknya pasti akan menaikkan kemarahannya. Sesiapa yang pernah memberikan nasihat secara jujur dan tidak berat sebelah telah dihapuskan sejak lama dahulu. Itu adalah ciri-ciri kuasa yang dipegang terlalu lama oleh satu parti, dan lebih buruk lagi apabila ia dikuasai oleh individu. Gaddafi telah berkuasa selama 42 tahun. Kehilangan kuasa tidak mungkin wujud di dalam kepalanya dan juga sekutunya.

Di Syria, persitiwa yang berlaku agak berbeza seperti di Libya. Rakyat membuat bantahan secara aman, tetapi kerajaan telah menanganinya dengan kasar termasuk penggunaan peluru hidup yang menyebabkan banyak kematian. Ia tidak menghentikan bantahan, malah menyebabkan bantahan semakin tersebar di Syria. Kerajaan kemudiannya menggunakan kereta kebal dan senjata berat terhadap rakyatnya sendiri semata-mata untuk menghantikan bantahan. Kini, laporan menunjukkan bahawa rakyat Syria mula melengkapkan diri mereka untuk bangkit menentang kerajaan. Ia akan menjadi seperti Libya. Namun, kerajaan Syria tidak menunjukkan tanda-tanda mereka telah mempelajari daripada kesilapan Gaddafi dan seolah-olah akan mengulangi sejarah.

Berbanding dengan Libya dan Syria, pemimpin-pemimpin Tunisia dan Mesir kelihatan kurang cenderung untuk menggunakan kekerasan maut besar-besaran terhadap rakyat mereka sendiri, walaupun sudah tentu keganasan berlaku.


Pilihanraya ke-13, Satu Permulaan Baru?

Malaysia, hampir separuh dunia jauhnya, walaupun mempunyai hubungan rapat dengan negara-negara Arab melalui hubungan agama, budaya dan pendidikan, sentiasa membuat keputusan memilih kerajaan melalui peti undi. Masalahnya,pilihan raya-pilihan raya yang lalu itu sendiri tidak berjalan dengan adil apabila kerajaan BN menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan mereka menang dan sekaligus tidak mencerminkan kehendak rakyat. Ini telah menyebabkan kerajaan berterusan diperintah oleh regim pemerintahan diktator. Dan jika Malaysia mempunyai seorang diktator, ianya adalah Mahathir Mohammed, yang memerintah selama 22 tahun, menolak perbezaan pendapat dan melemahkan institusi negara. Projek-projek mega-mania termasuklah seperti bangunan tertinggi di dunia, dan pusat pentadbiran kerajaan yang baru, Putrajaya.

Ia telah menjadi lebih sukar bagi BN untuk memanipulasi pilihan raya di Malaysia Barat, walaupun keputusan pilihan raya di Sarawak baru-baru ini telah banyak yang dipersoalkan. Pemerhati pilihan raya telah diharamkan daripada memasuki negeri, tidak perlu kerana ia adalah pilihan raya yang adil, seperti yang didakwa oleh kerajaan negeri Sarawak. Kerajaan juga mengawal media akhbar dan penyiaran disebalik halangan capaian Internet. Saluran media rasmi, menjadi terlalu berat sebelah kepada BN, menjadikan diri mereka kelihatan seakan tidak berguna kerana mereka tidak lagi dipercayai. Trend ini jelas kelihatan dalam bilangan edaran akhbar mereka, apabila Berita Harian dan Utusan Malaysia akan meneruskan pemberian secara percuma.

Pilihanraya Umum ke-13 yang dijangka akan berlaku tidak lama lagi, adakah boleh dijadikan penamat kepada satu lagi pemerintahan diktator lain di dunia ini, yang telah berkuasa lebih lama daripada pemerintahan rejim gila dan kejam Gaddafi, iaitu regim Barisan Nasional yang telah berkuasa selama lebih daripada 50 tahun?.
Read Full 3 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks