blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Bayi DILAHIRKAN DI DALAM PENERBANGAN Tiada Warganegara

Friday, September 23, 2011
Aida Alamillo bersama bayinya Kevin Raymar Francis Domingo

Aida Alamillo hanya tinggal lapan hari sahaja daripada tarikh yang dijangkakan ia akan bersalin ketika menaiki penerbangan Filipina Airlines dari Kuala Lumpur ke San Francisco pada hari Isnin lalu, kerana sepanjang tempoh kehamilan yang lancar telah menyebabkan doktor memberi kebenaran untuk dia menaiki penerbangan ini.

Ketika dia mula mengalami rasa sakit, anak lelakinya yang berusia 13 tahun memaklumkan kepada atendan penerbangan yang kemudiannya merayu kepada mana-mana kakitangan perubatan, jika ada di dalam pesawat itu untuk membantu, mengikut laporan NBC Bay area.

Ketika berada pada ketinggian beberapa ribu kaki di langit, wanita berusia 41 tahun ini berjaya melahirkan anaknya dengan dibantu oleh tiga jururawat yang berada di atas kapal, serta ahli-ahli krew kabin.

Dipercayai pesawat itu mungkin sedang terbang memasuki perairan antarabangsa ketika bayi ini dilahirkan, lalu mencetuskan perdebatan tentang kewarganegaraanya.

Keluarga yang sedang berpindah ke AS ketika itu, berharap agar kanak-kanak itu dilahirkan di Amerika Syarikat dan secara automatik akan menerima kewarganegaraan.

Walau bagaimanapun, proses kelahiran yang luar biasa ini bermakna tidak ada sesiapa pun yang pasti negara manakah yang boleh dijadikan sebagai 'tempat kelahiran' anak ini.

Kevin Raymar Francis Domingo dilahirkan lapan hari lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan doktor.

'Jika seseorang kanak-kanak itu dilahirkan di atas lautan terbuka, secara amnya ia mempunyai taraf warganegara yang sama dengan kewarganegaraan ibu bapanya,' menurut Jennifer Vaughn dari Pusat Pengajian Imigresen kepada Fox.

Alamillo menamakan anaknya sebagai Kevin Raymar Francis Domingo, dengan 'Francis' sempena memperingat bahawa keluarga ini sedang di dalam perjalanan ke San Francisco ketika dia dilahirkan.
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks