blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Misteri CINCIN RM24juta Yang TIDAK TERJAWAB

Tuesday, October 4, 2011
Akhirnya SPRM memberikan jawapan mengenai persoalan cincin RM24 juta. Bagaimanapun jawapan yang diberikan oleh SPRM itu telah menimbulkan misteri dan menambahkan lagi kecelaruan....

Pertama sekali ialah BUKTI kewujudan cincin itu gagal dinafikan. Ia akhirnya terpaksa diakui oleh SPRM apabila ada organisasi muda seperti Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang mendedahkan melalui media baru beberapa bukti kemasukan cincin RM24 juta itu menerusi rekod kastam.

Kedua, SPRM telah menegaskan bahawa cincin itu PERNAH masuk ke dalam Malaysia dan sudah pun KELUAR. Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sendiri mengesahkan pembelian itu tidak berlaku.

Persoalannya kenapa cincin itu dibawa masuk?. Kenapa ada nama Rosmah dalam borang kastam yang mengesahkan cincin itu di bawa masuk.

Jika cincin itu dibawa masuk sekadar untuk tujuan pameran, dan akan dibawa keluar kembali kenapa ia tidak diikrarkan di dalam borang masuk seperti amalan biasa atau digunakan borang carnet.

Contoh borang ATA Carnet


Borang carnet adalah satu bentuk kemudahan bagi mengimport dan mengeksport barangan secara sementara tanpa dikenakan duti/cukai. Barangan yang diimport hendaklah dieksport / dibawa keluar kembali selepas suatu tempoh yang ditetapkan dan demikian juga bagi barangan yang dieksport. Diantara fasiliti yang diberikan oleh ATA Carnet ialah:

-Pengguna tidak perlu mengemukakan borang ikrar Kastam di pintu-pintu masuk dan keluar.
-Tiada cagaran atau jaminan bank.

Beberapa blogger kerajaan kemudian menjawab isu ini dengan mengeluarkan borang cincin ini dibawa keluar. Tetapi adakah kita TAHU atau tidak, nama pegawai (Abdul Najid Abdul Razak, Penguasa Kastam) yang menandatangani borang kastam untuk cincin itu keluar berdasar laman web kastam (yang dikemaskini pada 4 Oktober 2011) masih bertugas di Unit Latihan di Ibu Pejabat Kastam. Di bawah ini adalah satu keratan yang menunjukkan nama, tandatangan, jawatan dan cawangan pegawai tersebut, perhatikan dengan baik semua maklumat yang tertera;


ABDUL NAJID BIN ABDUL RAZAK
Penguasa Kastam
Cawangan Pemeriksaan Penumpang
PUSAT PERDAGANGAN ZON BEBAS
KLIA SEPANG
bp. Penolong Kanan Pengarah Kastam
Cawangan Pemeriksaan Penumpang
KLIA

Tetapi ada satu line maklumat yang tidak dapat dibaca melainkan dengan pemerhatian mendalam. 'Line' tersebut ialah;

B/P PENOLONG PENGARAH KASTAM
LIA KUALA LUMPUR

Timbul satu lagi misteri di sini, bagaimana pula seorang pegawai yang bertugas di HQ Kuala Lumpur boleh pergi ke KLIA semata-mata untuk tandatangan cincin keluar?.

Berbalik kepada jawapan bertulis SPRM ini, jika ia dijadikan sandaran maka ternyata kenyataan bekas setiausaha Anwar Ibrahim mengenai isu cincin yang mengatakan cincin itu ialah milik besan Rosmah juga adalah satu penipuan.

Anuar Shaari intai kerusi PRU-13?

Dan lebih hebat lagi TV3, Utusan dan lain-lain media perdana telah memberikan liputan meluas kenyataan yang jelas palsu ini. Orang yang sama ini juga konon dengan gahnya mencabar kepada cheGuBard iaitu individu yang mendedahkan persoalan cincin ini untuk membuat laporan kepada SPRM. Walhal ia telah dibuat sejak lebih sebulan sebelum munculnya hero bernama Anuar Shaari ini. Sungguh lucu propaganda jahat ini.


******************************************************

Kastam Nafi Rosmah Beli Cincin AS$24 Juta

KUALA LUMPUR, 4 Okt: Kerajaan hari ini menjelaskan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin berharga USD24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam jawapan bertulis terhadap soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merujuk perkara itu kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang mengesahkan pembelian itu tidak berlaku.

"SPRM hanya menjalankan siasatan bagi kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan sepertimana dalam peruntukan Akta SPRM 2009.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut. Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Dalam soalan sebelum itu, Lim Lip Eng meminta perdana menteri menyatakan status siasatan PDRM, SPRM dan SKMM berkenaan dakwaan pembelian sebentuk cincin bernilai USD24 juta.

Isu pembelian cincin itu sebelum ini didedahkan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang mendakwa Rosmah membeli cincin berlian dari saudagar permata Jacob and Co di Amerika Syarikat yang berharga RM24.45 juta

Beliau juga mendakwa terdapat bukti jelas kemasukan berlian berkenaan yang didapati menerusi rekod Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia.

Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyatakan ia sebagai fitnah dan tidak mahu melayan dakwaan tersebut, selepas dua minggu isu itu ditimbulkan.

Perkara itu juga telah dilaporkan kepada SPRM pada 13 Julai lalu.
Read Full 0 comments

Jumpa DADAH Dalam PEK COFFEEMIX 3 Dalam 1


SEPANG, 4 Okt -- Pek Coffeemix yang berisi dadah antara yang dirampas pihak Jabatan Kastan Lapangan Terbang Kuala Lumpur dalam satu cubaan menyeludup dadah berbahaya oleh seorang wanita warga Iran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.


Kredit : Bernama
Read Full 1 comments

TERKINI : ANWAR Umumkan Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat

Anwar Ibrahim sedang membentangkan Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat yang bertema Kesejahteraan Untuk Semua.

Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai membentangkan Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat sebentar tadi - lima hari sebelum Putrajaya mengumumkan belanjawan tahunannya. Ia merupakan bajet alternatif PR sebelum Bajet 2012 diumumkan oleh kerajaan pusat di Parlimen. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 Jumaat ini.

Di antara pengisian Belanjawan 2012 Pakatan Rakyat ialah :

Belanjawan Pakatan Rakyat memperuntukkan RM 220 bilion dengan mengekang defisit pada 4.4 % daripada KDNK berbanding BN melebihi 6%.

Bayaran bonus warga emas sebanyak RM 1,000 setahun kepada yang layak - iaitu yang berpendapatan di bawah RM18,000 setahun.


Gaji minima sebanyak RM 1,100 memanfaat 300,000 kakitangan awam. Akta sedia ada akan dipinda.

Pembayaran elaun pendidik sebanyak RM 500 sebulan.

AP akan dibuat melalui proses lelongan. Proses ini akan meningkatkan pendapatan negara sebanyak RM1.2 billion.

Pakatan Rakyat mengumumkan pemberian lesen lesen teksi secara terus kepada pemandu-pemandu teksi dan membatalkan sistem konsesi ala BN.

Defisit negara pimpinan UMNO mencecah 6% bagi tahun 2011 tersimpang dari janji Najib untuk kurangkan ke kadar 5.2%.


Ketua Pembangkang membentangkan Bajet Pakatan Rakyat di dewan taklimat Parlimen.


Jabatan Perdana Menteri akan di rombak. SPR, SPRM akan bertanggungjawab terus kepada Parlimen.

Perdana Menteri daripada Pakatan Rakyat tidak akan menjawat jawatan Menteri Kewangan. Ucapkan selamat tinggal kepada tenaga perunding luar negara.

Penglibatan tenaga kerja wanita kepada ditingkatkan kepada 55% menjelang 2015. Berbanding 42% sekarang ini.

Belanjawan Pakatan Rakyat mencadangkan pemotongan belanjawan Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion dan dikembalikan kepada Kementerian lain.

Perolehan kerajaan melalui tender terbuka dengan jaminan skim khas untuk Melayu/Bumiputra dan program latihan usahawan baru.

Pakatan Rakyat bercadang mengembalikan cukai-cukai eksais & duti yang dibatalkan Perdana Menteri ke atas barang-barang mewah (beg-beg mewah, dll).

Belanjawan Pakatan Rakyat tumpu pembangunan wilayah terutama pembinaan infra termasuk lebuhraya yang menghubungi Sabah dan Sarawak.

Pakatan Rakyat akan melaksanakan semua tuntutan BERSIH, memansuh ISA, OSA dan AUKU.
Read Full 2 comments

Menziarahi JENAZAH ADUN Johol

AL-FATIHAH... Kaum keluarga dan tetamu membacakan Surah Yaasin ketika hadir menziarahi jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol Datuk Roslan Md Yusof, 58, yang meninggal dunia awal pagi tadi.

KUALA PILAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Johol, Roslan Mohd Yusof meninggal dunia pukul 4.00 pagi tadi dipercayai akibat komplikasi paru-paru.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Berambai, Johol selepas solat Zohor nanti. Walaubagaimanapun pilhan raya kecil (PRK) tidak perlu diadakan kerana mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) PRK hanya perlu diadakan jika berlaku kekosongan kerusi dalam tempoh tiga tahun selepas Pilihan Raya Umum (PRU).


Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menziarahi jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol Datuk Roslan Md Yusof.

Beliau sememangnya kurang sihat sejak tahun 2009 kerana masalah komplikasi tersebut. Pada tahun yang sama selepas PRK Bagan Pinang, beberapa blog pro Pakatan Rakyat pernah melaporkan kononnya Allahyarham telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Mohd Hasan atas alasan tidak mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Dikatakan Mohd Hasan telah menolak surat perletakan jawatan tersebut pada ketika itu untuk mengelakkan dari berlakunya satu lagi PRK di Negeri Sembilan. Bagaimanapun Mohd Hasan dan Roslan sendiri menafikan khabar angin tersebut. Malah Roslan pernah muncul sekali sekala di dada akhbar menyertai beberapa aktiviti sebagai Adun membuktikan bahawa beliau tidak tenat seperti yang digambarkan oleh blog tersebut.

Akhbar arus pernada pernah melaporkan Allahyarham tercedera di bahagian tulang belakang akibat terjatuh ketika mengadakan latihan badminton di Dewan Kampung Baru Cina, Tampin pada 27 April 2009. Seterusnya beliau menjalani pembedahan pada 14 Oktober 2009.

Beliau mula menjadi Adun Johol selepas memenangi kerusi tersebut pada PRU ke- 11 pada tahun 2004 mengalahkan calon PAS Kamaruddin Mohd Tahir dengan majoriti 2,359 undi.

Beliau sekali lagi mempertahankan kerusinya pada PRU ke-12 pada tahun 2008 dan kali ini dan beliau sekali lagi mengalahkan Kamaruddin tetapi dengan majoriti yang lebih tipis iaitu 1,263 undi.
Read Full 0 comments

KREN MENARA Tumbang, 1 TERBUNUH, 3 PARAH



GEORGE TOWN, 4 Okt -- Sebuah kren menara dari tapak pembinaan sebuah hotel tumbang dan menghempap tiga buah rumah di persimpangan Jalan Transfer dan Jalan Sri Bahari dalam kejadian jam 12.15 tengah malam tadi.


Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa dalam runtuhan bangunan yang dihempap sebuah kren menara dari tapak pembinaan sebuah hotel di persimpangan Jalan Transfer dan Jalan Sri Bahari dalam kejadian jam 12.15 tengah malam tadi.


Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat membawa turun mayat seorang mangsa dalam runtuhan bangunan yang dihempap sebuah kren menara.


Ketua Pengkuatkuasa Daerah Maritim 2 Pulau Pinang, Kapt Maritim Robert Teh Geok Chuan (dua, kiri) meninjau keadaan pejabat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang rosak teruk apabila dihempap sebuah kren menara.

Kejadian tersebut menyebabkan seorang lelaki terbunuh manakala tiga lagi cedera parah. Bangunan milik Agensi Penguatkuasaan Marintim Malaysia (APMM) juga rosak slaam kejadian tersebut.




Kredit : Bernama
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks