Zul Suphian (kiri) bersama Boy dalam salah satu adegan filem Bini-biniku Gangster
Nampaknya imej Umno adalah gangster, dan gangster sebagai Umno tidak dapat dipisahkan. Filem aksi komedi terbaru terbitan Metrowealth Pictures iaitu
Bini-Biniku Gangster dengan jelas menunjukkan watak seorang anggota kumpulan gangster yang dilakonkan oleh
Zul Suphian dalam filem ini kerap kali dilihat memakai logo 1Umno pada bajunya.
Persoalannya, kenapa Logo 1Umno yang dipakainya.
Bukan logo PAS?
Bukan logo PKR?
Dan juga bukan logo DAP??
Apakah watak jahat dan gangster itu terlalu sinonim dengan Umno?. Mungkin jika dilihat dalam siri keganasan di dalam program Ceramah Pakatan Rakyat baru-baru ini yang disertai oleh Md Sabu samada di Seremban, Rembau dan terbaru di Labis ia memang terbukti tepat dan benar. Mungkin program ceramah malam ini di Kg Tahang Rimau, Segamat (Rumah Cikgu Natrah) juga kita akan dapat saksikan insiden keganasan serangan daripada ahli Umno ini berulang semula.
Ya benar, walaupun program ceramah itu mendapat kebenaran dan permit daripada Polis, puak-puak samseng ini tetap menyerang dengan angkuh dan ganas seolah-olah kebal daripada tindakan pihak berkuasa. Jika itu yang hendak digambarkan di dalam filem yang diarahkan oleh pengarah berprofil iaitu Ismail Bob Hasim ini maka setinggi terima kasih saya ucapkan kepada pengarah ini kerana berani menonjolkan satu metafora yang tepat.