blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Lelaki POTONG KEPALA Isteri, Bersiar-siar Dengan Kepala Di Jalanan

Saturday, October 8, 2011

Seorang lelaki berasal dari Guwahati, Assam di India, telah membunuh isterinya dan berjalan keluar ke jalan utama dengan kepala isterinya yang terputus dan parang yang berlumuran darah sebelum ditangkap.

Ranjit Das, bapa kepada dua anak lelaki berusia sembilan dan enam tahun, menjalankan perniagaan kedai runcit kecil dan juga bekerja sebagai seorang pemandu autorickshaw sambilan

Dia dituduh membunuh oleh Ketua Hakim di mahkamah majistret pada hari Jumaat lalu dan dikenakan tahanan reman.

Isteri yang dikahwininya sejak 10 tahun, Amiya Daimary Das bekerja sebagai jururawat di Kesihatan Luar Bandar India. Beliau telah bertugas di Barpeta, kira-kira 170km dari Guwahati dan pulang ke rumah pada minggu lepas.

Ranjit kemudian mengesyaki Amiya mempunyai hubungan sulit dan mendakwa dia mempunyai bukti.

Beliau kemudian mengkelar leher isterinya pada hari Khamis lalu dengan parang, dan membawa kepalanya yang berlumuran darah dan berjalan melalui jalan utama bersamanya. Beliau kemudiannya ditahan oleh polis peronda.

"Saya mempunyai bukti yang cukup tentang perhubungan sulit itu. Beliau telah menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki lalu menyebabkan saya hilang pertimbangan dan membunuhnya," kata Ranjit.

Beliau mendakwa hendak pergi ke balai polis untuk menyerah diri ketika polis menangkapnya.
Read Full 6 comments

Ayuh! Kita HAMBAT PERKASA Di Segamat 10hb INI


Tidak bertamadun! Itulah ungkapan paling sesuai buat pemuda Umno yang semakin hari semakit tidak mendapat tempat di hati anak muda. Politik samseng yang ditunjukkan oleh pemuda Umno dan PERKASA di Ampangan, Rembau dan Labis baru-baru ini menunjukkan mereka kehabisan modal untuk berhujah walaupun mereka mempunyai seluruh kekuatan media arus perdana.

Tidakkah anda ingin tahu apakah punca Umno mengarahkan pemuda 'bacul' mereka membuat kacau dan mengapa Perkasa dipergunakan untuk mengganggu ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Md Sabu?

Dalam media yang dikuasai Barisan Nasional, Umno bebas membuat pelbagai tuduhan dan tohmahan terhadap Pakatan Rakyat dan juga kepada Md Sabu khususnya. Kini apabila tiba giliran Pakatan Rakyat membuat penjelasan di dalam sesi ceramahnya, kini apabila Md Sabu cuba merungkai apa yang dituduh terhadap beliau dalam isu Mat Indera, Umno membuat kacau dan mengganggu program dengan mengupah samseng di atas nama PERKASA.

Semua ini berlaku kerana Umno takut kebenaran itu sampai ke seluruh pelusuk rakyat termasuklah mereka yang tidak berpeluang mendapat liputan maklumat dari media alternatif yang memerlukan talian internet. Umno tidak mahu segala penipuan mereka di TV dan akhbar utama terutamanya dalam isu Mat Indera terbongkar yang akhirnya mengheret sejarah sebenar kemerdekaan negara ke medan pertikaian. Itulah sebab dan puncanya, mengapa serangan ke atas Md Sabu adalah wajib bagi Umno, iaitu untuk menekan beliau supaya tidak lagi menyampaikan ceramah!

Justeru, NGO anak muda seperti SAMM, Unit Amal serta ARC akan sekali lagi berdepan dengan samseng-samseng upahan. Kali ini pertembungan berlaku di Segamat pada 10 Oktober 2011 apabila Md Sabu sekali lagi turun ke Johor untuk menyampaikan pidatonya, turut bersama dalam senarai penceramah ialah Chegubard. Berikut adalah maklumat kepada yang ingin hadir;

Ceramah Perdana
Hj Md Sabu dan Chegubard
Kg Tahang Rimau, Segamat
(Rumah Cikgu Natrah)
Pertanyaan Lokasi 013-7149720

SAMM Johor akan mengetuai komrad SAMM dalam gerakan pertahan pimpinan di pentas ceramah dan orang awam yang berada di sekitarnya. Ini diikuti dengan kehadiran SAMM N.Sembilan, SAMM Wilayah dan juga SAMM Pahang selain daripada anak Segamat yang turut bersama dengan Pakatan Rakyat. Unit Amal juga turut bersedia dan difahamkan skuad Terengganu juga akan hadir kali ini.

Kali ini mari kita lihat adakah serangan berdarah gangster Umno akan berulang seperti di labis atau mereka akan lari melintang pukang seperti di Rembau?

Ayuh pertahankan rakyat dari samseng-samseng upahan !! Sedarlah, jika ada di antara kita yang mati ketika menghalang samseng membuat kacau, sekurang-kurangnya kita mati dalam mempertahankan rakyat dan juga satu majlis ilmu. Itu Syahid!! Namun kalau mereka yang menyerang itu terjatuh longkang dan mati, maka mereka mati dalam keadaan samseng yang ingin menyerang orang awam!! Itu mati katak namanya!!

Pilihlah jalan anda, Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan pilihan dirinya.

EDYES @ edyesdotcom
Read Full 2 comments

Selepas Lari Di Rembau, PERKASA Mengganas Di LABIS


Nampaknya Perkasa (baca Umno) tidak belajar dari apa yang terjadi di Rembau. Samseng-samseng Umno telah menyerang program ceramah Md Sabu di Labis semalam sehingga ada yang cedera berdarah.

Seorang petugas unit amal cedera di pipi apabila sekumpulan 30 Pemuda Umno bermotor datang mengganggu dan membuat bising semasa ceramah Mat Sabu di dataran Cikgu Mala,Labis malam tadi. Mereka membaling seketul objek keras kepada seorang petugas unit amal menyebabkan pipinya tercedera dan berlumuran darah.



Walaupun diganggu, dataran Cikgu Mala di Labis malam tadi tetap dibanjiri oleh rakyat, semata-mata untuk mendapatkan maklumat yang keluar daripada mulut pemimpin Pakatan Rakyat tentang isu-isu semasa yang tidak mungkin boleh di dapati dari media milik kerajaan yang sentiasa memutar-belitkan fakta serta menyembunyikannya dari pengetahuan umum.

Pada 10hb ini, Pengerusi SAMM che'GuBard akan ceramah bersama Md Sabu di Segamat. Bagaimana pula sambutan rakyat di sana?. Dan bagaimana pula sambutan Perkasa di sana?.
Read Full 0 comments

TUALA WANITA Tutup No. Plat Kenderaan Untuk Elak DISAMAN POLIS


Seorang pemandu dikesan memandu laju di sebuah lebuh raya China oleh polis melalui kamera pengawasan pada hari Rabu lalu.

Apabila pasukan penguat kuasa mahu merekodkan nombor pendaftaran kereta tersebut, mereka mendapati bahawa nombor tersebut telah ditutup oleh objek putih.

Sepasukan polis telah dihantar untuk mengesan sebuah BMW putih di Zhejiang.

Apabila pemandu perempuan itu berjaya dikesan, dia agak kemalu-maluan sambil menanggalkan tuala wanita pada plat pendaftaran keretanya.

"Saya tidak mahu gambar kereta saya dirakam oleh kamera, jadi saya menutup nombornya.


"Ini adalah satu-satunya benda yang saya ada dan boleh melekat, jadi ia tidak akan jatuh," katanya.

Pemandu telah dikenakan dua saman dengan jumlah denda sebanyak 400 yuan (RM198) dan sembilan mata ditolak dari rekod pemanduan beliau.
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks