blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Anak Mohamad Sabu BUAT LAPORAN POLIS

Tuesday, September 20, 2011
SHAH ALAM, 20 Sept -- Nurul Huda, 28, anak kedua Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu, menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat selepas rumah mereka di Seksyen 19 di sini.


Nurul Huda menunjukkan kesan kebakaran di bahagian pintu pagar dan simen di rumah mereka di Seksyen 19 di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 12.40 pagi tadi, rumah pemimpin nombor dua dalam Pas itu nyaris terbakar dipercayai disimbah minyak tanah. Hanya pintu pagar rumah berkenaan dan beberapa batang pokok yang ditanam terbakar sebelum api berjaya dipadamkan oleh beberapa jiran.


Soalan teka-teki. Siapa pernah ugut nak bakar pejabat PKR?. Lepas tu suka bakar-bakar masjid, gereja. Lepas tu cuba bakar pejabat DAP. Sekarang ada cubaan bakar rumah Mat Sabu pulak??...Hmmm. Siapa yek...:Author Faethal
Read Full 2 comments

Muhyiddin ZIARAH Jenazah Kemalangan Maut, DATUK AWANG JABAR

KUALA TERENGGANU, 20 Sept -- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berbual dengan isteri Allahyarham Datuk Awang Jabar, Datin Mariam Abdullah di kediaman Allahyarham di Jalan Tekukur di sini, hari ini.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membacakan berdoa di hadapan jenazah bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Awang Jabar di kediaman Allahyarham di Jalan Tekukur di sini, hari ini.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucup dahi jenazah bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Awang Jabar di kediaman Allahyarham di Jalan Tekukur


Bekas Setiausaha Parlimen Belia dan Sukan, Datuk Awang Jabar, 66, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di KM26 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tumang, Marang di sini, pagi tadi. Beliau juga merupakan bekas anggota Parlimen Dungun selama empat penggal sejak 1978 hingga 1990 dan menjadi wakil rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pada 1995.


Berita berkait : Bekas AHLI PARLIMEN Kemalangan Maut Dalam Perjalanan Sambut Muhyiddin
Read Full 2 comments

Bekas AHLI PARLIMEN Kemalangan Maut Dalam Perjalanan Sambut Muhyiddin

MARANG, 20 Sept --Orang ramai menutup mayat Datuk Awang Jabar yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di KM 26 Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tumang, hari ini.


Seorang pegawai perubatan memberikan rawatan awal kepada salah seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan di KM26 jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tumang.


Anggota Bomba dan Penyelamat membawa seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan di KM26 jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tumang, hari ini


Beberapa mangsa hanya mampu terbaring di atas rumput sementara menunggu bantuan perubatan selepas dua buah kenderaan bertembung dalam kemalangan di KM26 jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tumang.


Orang ramai membantu mengangkat salah seorang mangsa yang cedera dalam kemalangan di KM26 jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tumang, hari ini.


Kejadian yang berlaku turut mengorbankan bekas Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Datuk Awang Jabar, 66.

Allahyarham merupakan bekas Anggota Parlimen Dungun selama empat penggal sejak tahun 1978 hingga 1990 serta menjadi wakil rakyat bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi pada 1995.

Kemalangan berlaku ketika Allahyarham sedang dalam perjalanan ke Dungun bagi menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin, pagi ini.


Al-fatihah...:Author Faethal
Read Full 1 comments

Sperma ANWAR Boleh HIDUP Selama 113 Jam : Pendakwa KES Liwat II

KUALA LUMPUR: Bukti Baru yang dihasilkan oleh pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat II Anwar Ibrahim menunjukkan bahawa sperma boleh hidup dalam dubur seseorang sehingga 113 jam.

Ketua pendakwa Peguam Cara Negara II Mohd Yusof Zainal Abiden (gambar) berkata bahawa kertas penyelidikan 1997 yang bertajuk "serangan seksual dan kekukuhan air mani" menyatakan bahawa spermatozoa boleh hidup di antara empat hingga 113 jam di dalam rektum sebelum diekstrak.

"Ia muncul selepas 1982, mereka mengatakan bahawa dari semua(penyelidikan) ini ,masa ia terus hidup selepas melebihi 65 jam (seperti yang dinyatakan sebelum ini)," kata Yusof.

Sebelum ini, pakar forensik Australia Dr David Lawrence Noel Wells, yang merupakan seorang pakar dalam kes-kes serangan seksual, telah memberi keterangan bahawa untuk mendapatkan pengekstrakan sel sperma yang masih positif selepas lebih daripada 20 hingga 36 jam adalah "sangat jarang".

Beliau berkata bahawa dalam amalannya tidak akan mengambil sampel yang melebihi daripada 36 jam-lama.

Walaupun Wells bersetuju bahawa dia tidak boleh mengenepikan jurnal tunggal United Kingdom “Forensic Science International” ("Forensik Sains Antarabangsa") yang diterbitkan pada tahun 1982 mendakwa bahawa kelangsungan sperma untuk hidup adalah sehingga 65 jam, beliau bagaimanapun merujuk bahawa penyelidikan yang dibuat oleh kertas kerja itu telah dibuat sejak 30 tahun lalu.

Pakar DNA Australia Dr Brian Leslie McDonald menyuarakan pendapat yang sama. Beliau juga tertanya-tanya bagaimana sampel yang diperolehi daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan masih di dalam keadaan "asli".
Pada pendapat beliau, sampel yang berusia 98-jam sepatutnya sudah jatuh grednya disebabkan oleh pertumbuhan bakteria.
Read Full 0 comments

Program Orientasi Universiti CABUL KEHORMATAN GADIS


GAMBAR ini menunjukkan pelajar perempuan terbaring di atas tanah dan pelajar lelaki melakukan 'push-up' di atas. Pelajar lelaki merenung pelajar perempuan dengan tubuh mereka hanya dipisahkan beberapa sentimeter.

Lebih hebat lagi, aksi ini dilakukan secara terbuka di sekolah di Singapura.

Pasangan pelajar ini tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini. Mereka adalah "secret partner" - yang dipadankan dalam program orientasi universiti.

Tujuannya?. Untuk menggalakkan hubungan, menurut mereka yang menghadiri orientasi Institut Pengurusan Universiti London (Singapore Institute of Management-University of London’s SIM-UOL, SIM-UOL) bulan lepas.

Kira-kira 400 orang pelajar telah mengambil bahagian dalam orientasi tersebut.


Aktiviti-aktiviti lain termasuklah makan biskut secara berhadapan dan memeluk pasangan yang berbeza jantina.

Menurut akhbar harian Cina Lianhe Wanbao, sesetengah gadis yang terlibat dalam program itu menangis selepas itu.

Seorang pelajar lelaki yang mengambil bahagian dalam acara selama tiga hari dua malam itu memaklumkan seorang gadis menangis teresak-esak selepas peristiwa itu: "Aku mendengar dia mempunyai seorang teman lelaki. Perlakuan intim semasa program itu membuatkan dia merasa seperti telah curang kepadanya dan merasakan dirinya telah rosak. "

Beliau berkata permainan yang melibatkan 'berbaring secara bertentangan' itu menbyebabkan trauma pada sesetengah orang: "Bayangkan gadis dan lelaki yang menghadap satu sama lain. Jika tangan lelaki tidak kuat atau dia mahu mengambil kesempatan daripada gadis itu, dia akan mencium dari mulut-ke-mulut dan menyentuh dada-bertemu-dada.."



Daripada 100 orang yang ditinjau menerusi akhbar New Paper semalam, tiga daripada empat pembaca merasa terkejut apabila mereka melihat gambar pasangan "bertindih". Ramai yang berpendapat permainan itu keterlaluan.
Read Full 2 comments

Kondom Dalam MAKANAN Kantin Sekolah

Gambar menunjukkan kondom yang sudah digunakan, siap diikat dan masih mengandungi 'cecair' di dalamnya telah ditemui di dalam masakan nasi dan lauk yang dibeli di sebuah sekolah di negara China. Yuks!.




Read Full 3 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks