Sebelum Ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo’ Lo’ Ghazali meninggal dunia, beliau sempat menyampaikan amanat terakhirnya kepada suami dan anak-anak beliau sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pada jam 10.13 malam pada 17 Julai 2011.
Suami Allahyarhamah, Dr. Aminuddin Abd Hamid sendiri menyatakan di antara amanat terakhir Dr. Lo’ Lo’ kepadanya adalah untuk meneruskan kerja dan tugas-tugas beliau yang belum selesai selaku Ahli Parlimen Titiwangsa.
“Dr. Lo’ Lo’ berpesan pada saya untuk teruskan kerja-kerjanya yang belum selesai dan meneruskan perjuangan mempertahankan maruah rakyat di Kampung Baru,” katanya selepas isterinya disemadikan di Tanah Perkuburan Datuk Keramat.
Bagaimanapun semalam, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah mengkhianati amanat itu. Mereka gagal menyekat Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu 2011 apabila rang undang-undang itu diluluskan menerusi undi belah bahagian semata-mata kerana kekurangan undi.
Undian yang diminta sendiri oleh pembangkang akhirnya menjadi strategi makan tuan apabila menyaksikan 72 ahli parlimen menyokong manakala hanya 28 yang tidak bersetuju rang undang-undang itu dibacakan untuk kali kedua.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi, berikut adalah Senarai nama 28 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ADA semasa pengundian berikut dijalankan.
Ahli Parlimen yang lain TIDAK HADIR dan bertanggungjawab terhadap masyarakat melayu Kg Bharu!. Mana Anwar Ibrahim?. Mana Hj Hadi?. Mana Lim Kit Siang?.
Mereka ini sepatutnya bertanggungjawab untuk melaksanakan amanat terakhir Dr' Lo'Lo'. Namun dimanakah anda wahai pimpinan Pakatan Rakyat ketika undian itu dibuat. Usah menyalak menyalahkan ia adalah helah UMNO untuk mengadakan pengundian pada lewat malam. Anda sepatutnya sudah matang dengan permainan UMNO.
Namun untuk kesekian kalinya anda DIBODOHKAN sekali lagi oleh Umno dan BN. Sudahlah anda bertelagah dengan isu hudud sehingga terlupa kepada isu pokok - kepentingan rakyat. Dan kali ini anda ditipu tegak-tegak oleh Umno dan BN dalam permainan mereka untuk merampas hak masyarakat Melayu di Kg Bharu. Kepada mereka yang di dalam senarai di bawah diucapkan SYABAS dan TAHNIAH. Kepada Ahli Parlimen yang lain apakah alasan anda yang hendak diberikan kepada RAKYAT??.
Pas :
P8 : Pokok Sena - Mahfuz Omar
P24 : Kubang Kerian - Salahuddin Ayub
P12 : Jerai - Mohd Firdaus Jaafar
P11 : Pendang - Mohd Hayati Othman
P13
: Sik - Che Uda Che Nik
P111 : Kota Raja - Siti Mariah Mahmud
P31 : Kuala Kerai -
Mohd Hatta Ramli
P108 : Shah Alam - Khalid Abd Samad
P23 : Rantau Panjang - Siti Zailah Muhd Yusoff
P21 : Kota Bharu - Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
P28 : Pasir Puteh - Muhammad Husin
P101 : Hulu Langat - Che Rosli Che Mat
P7 : Padang Terap - Mohd Nasir Zakaria
PKR :
P115 : Batu - Chua Tian Chang
P99 : Ampang - Zuraida Kamarudin
P53 : Balik Pulau - Mohd Yusmadi Mohd Yusuff
P98 : Gombak - Mohamed Azmin Ali
P104 : Kelana Jaya - Gwo-Burne Loh
P10 : Kuala Kedah - Ahmad Kasim
P82 : Indera Mahkota - Azan Ismail
DAP :
P65 : Ipoh Barat - M. Kulasegaran V. Murugeson
P117 : Segambut - Lim Lip Eng
P110 : Klang - Charles Anthony Santiago
P138 : Kota Melaka - Sim Tong Him
P76 : Teluk Intan - M. Manogaran
P145 : Bakri - Er Teck Hwa
P66 : Batu Gajah - Fong Po Kuan
P120 : Bukit Bintang - Fong Kui Lun