blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Sekitar Pengkebumian MAT JAIS

Tuesday, October 11, 2011
SHAH ALAM, 11 Okt -- Para jemaah mengaminkan doa selepas selesai solat jenazah allahyarham penyanyi veteren Datuk Mohd Jais Ahmad di Masjid negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.


Saudara terdekat dan para jemaah mengangkat jenazah untuk dibawa ke Tanah Perkuburan Seksyen 21, selepas selesai solat jenazah allahyarham penyanyi veteren Datuk Mohd Jais Ahmad di Masjid negeri, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.


Saudara terdekat, sahabat handai, kenalan artis dan orang ramai mengaminkan doa selepas jenazah allahyarham penyanyi veteren Datuk Mohd Jais Ahmad selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21.


Anak sulong Allahyarham penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad, Mohamad Iskandar,45, melihat adiknya Maimun menyiram air air mawar ke atas kubur bapa mereka.

Penyanyi veteren yang lebih dikenali Mat Jais, 75, meninggal dunia pada kira-kira 9.20 pagi tadi di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) akibat masalah paru-paru. Penyanyi yang popular dengan lagu "Selamat Hari Raya" dan "Budi Setahun Segunung Intan" itu disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.


Kredit : Bernama
Read Full 0 comments

Pelantar Tingkat 1 KL Sentral RUNTUH

KUALA LUMPUR, 11 Okt -- Pihak polis meninjau keadaan pelantar tingkat 1 setinggi empat meter runtuh sebuah pusat membeli-belah 11 tingkat yang dalam pembinaan pada kira-kira 11 pagi tadi di Brickfields di sini hari ini.



Keadaan pelantar tingkat 1 setinggi empat meter yang runtuh semasa pembinaan sebuah pusat membeli-belah 11 tingkat pada kira-kira 11 pagi tadi di Brickfields di sini hari ini.

Bangunan milik MRCB dalam kawasan KL Sentral itu dibina sejak dua tahun lepas akan dikenali sebagai "Nu Sentral" mempunyai lebih 500 pekerja untuk menyiapkan pembinaan.

Seorang pekerja binaan cedera ringan apabila struktur binaan bangunan berhampiran KL Sentral di Kuala Lumpur ini runtuh.
Read Full 0 comments

Pemuda Umno DIHAMBAT Di Segamat Malam Tadi

"Saya diupah RM10, dan isi minyak motorsikal penuh oleh Ayub" jawab mat rempit ini.

Dengan upah RM10, dan tangki minyak motorsikal yang penuh. Sekali lagi mat rempit-mat rempit upahan regim Umno ini mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat di Kg Tahang Rimau, Segamat. Bagaimanapun kali ini untuk mereka mengulangi sekali lagi kebiadaban seperti di Labis sehingga seorang anggota Unit Amal mendapat 7 jahitan kerana dibaling objek dipercayai besi tidak kesampaian.

Dengan kekuatan Unit Amal dan komrad anak muda SAMM dari seluruh Johor. Kali ini kita lebih bersedia. Seperti yang dijangka, ketika che'guBard menyampaikan ceramah, provokasi daripada mat rempit-mat rempit upahan Umno ini bermula.

Mereka dipercayai berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama membuat bising dan kecoh di laluan utama dan kumpulan kedua membaling mercun di laluan belakang tapak ceramah. Bagaimanapun kawalan di belakang tempat ceramah agak kurang kerana ramai anak-anak muda SAMM dan Unit Amal yang berkawal di laluan utama. Baru sahaja dianggarkan 7-8 buah motorsikal melalui laluan jalan utama sambil membuat bising mereka sudah dikepung oleh orang ramai dan komrad SAMM. Ketika semakin ramai orang membantu menahan mat rampit-mat rempit inilah dipercayai kumpulan mat rempit kedua melalui laluan belakang pentas ceramah dan membaling mercun bola.


Provokasi dimulakan ketika che'guBard sedang berceramah.


Kerana persediaan dan kawalan yang lebih rapi, maka kali ini tidak ada seorang pun mat rempit daripada kumpulan pertama ini terlepas. Dengan keadaan mabuk dan mulut berbau arak akhirnya mereka mengaku menerima upah dan arahan daripada Ayub (dipercayai ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat) sebanyak RM10 dan minyak motor yang diisi penuh. Menurut anggota Unit Amal yang bertugas di Labis tempoh hari, mereka mengecam kumpulan mat rempit ini adalah kumpulan yang sama bertanggungjawab membaling objek ke muka seorang anggota Unit Amal ketika program ceramah Sdr Tn Hj Md Sabu.

Bagaimanapun apa yang mengecewakan, polis meleraikan kepungan dan memberikan arahan untuk melepaskan kumpulan mat rempit ini sebaik saja nama 'Ayub' disebut. Atas dasar menghormati arahan daripada pihak berkuasa, kumpulan mat rempit ini akhirnya dilepaskan dengan selamat tanpa cedera walau sedikit pun!.

Antara kumpulan penyokong, Unit Amal dan SAMM yang mengepung kumpulan mat rempit ini. 

Anggota polis mengawal keadaan selepas insiden pengepungan kumpulan mat rempit oleh orang ramai.

Jika benar bahawa kumpulan-kumpulan mat rempit ini diupah oleh Datuk Ayub maka terbuktilah bahawa mereka adalah terdiri daripada pemuda Umno di kawasan Parlimen Sekijang. Lebih memalukan mereka sekadar menggunakan sekumpulan mat rempit untuk mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat yang sudah mendapat permit daripada pihak berkuasa. Jika benar mereka tidak puas hati dengan kehadiran Tn Hj Md Sabu, silakan hantar ketua atau wakil Umno untuk bertemu. Bukan menabur wang RM10, minuman keras dan tangki minyak motorsikal diisi penuh sebagai upah membuat provokasi. Lebih bacul lagi, jika kejadian seperti di Labis berulang sehingga seorang anggota Unit Amal yang tidak berdosa menerima tujuh jahitan.

Rakyat sudah muak dengan regim, mereka dahagakan maklumat. Kehadiran warga Segamat pada malam itu cukup menakutkan mereka. Cara terbaik untuk menakutkan rakyat, provokasi!.

Apapun tahniah kepada anak-anak muda SAMM yang sanggup datang jauh antaranya daripada Seremban, Gelang Patah demi untuk menghambat anjing-anjing provokasi ini, sehingga kumpulan mat rempit pulang menikus tidak berbunyi.


Warga Segamat yang hadir pada malam tadi.


Tim. Presiden Pas, Tn Hj Md Sabu menyampaikan ceramah tanpa sebarang gangguan.


Che'guBard turun bertemu anak-anak muda SAMM selepas berceramah untuk mendapatkan maklumat berkaitan insiden kumpulan mat rempit yang ditahan Unit Amal dan SAMM.



Anak-anak muda SAMM meraikan kejayaan menghalang provokasi kumpulan mat rempit selepas program ceramah di sebuah restoran di bandar Segamat.
Read Full 7 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks