Janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan beberapa undang-undang menindas yang lain disambut dengan berhati-hati oleh pemimpin-pemimpin PKR sebagai kemenangan untuk rakyat, termasuk beribu-ribu aktivis-aktivis tempatan dan asing yang berjuang berekad-dekad bagi memansuhkannya.
Walau bagaimanapun, mereka membidas Najib kerana cuba memberi gambaran palsu kepada rakyat Malaysia bahawa mereka boleh mengharapkan demokrasi yang lebih besar, tetapi sebenarnya ia hanyalah sedikit perubahan dan kemungkinan akan undang-undang baru yang dibuat untuk menggantikan ISA boleh mengandungi fasal yang sama untuk menindas.
"Pertamanya, kita tidak tahu apakah undang-undang baru akan dibuat untuk menggantikan ISA dan Ordinan Darurat. Ia boleh menjadi lebih teruk lagi. Juga, jika Najib benar-benar ikhlas, dia akan memansuhkan Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi, yang mereka telah gunakan untuk memaksa rakyat menjadi pak turut. Kami sentiasa berkata tidak ada keperluan untuk ISA. Akta Hasutan dan OSA sudah cukup teruk," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.
Kebebasan bersuara dan berucap tetap disekat seperti sebelum ini
Pemimpin PKR juga tidak tertarik dengan pemansuhan keperluan bagi firma media untuk memperbaharui lesen penerbitan mereka setiap tahun. Mereka berkata bahawa lesen masih perlu diperolehi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan kuasa untuk membatalkan lesen itu pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab juga masih kepada Menteri Dalam Negeri.
"Semua media arus perdana dimiliki oleh parti-parti politik seperti Umno, MCA dan MIC. Mereka perlu menjaga parti dan lesen itu perlu diperbaharui setiap tahun. Bagi media alternatif, klebihan kepada media-media PAS seperti Harakah. Walau bagaimanapun ia tetap boleh diharamkan pada bila-bila masa," Naib Presiden PKR dan juga MP Batu Tian Chua.
"Juga perhatikan, Najib tidak menarik balik pengharaman Suara Keadilan. Dalam erti kata lain, beliau memerlukan klausa 'menarik balik'. Jika anda tidak percaya, cuba anda memohon lesen untuk menerbitkan terbitan Malaysia Chronicle harian atau mingguan dan lihat sama ada anda boleh mendapatkan apa-apa kelulusan?"
Masih enggan mengakui sistem dua parti
Sememangnya, ia tidak memberikan prospek yang baik dan ini membayangkan bahawa persekitaran politik semasa yang huru-hara akan berterusan sehingga selepas pilihan raya umum yang akan datang, yang ramai percaya akan diadakan dalam masa beberapa bulan akan datang.
Keengganan Najib untuk memberi ruang demokrasi, atau mengakui kewujudan sistem dua-parti politik di negara ini menunjukkan beliau enggan untuk menerima pembaharuan sebenar.
Reformasi pilihan raya diabaikan
Walaupun dia berjanji untuk mengkaji semula undang-undang yang melarang rakyat Malaysia untuk berhimpun di tempat awam, bersetuju untuk membenarkan kebebasan berhimpun mengikut norma antarabangsa, namun Najib senyap mengenai tuntutan reformasi pilihan raya yang dituntut oleh perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 9 lalu.
Jawatankuasa Pilihanraya Parlimen untuk reformasi pilihan raya yang sudah dibentuk bulan lepas telah mengalami masalah dengan permulaan yang memeningkan, sama seperti pengumuman malam tadi. Dan Najib kemudian mengakui terdapat had dalam apa yang dia membenarkan, ini menyebabkan ancaman oleh Pakatan supaya tidak menyertai SPA.
"Ini adalah teras demokrasi - hak untuk mengundi dan pastikan anda betulkan sistem semasa yang begitu korup dan condong membenarkan BN untuk menipu. Ia adalah satu penghinaan terhadap hak-hak asasi demokrasi kami ," kata Tian.
"Saya tidak percaya Najib akan mengabaikan reformasi pilihan raya. Dia mampu sekurang-kurangnya memperbaharui janjinya untuk memastikan bahawa daftar pemilih dibersihkan sebelum dia mengadakan pilihanraya."
Pengumuman
Ketika menyampaikan perutusan khas Hari Malaysia 2011 di Angkasapuri, yang disiarkan secara langsun, Najib telah berjanji untuk memansuhkan ISA dan undang-undang Darurat sebaik sahaja Parlimen bermula pada 3 Oktober. Perubahan-perubahan lain yang dia umumkan termasuk:
* Kerajaan akan gerakkan jadual di parlimen untuk memansuhkan ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, ditamatkan kuatkuasanya supaya rakyat Malaysia boleh maju ke hadapan
* Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah dimansuhkan; digantikan dengan undang-undang anti-keganasan yang mengehadkan penahanan tanpa perbicaraan, tiada seorang pun yang ditangkap kerana ideologi politik mereka
* Akta Buang Negeri 1959 yang dimansuhkan; Akta Kediaman Terhad 1933 dikaji semula
* Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang memerlukan pembaharuan tahunan lesen penerbitan oleh syarikat-syarikat media, akan dimansuhkan
* Undang-undang yang melarang perhimpunan di tempat awam akan dikaji semula untuk membenarkan kebebasan berhimpun mengikut norma-norma antarabangsa
Najib juga berkata bahawa undang-undang baru akan digubal untuk melindungi keamanan, keharmonian dan keselamatan negara.