Antara pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir dalam mesyuarat Majlis Kepimpinan PR.
Seperti diketahui PAKATAN Rakyat (PR) akan menyelesaikan isu terbaru membabitkan hasrat Pas mahu mengadakan hukum Hudud pada mesyuarat kepimpinan, malam tadi.
Mesyuarat Majlis Kepimpinan PR itu diadakan untuk membincangkan Bajet 2012 yang akan dibentangkan bulan depan dan menyentuh perkara berkaitan isu Hudud. Mesyuarat tersebut telah pun selesai kira-kira jam 12.00 tengah malam tadi.
Nantikan pengumuman ketetapan rasmi Pakatan Rakyat selepas sidang media.
Pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk sidang media selepas selesai bermesyuarat isu Hudud.
Antara wartawan yang bersedia untuk menantikan sidang media dari kepimpinan Pakatan Rakyat.
UPDATE
Alhamdulillah isu hudud telah dapat di selesaikan oleh pimpinan PR dengan semangat penuh muafakat. Para wartawan terkejut kerana suasana mesyuarat berjalan denganbaik. Mereka mungkin sangkakan pemimpin PR akan berperang.
PR mengambil keputusan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan, Buku Jingga. Keputusan diambil supaya tidak boleh lari daripada fokus kepada pembaharuan.
PR juga mengakui enakmen undang-undang Islam oleh PAS di Kelantan (93), Terengganu (03) telah diluluskan terlebih dahulu sebelum penggabungan PR, ia bukan sebahagian daripada agenda semasa.
PR turut menghormati agenda PAS dan ia adalah hak parti itu untuk meneruskan perjuangannya, dan ahli-ahli lain di dalam gabungan itu juga mempunyai hak untuk tidak bersetuju.
Ketika PR bergerak ke arah politik yang matang, DAP juga perlu menyedari aspirasi Islam untuk menegakkan semua kewajipan agama mereka termasuklah menghormati perundangan Islam.