Datanglah beramai-ramai untuk menonton 3 buah dokumentari hak asasi manusia yang tidak akan disiarkan
di media massa tempatan. Anda juga berpeluang bertemu dan berdiskusi dengan pembikin-pembikin filem tersebut :
Sabtu 22hb Oktober; 8pm - 11.30pm
Hotel Tropical Inn, Johor Bahru
Ahad 23hb Oktober; 8pm - 11.30pm
JBM 109, Kampung Parit Bulat Darat, Parit Jawa, Muar
SINOPSIS FILEM:
HURUF J Oleh Afiq Deen
Apa yang terjadi apabila status anda bertukar dari ‘berkahwin’ ke ‘bercerai’? Apa kaitan isu peribadi ini dengan hak asasi manusia? Melalui dokumentari ini, pembikin filem mendalami isu ini yang agak berleluasa di Malaysia tetapi masih jarang dibincangkan secara terbuka di khalayak ramai.
LOT UMAH AM Oleh Liaw Pey Wen
Bagi kebanyakkan Orang Asli, identiti mereka ada hubungkait yang kuat dengan tanah dan hutan. Tapi bagaimana pula dengan Orang Asli yang hidup di laut? Dokumentari ini menyelami kehidupan Orang Asli Seletar yang sudah turun temurun menganggap Selat Johor sebagai “rumah” mereka.
SENYAP..TERSENTAK Oleh Pusat KOMAS
Walaupun menjadi buah mulut orang ramai, fakta-fakta asas dan 8 tuntutun BERSIH 2.0 masih tidak diketahui ramai. Video ini cuba menerangkan secara mudah apakah asas dan tuntutan pergerakan untuk pilihanraya yang bebas dan adil ini.
Ini adalah acara tertutup dan kemasukan adalah dengan jemputan. Anda boleh dapatkan jemputan percuma anda di sini untuk tayangan di JB ataupun di tempat tayangan 20min sebelum tayangan bermula.
Sebarang pertanyaan sila email ke:
freedomfilmfest@komas.org
Sebarkanlah maklumat ini kepada rakan-rakan yang lain.
FrredomFilmFest2011 (Johor) dianjurkan oleh Pusat KOMAS dengan kerjasama SUARAM Johor dan SAMM Johor dan dibiayai oleh The European Union.