blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Kemalangan WIRA Terbelah DUA, Identiti Mangsa BELUM DIKETAHUI

Monday, September 19, 2011
PUTRAJAYA, 19 Sept -- Anggota polis memeriksa kereta Proton Wira Aeroback yang terbelah dua berikutan kemalangan ngeri di Persiaran Selatan, Putrajaya di sini hari ini.


 

Sebuah kereta terbelah dua dan enjinnya tercampak keluar ke bahu jalan dalam satu kemalangan ngeri menarik perhatian orang ramai di Persiaran Selatan dekat Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini hari ini.

Seorang pemuda berusia 20-an maut dalam nahas itu apabila kereta yang dipandunya merempuh tiang lampu dan terputus dua berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, AC Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi berkata, pihaknya masih menyiasat identiti mangsa tersebut.

Abdul Razak meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.


Kredit : Bernama
Read Full 4 comments

WAD 6 Hospital Ini BERHANTU

Gambar yang dirakamkan oleh pelawat tersebut menggunakan telefon bimbitnya.

Ini adalah pertanyaan seorang pelawat kepada seorang jururawat mengapa pengunjung tidak dibenarkan untuk pergi ke Wad 6 di Hospital Tan Tock Seng. Lalu jururawat itu menjawab ianya adalah kerana wad itu "berhantu".

Menurut pelawat tersebut "Minggu lalu saya melawat seorang kawan yang dimasukkan ke sebuah wad di Hospital Tan Tock Seng.


"Apabila saya masuk ke dalam lif, saya terkejut apabila melihat butang aras 6 dilabelkan sebagai 'No Access' (tiada akses).

"Saya bertanya kepada jururawat yang berada di dalam lif tersebut mengapa pelawat tidak dibenarkan untuk pergi ke Wad 6 dan dia memberitahu kepada saya bahawa ianya 'berhantu'.


"Saya tidak tahu sama ada dia berjenaka atau serius apabila dia memberitahu bahawa wad ini berhantu."
Read Full 0 comments

Permohonan MAAF Zaid Untuk Kembali Kepada BN

PETALING JAYA: Permohonan maaf secara terbuka oleh Presiden Kita, Zaid Ibrahim kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di atas keputusan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah menimbulkan masalah kepada kepimpinan parti.

Pada malam sebelum Hari Malaysia, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan, tiga akta-kecemasan akan ditarik balik manakala Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPA) akan dikaji semula.

Pada keesokan harinya Zaid memohon maaf kepada Najib di atas "kesilapannya" memandang rendah ke atas beliau untuk memansuhkan ISA malah memuji beliau sebagai perdana menteri "yang diperlukan".

Bagaimanapun ketua-ketua Kita negeri kecewa dengan apa yang mereka lihat sebagai perbuatan yang tidak relevan yang boleh menggugat kesetiaan parti dan berkecuali dalam soalan ini. Ketua Kita Negeri Sembilan, R Sri Sanjeevan, scara berterus terang berkata bahawa permohonan maaf Zaid telah menjatuhkan harga diri dan maruah beliau.

"Zaid perlu mengeluarkan kenyataan menyokong dan bukannya meminta maaf," katanya. "Sekarang bukan sahaja dia kehilangan maruahnya tetapi juga tidak menghormati kepada parti."

"Kami menyertai Kita kerana kami diberitahu bahawa ia tidak cenderung kepada sama ada BN atau Pakatan. Kenyataan Zaid itu telah membuang segala keraguan di peringkat akar umbi dan telah ditafsirkan sebagai percubaan berbaik dengan Najib dan mempunyai motif terselindung."

Ketua Kita negeri Pulau Pinang dan juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, berkata Zaid tidak pernah memanggil untuk mengadakan pertemuan dengan kepimpinan pusat dan negeri sebelum membuat pernyataan ini dan beliau percaya ia sepatutnya bersifat tahniah dan bukannya permohonan maaf.

"Terdapat kemungkinan yang sangat kuat bahawa ia akan disalah tafsir," katanya. "Kami cuba untuk menjadi sebagai kuasa ketiga dan kini rakyat boleh menuduh Zaid berperanan sebagai pro-BN."

Ketua Kita negeri Melaka, Kolonel Hashim Putih, bagaimanapun tidak menyalahkan Zaid, beliau berkata bahawa kenyataan Zaid adalah pendapat peribadinya dan tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan parti.

"Saya tidak bimbangkan apa-apa kesan," katanya. "Mungkin akar umbi di tempat lain mempersoalkan motif Zaid tetapi orang-orang di Melaka tidak ada masalah."

Tetapi bagi Setiausaha Agung kepada Hashim, Yahya Mohd Idris, tidak berkongsi pendapat yang sama dan bersetuju dengan Sanjeevan dan Tan bahawa Zaid telah melangkah keluar dari garisan.

"Dia boleh bersetuju dengan pemansuhan tetapi tidak sesuai meminta maaf," katanya. "Ia hampir sama seolah-olah dia sedang cuba untuk kembali kepada BN dan menuntut semula kedudukan di dalam Kabinet. Ia adalah kesilapan yang sangat, sangat besar."
Read Full 0 comments

Kapal Ditahan KIBAR JALUR GEMILANG Terbalik

JOHOR BAHRU - Kibaran Jalur Gemilang yang dipasang terbalik menjadi punca masalah kepada anak-anak kapal Korea Utara yang berlabuh secara haram di Tanjung Piai, Pontian pada Sabtu lalu.

Bendera kebangsaan yang dipasang oleh kapal-kapal yang berulang-alik di perairan negara telah dikibarkan secara terbalik.

Ini menarik perhatian Agensi Penguatkuasaan Maritim Selatan Malaysia (APMM), yang membuat pemeriksaan ke atas kapal itu dan kemudian menahannya kerana didapati berlabuh secara haram di perairan Malaysia.

Adalah difahamkan bahawa anak-anak kapal MT Yong An secara tidak sengaja telah mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik ketika mereka menjatuhkan sauh pada 4.5 batu nautika tenggara Tanjung Piai.

Ketua Penguatkuasa Pertama Maritim Laksamana Zulkifli Abu Bakar berkata: "Cara mereka mengibarkan bendera kebangsaan telah mendorong pegawai-pegawai untuk menyiasat kapal tersebut.

"Pemeriksaan lanjut mengesahkan bahawa anak kapal telah gagal untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa kedatangan mereka di perairan Malaysia dan mereka juga sedang disiasat kerana dengan sengaja melanggar keamanan dengan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik," katanya semalam.

Zulkifli berkata kapten kapal dan anak kapal telah ditahan di ibu pejabat APMM wilayah selatan untuk siasatan.

Beliau berkata siasatan awal menunjukkan bahawa Yong MT telah didaftarkan di Wonsan, Korea Utara.

Ia mempunyai 10 anak kapal dari Indonesia, Sri Lanka dan China.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks