blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bila Hati Sudah Busuk, Chegubard Dikata AHLI POLITIK BODOH

Monday, September 26, 2011

Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata buat-buat tak nampak. Itulah yang nampak mengenai Saifullah Zulkifli, Setiausaha Politik kepada ADUN Seri Setia di Pejabat Dewan Undangan Negeri Selangor. Saya hairan mengapa di dalam twitterya dia telah begitu bersungguh-sungguh melemparkan cemuhan dan hinaan kepada Chegubard dengan menggelarnya sesebagai ahli politik bodoh. Isunya kerana ketika Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengadakan RAPAT pengurusan SAMM peringkat Kebangsaan, 24-25 Sept lalu ia mendapat ucapan 'Selamat Berjuang' daripada mahasiswa. Malah saya tidak pernah dengar di dalam mana-mana ucapan Chegubard yang menghina Saifullah Zulkifli, dan lebih penting lagi siapa dia Saifullah Zulkifli ini?. Saya tidak langsung mengenali individu ini sehinggalah membaca twitternya yang menggelar Chegubard seorang ahli politik bodoh seperti Najib Razak.

Dalam twitternya, dia menggelar Chegubard seorang ahli politik bodoh seperti Najib Razak, seorang Perdana Menteri Malaysia yang amat dikenali di negara ini tentunya. Chegubard ini dianggap oleh Saifullah Zulkifli sebagai pengacau di dalam PKR dan kini pengacau kepada golongan mahasiswa. Dia boleh berkata dia tidak berniat jahat tetapi ayat yang ditulisnya berbau busuk dan jahat. Dia bertanyakan buku apa yang Chegubard baca sehingga terlalu sibuk hendak 'berevolusi' saja. Tuduhan ini sebiji sama dengan tuduhan Dr Mahathir Mohamad yang berkata bahawa Malaysia tidak perlukan reformasi [rujukan]. Dia telah menuduh Chegubard menggunakan mahasiswa ini sebagai balacinya. Apabila Chegubard menyeru supaya revolusi perlu didesak, beliau sarankan supaya mahasiswa gunakan akal dan jangan jadi balaci kepada politik individu. Lebih hebat beliau turut menyindir SAMM ini berangan-angan dan ada hati hendak mengajak golongan mahasiswa ini berevolusi. MasyaAllah!

Selalunya orang yang berlatarbelakang Sains Politik dan Ilmu Wahyu seperti Saifullah Zulkifli ini sepatutnya memahami pengertian revolusi itu supaya hujahnya adil dan seimbang. Chegubard pastinya boleh menerima tuduhan asalkan ada fakta dan maklumat yang tepat. Tetapi nampaknya Saifullah menunjukkan sikapnya seolah-olah sebagai budak suruhan. Janganlah kerana sudah menjadi seorang Setiausaha Politik, semua ilmunya tentang Sains Politik dan Ilmu Wahyu itu tidak diamalkan sebaliknya hanya mengikut pemikiran 'bos'nya. Cara tulisan Saifullah di dalam twitternya hanya mahu mengajak mahasiswa merasa benci kepada Chegubard. Walaupun apa yang ditulis itu adalah jahil dan tidak berasas.

Bagaimana Prof. Dr. Abu Hassan Bin Hasbullah boleh bersetuju untuk berada bersama-sama program SAMM jika Chegubard seorang ahli politik bodoh?.


Tidak malukah Saifullah mengaku terlibat dalam gerakan mahasiswa dan gerakan Islah wa Tajdid di zaman Universitinya menererusi Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dan kemudian terlibat secara langsung dalam Reformasi 98' tetapi tidak faham pengertian REVOLUSI?.

Biar saya jelaskan kepada lulusan Sains Politik dan Ilmu Wahyu ini apa pengertian REVOLUSI. Secara umumnya revolusi bermaksud perubahan pemikiran secara menyeluruh. Jika di rujuk melalui Kamus Dewan Bahasa, dapat disimpulkan melalui 2 pengertian:

1) Perubahan yang menyeluruh dan mendadak terutamanaya dari segi cara berfikir dan bertindak dan,

2) Perubahan sesebuah kerajaan, system politik secara radikal dan kekerasan seperti rusuhan dan pemberontakan bersenjata.

Sekali pandang, revolusi dilihat sesuatu yang negatif dan ‘ekstrem’. Namun jika diamati secara mendalam ia membawa motif yang tersendiri disebalik setiap revolusi yang dicetuskan. Yang paling utama adalah MOTIF dan OBJEKTIF asal disebalik tercetusnya revolusi yang boleh kita terjemahkan melalui kaedah yang dipilih.

Bagaimanapun, Islam tidak mengizinkan sesuatu tuntutan KECUALI memenuhi kehendak dan ketetapan Allah dan Rasul-Nya. Dalam masa yang sama Islam menyeru penganutnya melakukan perubahan untuk kemasalahatan hidup dunia dan akhirat. Firman allah s.w.t:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya.” (ar-ra’d;11)

Seruan ini telah disahut oleh para anbiya’ dan utusanNya yang terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. Sirah perjuangan baginda dan para sahabat dalam membebaskan masyarakat arab daripada belenggu jahiliyah yang sesat, zalim dan ganas adalah REVOLUSI yang diizinkan oleh Islam. Inilah gambaran revolusi sebenar oleh Islam.

Negara Islam Madinah adalah salah satu bentuk revolusi pentadbiran, pemerintahan dan politik dalam Islam. Dengan kedaulatan Islam sebagai pemerintah, perubahan dan revolusi dalam aspek yang lain dapat dilaksanakan dengan jalan yang mudah dan baik.

Tekanan hidup adalah penyebab paling besar tercetusnya revolusi. Tekanan masyarakat jahiliyyah di Mekah terhadap penganut Islam telah mencetuskan kebangkitan ummat yang membawa kepada perubahan pemikiran dan tindakan berani untuk melakukan perubahan.

Dasar angkuh, sombong dan penindasan yang di amalkan oleh pemimpin arab Jahiliyah telah membuatkan rakyat bangkit untuk membuat perubahan yang dipelopori oleh Islam. REVOLUSI juga pernah berlaku pada zaman sebelum utusan akhir zaman seperti yang dinukilkan didalam al-Quran, firmanNya:

"Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - Akulah yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah (istana) ku? tidakkah kamu melihatnya?."Bahkan bukankah Aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya(Musa)?."(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?". (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik - derhaka. Setelah mereka menyebabkan kemurkaan Kami (dengan perbuatan derhaka itu), Kami menyeksa mereka, iaitu menenggelamkan mereka semuanya di laut (sehingga binasa). Maka Kami jadikan mereka contoh dan pengajaran bagi orang-orang yang datang kemudian.(az-Zukhruf; 51-56)

Keangkuhan firaun dan penindasannya terhadap rakyat membawa kepada kerajaan dan pemerintahannya musnah sekelip mata. Revolusi yang berlaku pada  hari ini di semenanjung tanah Arab adalah buktinya. Adalah menjadi kewajipan kepada ummat Islam (baca Saifullah Zulkifli) mempelajari dan menghayati sejarah kerana ibrah dan pengajarannya masih relevan sehingga ke hari ini.

Jadi kepada Saifullah, berilah fakta dengan tepat bagaimana, jika benar, Chegubard menjadikan mahasiswa sebagai “balaci” semata-mata kerana menyeru mereka mendesak revolusi berlaku di dalam negara ini. Sebenarnya orang seperti Saifullah Zulkifli tidak ada apa-apa selain dari sekadar membuat tuduhan liar.

Agaknya boss-bossnya di dalam PKR takut jika Chegubard berjaya dalam usaha kecil bersama SAMM untuk merapatkan golongan muda termasuklah golongan mahasiswa ini menjadi sebagai satu wadah kukuh serta mempunyai objektif bersama untuk melawan mana-mana pemerintah yang tidak adil - tidak kira sesiapapun yang berada di anjung kuasa. Jadi Saifullah pun digunakan untuk memburuk-burukkan peribadi orang. Golongan ini tahu jika objektif  ini berjaya dijayakan oleh golongan muda, mungkin mereka juga terkena tempiasnya, sesiapa yang makan cili dia yang merasa pedas!.

InsyaAllah, jika golongan muda dan mahasiswa bersama-sama menjayakan objektif ini, sesiapa pun yang berada di Putrajaya akan memberikan kebebasan kepada semua golongan untuk menyatakan pandangan. Ini juga akan memastikan tidak ada lagi political assassins seperti Saifullah Zulkifli yang hanya tahu menembak curi orang-orang yang berjuang demi rakyat dan demokrasi.

Bagi saya, kalau UMNO, MCA, GERAKAN atau MIC yang mendakwa Chegubard ini satu watak kartun dan seorang pengacau, maka saya perlu meneliti tuduhan tersebut. Tetapi kalau setakat Setiausaha Politik PKR yang membuat tuduhan, saya rasa Chegubard masih lagi boleh tidur nyenyak. Lagi pun tak berapa syok nak melayan budak-budak upahan ini, terutamanya yang hati mereka dah terlalu busuk.

:Author Faethal 
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks