Anya Sun Corke
Walaupun Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tegas mempertahankan tuduhan blogger-blogger Umno bahawa anak Lim Guan Eng yang berusia 16 tahun seorang yang gila seks, pemimpin-pemimpin DAP telah berjaya membuktikan bahawa Umno sememangnya sebuah organisasi yang bersandar kepada pembohongan.
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata imej gadis yang ditonjolkan bersama Marcus Lim di dalam blog-blog yang dikendalikan oleh Papagomo dan Ketua Umno Bukit Gelugor, Novandri Hasan rupa-rupanya ialah seorang pemain catur Grandmaster, Anya Sun Corke berusia 21 tahun. Boleh baca siapakah Anya Coke di dalam wikipedia
di sini.
Anya, yang mewakili England, kini merupakan seorang pelajar di Wellesley College di Amerika Syarikat. Beliau tidak ada langsung apa-apa perkaitan dengan Pulau Pinang.
Inilah gambar yang dijadikan fitnah terbaru oleh KJ dan blogger-blogger Umno
"Ia adalah gambar yang disunting. Ini membuktikan bahawa tanpa sebarang keraguan lagi segala tuduhan oleh cybertroopers Umno ini adalah tipu dan merupakan satu tindakan yang tidak bertamadun," Tony Pua berkata pada sidang akhbar hari Rabu.