blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Mana Abu Mayat ALTANTUYA? : Bapa Altantuya

Thursday, September 15, 2011
Keluarga kepada penterjemah Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu, yang dikatakan pernah menjadi perempuan simpanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu ketika, berasa tidak berpuas hati kerana abu mayatnya masih tidak dibawa pulang ke tanah airnya.

Pendedahan mengejutkan daripada kabel AS yang bocor baru-baru ini telah menuduh pembantu peribadi Najib-Razak Baginda telah mengarahkan pembunuhan itu, dan ia juga mencetuskan kembali apakah nasib kedua-dua lelaki yang dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh itu.

"Tidakkah ganjil bahawa sehingga kini tiada lagi perbicaraan mahkamah?. Apa yang berlaku kepada janji Zaki untuk mempercepatkan kes?. Bapanya mengadu bahawa sehingga kini, abu mayatnya masih belum dikembalikan ke Mongolia lagi," menurut Naib Presiden Tian Chua PKR.

Kedua-dua lelaki bekas pengawal peribadi kepada Najib itu telah merayu terhadap hukuman mereka. Kini selepas lebih daripada dua tahun berlalu, dan sehinggalah Ketua Hakim Negara, Zaki Azmi bersara dan menunjukkan rekod kejayaan mereka yang cepat menyelesaikan banyak kes-kes yang tertunggak, namun badan kehakiman ini seolah-olah telah terhenti apabila melibatkan kes yang melibatkan Najib ini.

"Isu utama adalah kredibiliti badan kehakiman di Malaysia. Kes ini dilihat sebagai bom masa politik, bagaimanapun ia boleh menjadi sensitif, keadilan mesti dilakukan dan dilihat dilakukan," menurut Nik Nazmi.

Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dijatuhi hukuman gantung pada April 2009 kerana membunuh Altantuya yang berusia 28 tahun, yang juga kekasih kepada rakan rapat Najib, Razak Baginda.

Kedua-dua polis yang tidak mempunyai motif peribadi itu berbuat demikian dan salah seorang daripada mereka telah berkata di dalam satu laporan bahawa dia telah ditawarkan RM100,000 untuk membunuh mangsa. Inilah sebabnya walaupun mereka dijatuhkan hukuman mati, rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengan siasatan polis kerana mereka percaya mastermind di sebalik pembunuhan ini dilindungi dan masih bergerak bebas.
Read Full 1 comments

Kemalangan 9/11, Hanya ILLUMINATI Yang MENANG : Pemain Liverpool


Seorang pemain muda kelab Liverpool sedang disiasat kerana menulis di dalam tweet yang 'tidak digemari' masyarakat Amerika mengenai serangan 11 September di New York.

Penyerang bernama Nathan Eccleston, yang mempunyai hampir 40,000 pengikut, menulis: 'I aint going to say attack don't let the media make u believe that was terrorist that did it.' ('Saya tidak akan mengatakan serangan itu membolehkan media menjadikan anda percaya bahawa ia dilakukan oleh pengganas.')

Pemain berusia 20 tahun itu membuat komen di dalam Twitter pada hari Ahad, sempene peringatan ulang tahun ke-10 serangan di Amerika Syarikat.

Nathan Eccleston telah menerima beberapa komen panasnya terhadap Twitter itu. Beliau turut menulis perkataan O.T.I.S, ('Only the Illuminati Succeed.') yang bermakna 'Hanya Illuminati Yang Menang.'

Tweet itu sebenarnya adalah sambungan terhadap satu tulisannya yang menyebut tragedi itu sebagai 'kemalangan'.

'R.I.P all 9/11 victims my thoughts are with their family's and all those that was affected by this tragic accident!'.('RIP semua mangsa pada 9/11, ingatan saya kepada keluarga mangsa dan semua orang-orang yang terjejas oleh kemalangan tragis ini tragis!') Eccleston menulis.


Komen-komen itu telah dibuang dari Twitter, dan Eccleston kemudian tweet: 'Jika anda tidak suka apa yang saya katakan, jangan ikuti saya!! '






Sedang di siasat


Kelab Bolasepak Liverpool kini telah melancarkan siasatan ke atas aktiviti Twitter miliknya. Kelab ini mengambil perkara ini sangat serius. Pegawai Kanan kelab telah dimaklumkan bahawa Nathan Eccleston kini sedang disiasat berkenaan perkara ini.

"Kami akan membuat keputusan mengenai tindakan yang sesuai selepas siasatan selesai."

Eccleston masih belum bermain di dalam pasukan utama pada musim ini. Dia membuat penampilan pertama bersama pasukannya ketika perlawanan Piala Liga menentang Arsenal pada bulan Oktober 2009.
Read Full 0 comments

Potong IBU Jari Kaki GANTI IBU JARI Tangan

Seorang penurap jalan di England terpaksa menggunakan ibu jari kakinya bagi menggantikan ibu jari tangannya selepas dia secara tidak sengaja memotongnya dengan gergaji.

Pakar bedah tidak dapat menyelamatkan ibu jari James Byrne yang terputus setelah ia dikejarkan ke hospital pada Disember lepas.

Pakar bedah Umraz Khan telah memberikan idea kepadanya untuk mengambil jari kaki dari kaki kirinya dan dicantumkan kepada ibu jari yang terputus itu.


James, 29, dari Bristol berkata: "Khan telah berusaha untuk menyambung semula ibu jari saya tetapi ia telah rosak teruk, walaupun kita cuba segala-galanya, termasuk menggunakan lintah untuk mengalirkan semula darah, namun ia tidak berjaya.


"Khan berkata kepada saya, Anda akan mempunyai ibu jari walaupun saya terpaksa mengambilnya dari ibu jari kaki anda. Saya fikir dia bergurau, tetapi dia seorang yang serius dan sembilan bulan kemudian ini hasilnya.


Saya tidak risaukan rupanya. Saya hanya gembira kerana ia berfungsi. Kerja saya sebagai seorang penurap akan musnah tanpa menggunakan tangan saya kerana saya tidak dapat mengambil bata tanpa ibu jari, tetapi sekarang saya berharap saya boleh kembali bekerja dalam masa beberapa bulan.


"Saya tidak menyangka ia akan berfungsi, tetapi pasukan pembedahan dan jururawat telah melakukan hasil kerja yang hebat dan penjagaan yang mengagumkan."

Pembedahan yang luar biasa itu telah dilakukan di hospital Bristol Frenchay, yang terkenal dengan reputasi global apabila ia melibatkan kepada pembedahan kompleks.

Ibu jari baru

Satu pasukan pakar bedah melakukan pembedahan pada kaki dan tangannya pada masa yang sama. Pakar bedah Umraz berkata: "Ia adalah sesuatu perkara yang jarang dilakukan dan prosedur pembedahan mikro yang amat kompleks melibatkan mencantum semula tulang, saraf, arteri, tendon, ligamen dan kulit dari kaki ke tangan.

"James akan belajar untuk mengimbangi badannya semula, tanpa ibu jari kaki kiri,, tetapi dia akan dapat berjalan dan berjoging seperti biasa."

James kini akan menjalani fisioterapi untuk memastikan ibu jarinya boleh berfungsi dengan baik.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks