blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Pelakon Siri BABA NYONYA Meninggal Dunia

Wednesday, October 5, 2011
Rakan baik: Chee (kiri) dan Chan semasa di set penggambaran 'Nasi Lemak 2.0, baru-baru ini.

PETALING JAYA: Pelakon siri komedi popular tahun 1990-an, Baba Nyonya, Chee Hood Siong meninggal dunia pada Ahad lalu akibat serangan jantung ketika berusia 66 tahun.

Mendiang terkenal dengan watak Ah Chim seorang wanita peranakan bersama-sama dengan seorang lagi pelakon, Kenny Chan yang memegang watak Bibik Kim Neo.

Siri popular itu diiktiraf oleh Malaysia Book oF Records sebagai siri televisyen paling lama di negara ini apabila mula bersiaran dari tahun 1980-an sehingga tahun 2000 dengan jumlah 509 episod.

Chee meninggalkan seorang isteri, Gladys Ong Keng Wah dan dua anak.

Dalam pada itu, pasangannya dalam sitkom itu, Chan yang kini seorang pemilik restoran King's Caf di Melaka berkata, kematian Chee adalah satu kehilangan besar.

Kedua-dua mereka adalah sahabat baik yang sentiasa bekerja bersama-sama sepanjang 30 tahun berada di dalam industri.

"Dia adalah seorang pelakon yang berbakat dan dia mampu membawa apa sahaja watak diberikan. Pelbagai cabaran dan rintangan kami lalui bersama," katanya.

Kedua-dua pelakon itu kali terakhir muncul bersama di dalam filem Nasi Lemak 2.0 arahan Namewee yang mana dia dan Chee membawa watak sebagai Baba dan Nyonya yang mengajar Chef Huang lakonan Namewee untuk memasak sambal nasi lemak yang enak.

Lagi di sini.
Read Full 1 comments

Malaysia Pernah DIJAJAH British : MUHYIDDIN

Tidak seperti bosnya, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin seolah-olah berjaya memberikan semua jawapan yang tepat. Tidak bergantung membuta-tuli dengan bantuan teknikal untuk menafikankan segala fakta asal yang selama ini diterima baik oleh rakyat di negara ini, Muhyiddin akhirnya mengakui Malaysia pernah menjadi tarikan semua penjajah dan ia adalah sebuah tanah jajahan British sebelum menerima kemerdekaan di dalam 1957.

Jawapannya berjaya menarik pandangan ramai, dan beliau kini telah dilihat sebagai seorang negarawan yang lebih mantap dan boleh dipercayai berbanding dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Sebaliknya, Najib telah kembali kepada ancaman gelap dan cenderung agar tindakan undang-undang dikenakan ke atas Timbalan Presiden PAS Mat Sabu kerana kesalahan fitnah jenayah peristiwa Bukit Kepong.

Ramai yang menuduh Najib tidak bertanggungjawab dan 'bergerak mengikut angin', mengambil garis-garis tindakan bukan kerana ianya betul tetapi kerana dia berfikir, akan menggembirakan masyarakat Melayu dan menjadikan mereka menyokong beliau.

Walau bagaimanapun, jelas sekali PM telah tersalah kira, dan Muhyiddin kini telah membersihkan Umno dan BN di atas insiden yang menyebabkan ramai rakyat Malaysia termasuk orang Melayu menentang BN.

"Adakah kita telah dijajah Ya! Kita telah meraikan kemerdekaan setiap tahun. Ia bukannya tiada maksud apa-apa," jawab Muhiddin kepada Parlimen pada hari Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan dari Azmin Ali, Ahli Parlimen PKR dari Gombak.

Muhyiddin berkata, walaupun ada orang yang mengatakan sultan-sultan Melayu yang hanya menerima 'nasihat' daripada British, tetapi nasihat itu bermakna mereka dikawal oleh pemerintah British secara tidak langsung.

"Mereka menerima nasihat daripada British, tetapi nasihat itu mestilah diterima. Sultan tidak bebas untuk memerintah," TPM mengakui.
Read Full 1 comments

Lelaki CABUT Biji Matanya Sendiri DI GEREJA

Gereja St. Andrea di Viareggio

Seorang lelaki telah mencabut biji matanya sendiri di dalam sebuah upacara keagamaan besar-besaran di sebuah gereja di barat laut Itali.

Aldo Bianchini, 46, yang dilahirkan di Britain tetapi menetap di Itali, mengeluarkankan kedua-dua biji matanya dengan tangan di hadapan 300 orang penganut Kristian yang hadir di gereja St. Andrea di Viareggio, pada hari Ahad lalu.

Bianchini dilaporkan tenang dan waras ketika pasukan paramedik tiba di tempat kejadian.

Menurut agensi berita Ansa, beliau memberitahu mereka bahawa ada 'suara' seseorang memberitahu supaya mencabut matanya.

Dia dibawa ke Hospital Versilia di Viareggio dan keadaan beliau digambarkan sebagai amat serius tetapi tidak membahayakan nyawa.

Paramedik mengutip bola matanya dari lantai gereja tetapi mereka gagal merawatnya semula.

Dr Gino Barbacci yang merawat Bianchini berkata, ia memerlukan kekuatan luarbiasa untuk seseorang itu mencabut mata mereka sendiri.

Beliau berkata beliau tidak pernah melihat apa-apa seperti itu sepanjang tempoh 26 tahun perkhidmatannya di dalam bidang perubatan.

Father Lorenzo Tanganelli, yang meneruskan acara keagamaan selepas kejadian itu berkata,: "Saya tidak pernah melihat begitu banyak darah sebelum ini."

Bianchini dilaporkan pernah mengalami masalah-masalah psikologi sebelum ini.
Read Full 0 comments

INILAH Wajah Penembak Jurukamera BERNAMA

MOGADISHU, 4 Okt -- Gambar empat tentera misi pengaman Kesatuan Afrika di Somalia (AMISOM) yang bertanggungjawab melepaskan tembakan yang menyebabkan kematian jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor yang diemailkan oleh Agensi Keselamatan Somalia kepada BERNAMA di sini, hari ini.

Kelihatan mereka berjalan tanpa membawa senjata yang turut dikawal tentera lain ke suatu tempat yang tidak disebut.

Laporan media sebelum ini menyebut mereka merupakan tentera Burundi yang bertugas dalam AMISOM.. Berdasarkan laporan polis Somalia, pihak AMISOM telah menjalankan penyiasatan dalaman dan mendapati bahawa keempat-empat yang dituduh itu didapati bersalah melepaskan tembakan ke atas Allahyarham Noramfaizul.

Pada Isnin lepas, AMISOM telah memohon maaf diatas kejadian yang telah menimpa jurukamera Bernama TV itu dan melucutkan mereka yang terlibat daripada menjalankan tugas pasukan pengaman dan akan dihantar pulang ke Burundi untuk dibicarakan.

Noramfaizul, 39, terkorban setelah terkena tembakan ketika dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan dengan menaiki pacuan empat roda semasa menyertai misi bantuan kemanusiaan anjuran Kelab Putra 1Malaysia di Mogadishu, Somalia pada 3 Sept lepas. Kejadian itu turut mencederakan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks