blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Lelaki Cina JATUH Dan LEMAS Di Kampung Morten, Melaka

Wednesday, September 21, 2011
MELAKA, 21 Sept -- Sepasukan petugas unit skuba anggota bomba, Jalan Kubu menaikkan mayat lelaki Cina yang lemas di Sungai Melaka berhampiran jambatan Kampung Morten di sini hari ini.


Dua petugas unit skuba anggota bomba Jalan Kubu menaikkan mayat lelaki Cina yang lemas di Sungai Melaka berhampiran jambatan Kampung Morten di sini, hari ini.


Sepasukan Unit Skuba anggota bomba, Jalan Kubu dalam operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki Cina yang terjatuh ke dalam Sungai Melaka berhampiran jambatan Kampung Morten di sini hari ini.

Mayat mangsa Soon Fee Lim, 67, dari Bukit Baru ditemui kira-kira tiga meter dari tempat kejadian selepas lebih kurang satu setengah jam mencari dan menyelamat.


Dasyat skuad bomba ni...gambar no. 2 tu nampak macam seorang anggota bomba rilek je lepas jumpa mayat. Siap boleh senyum lagi...:Author Faethal
Read Full 5 comments

Zizan Telefon Ust Azhar Idrus Rujuk Isu HANTU BONCENG

Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan  'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata  'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.


Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.

Read Full 13 comments

Wang Kutipan Luar Mahkamah TAMPUNG Ikat Jamin RM15,000 MAT SABU


Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu (kiri) dikawal polis ketika memasuki Mahkamah Butterworth untuk menghadapi pertuduhan kenyataannya mengenai tragedi Bukit Kepong di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.


Penyokong Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu mengira wang kutipan di luar Mahkamah Sesyen untuk menampung ikat jamin sebanyak RM15,000 di sini hari ini.


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu didakwa di bawah Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini ekoran ucapannya mengenai Bukit Kepong.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Pihak pendakwa meminta Mohamad dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan Mohamad dengan jaminan RM15,000 sehingga perbicaraan.

Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajuddin menetapkan 27 Oktober ini sebutan semula kes sementara perbicaraan diadakan pada 5 hingga 9 Disember depan.

Selain Hanipa, Mohamad turut diwakili peguam Amiruddin Zulkifli manakala pihak pendakwaan terdiri daripada Mohd Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusof dan Suhaimi Ibrahim.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Read Full 2 comments

30 September, Tarikh NAJIB Bakal DIKUBURKAN?

30 September adalah hari yang perlu ditandakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan penasihat beliau pada kalendar mereka. Ia adalah hari dimana peguam Perancis akan memberi maklumat terkini mengenai kes rasuah Scorpenes yang melibatkan pembuat kapal DCN, Najib, rakan rapatnya Baginda Razak dan penterjemah Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu.

Cynthia Gabriel, Pengarah Suaram, mengesahkan tarikh tersebut sambil menambah bahawa peguam Perancis, Joseph Breham akan mengetuai pembentangan yang dibuat pada majlis makan malam pengumpulan dana di London.

"Ada dua sebab mengapa London telah dipilih. Pertama untuk 'menyentuh' warga Malaysia di sana dan kami juga perlu mendapatkan lebih banyak dana untuk membayar kos perbelanjaan undang-undang yang akan meningkat dengan cepat sebaik saja perbicaraan mahkamah terbuka ini bermula. Yang kedua sudah tentu faktor keselamatan. Selepas Bourdon dihantar pulang dari Kuala Lumpur, siapa yang berani untuk datang ke sini. Selagi Najib adalah PM, ini adalah wilayahnya, kubunya" satu sumber Suaram memaklumkan kepada Malaysia Chronicle.

Suaram adalah NGO Malaysia yang memfailkan aduan di mahkamah Paris, memohon menyiasat samada syarikat gergasi DCN membayar sejumlah besar wang dalam bentuk komisen dan imbuhan kepada pegawai atasan Malaysia termasuk PM Najib Razak untuk menjamin perjanjian pembelian RM7.3 bilion kapal selam. NGO mendakwa harga tinggi yang dikenakan itu telah dibayar menggunakan wang rakyat Malaysia, dan paling utama di dalam perjanjian yang diragui di dalam pakej itu ialah pengambilalihan perkhidmatan RM570 juta atau 114 juta euro dan kontrak sokongan yang diberikan kepada firma bernama Perimekar, yang dikawal oleh Baginda.

Sebelum ini seorang lagi peguam Perancis yang dilantik oleh Suaram, William Bourdon, telah dihantar pulang apabila dia datang ke Malaysia untuk memberi pembentangan dalam tiga acara makan malam pada bulan Julai lalu. Beberapa jam sebelum pembentangan kedua, iaitu pada hari yang sama Najib telah bergegas kembali ke Malaysia selepas memendekan masa bercutinya ke luar negara, Bourdon telah dihantar kembali ke Paris.

Ia dipercayai ada kaitan dengan ucapan peguam ini tentang misteri 'orang ketiga' yang telah terbang bersama dengan Baginda dan Altantuya ke Macau semasa perjanjian dengan DCN. Secara meluas disyaki bahawa 'orang ketiga' ini ialah Datuk Seri Najib Tun Razak, dan apabila bukti dokumentasi seperti tiket penerbangan dan tempahan dikeluarkan, kejatuhan Najib dari kuasa akan pasti. Dia telah mengangkat Al-Quran dan bersumpah bahawa dia tidak pernah mengenali Altantuya, jadi jika ada apa-apa percanggahan dengan sumpahnya ini, dia wajib meletakkan jawatannya sebagaimana pemimpin negara yang beragama Islam.

Selain dari komisen rasuah yang diterima dari DCN, Najib dikatakan mempunyai hubungan romantis dengan Altantuya sebelum memperkenalkannya kepada Baginda, yang juga kemudian menjadi kekasihnya. Empat tahun selepas perjanjian itu dibatalkan, Altantuya telah dibunuh di Malaysia pada tahun 2006, selepas cuba untuk mendapatkan bahagian komisyennya dari Razak Baginda. Dua bekas pengawal peribadi Najib telah dijatuhkan hukuman gantung di atas kematian Altantuya.

Baginda yang juga dituduh bersubahat dengan pembunuhan secara kontroversi telah dibebaskan. Disamping banyaknya penemuan dan jejak yang akhirnya menjurus kepada Najib, yang telah membenarkan pembelian kapal selam dalam kapasitinya ketika itu sebagai Menteri Pertahanan, tangan yang berkuasa telah memanipulasi mahkamah Malaysia untuk menolak sebarang keterangan yang boleh 'merosakkan' Najib, dan dengan itu membantunya untuk mendapatkan jawatan Perdana Menteri pada 2009.
Read Full 2 comments

IKAT JAMIN Mohamad Sabu RM15,000

Para wartawan diminta keluar dari perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri malam tadi apabila diminta untuk menghadiri sidang akhbar bagaimanapun kumpulan wartawan tersebut diminta masuk kembali selepas ketibaan Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu ke IPK.


Timbalan Presiden PAS, Mohamed Sabu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri malam tadi berhubung ceramahnya mengenai Mat Indera.

Mohamed Sabu juga dikenali Mat Sabu didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini mengenai kenyataan kontroversi pada 21 Ogos lepas. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu didakwa melakukan fitnah jenayah di Mahkamah Sesyen Butterworth pagi ini.

Mohamad Sabu atau Mat Sabu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dan telah dibebaskan dengan ikat jamin.

Ikat jamin telah ditetapkan pada RM15,000.

Mat Sabu menimbulkan kontroversi utama semasa ucapan politik beliau di Tasik Gelugor, Pulau Pinang, pada 21 Ogos apabila beliau menggambarkan Mat Indera, yang dilihat sebagai komunis oleh orangramai, sebagai wira sebenar dan bukan 25 anggota polis dan keluarga mereka yang terbunuh serangan komunis di balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Ia juga dilaporkan bahawa Mat Sabu juga mendakwa bahawa pengasas Umno, Onn Jaafar dan Perdana Menteri pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman tidak perlu diadakan sebagai pejuang kemerdekaan kerana beliau menganggap mereka sebagai pegawai pentadbiran British.

Ucapannya, yang mendapat liputan meluas media, telah dikritik oleh pelbagai pihak termasuk daripada kaum keluarga anggota polis Bukit Kepong yang meninggal dunia semasa serangan. Polis menerima beratus-ratus laporan terhadapnya.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks