Hanya kira-kira tinggal 500 hari lagi sebelum tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang. Semua pihak telah mula membuat persiapan dan kerahan untuk menghadapi peperangan hidup dan mati ini, dan perebutan dalaman juga telah timbul sedikit demi sedikit.
Mari kita mulakan dengan parti Gerakan dari BN.
Gerakan telah kehilangan Pulau Pinang pada PRU 2008 tetapi berjaya mengekalkan kerusi parlimen dan dua kerusi DUN di Johor. Ramai yang mungkin berfikir bahawa kerusi parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri tidak begitu penting kerana terdapat begitu banyak kerusi di Parlimen serta Dewan Undangan Negeri (DUN). Walau bagaimanapun, Gerakan, yang hanya memegang dua kerusi Parlimen dan empat kerusi DUN di seluruh negara, kerusi-kerusi ini amat berharga bagaikan separuh nyawa!
Malangnya, terdapat perbalahan dalaman di dalam tempoh kritikal ini. Anggota Jawatankuasa Pusat Gerakan dan Dewan Undangan Negeri Pemanis, Lau Chin Hoon telah menuntut peletakan jawatan Pengerusi Gerakan Johor Datuk Teo Kok Chee. Lau juga mencabar Teo untuk berdebat secara dalaman.
Bagi Pakatan Rakyat pula, rundingan kerusi Johor antara DAP dan PKR telah menjadi buntu dan mereka hanya boleh menyerahkannya kepada pemimpin-pemimpin pusat. Pengerusi PKR negeri, Datuk Chua Jui Ming menuduh DAP melanggar perjanjian kerana mendedahkan proses rundingan kepada orang ramai.
Perbalahan dalaman di antara Lau dan Teo akan membawa kesan yang kecil berbanding kepada perbalahan di antara DAP dan PKR yang merupakan isu besar kerana ia akan memberikan kesan kepada pembangunan negeri.
Johor merupakan salah satu kubu kuat BN. Di samping kerusi di Sabah dan Sarawak, Johor juga telah banyak memberi sumbangan kepada BN untuk mengekalkan kuasa pada pilihan raya umum 2008.
Hakikatnya, ia juga merupakan tambahan kepada Gerakan, MCA dan MIC yang bergantung kepada Johor untuk terus hidup. Bagi MCA sendiri, 7 daripada 15 kerusi Parlimen dan 12 daripada 35 kerusi Dewan Undangan Negeri adalah dari Johor. Sementara itu, salah satu daripada tiga kerusi Parlimen MIC parlimen dan empat daripada tujuh kerusi DUN juga dari Johor.
Kerana itulah, MCA pernah berkata sebelum ini bahawa Johor akan menjadi medan peperangan dalam pilihan raya umum akan datang, malah DAP menjadikannya Johor sebagai medan peperangan utama mereka. Bahkan mereka bercita-cita untuk memenangi kuasa negeri Johor sebagai matlamat utama.
Menurut statistik, Johor mempunyai sejumlah 56 kerusi Dewan Undangan Negeri. Pakatan Rakyat, yang kini hanya memiliki enam daripada jumlah kerusi tersebut, perlu memenangi sekurang-kurangnya 23 kerusi bagi membenarkan perubahan negeri.
Secara objektifnya, ia adalah bagaikan seperti satu misi mustahil untuk melihat perubahan rejim di Johor. Walau bagaimanapun, ia tidak mustahil untuk pakatan pembangkang ini memenangi lebih banyak kerusi di Johor dan membantu mereka merampas Putrajaya.
Itulah sebabnya, DAP ingin mendapatkan lebih banyak kerusi di Johor, manakala PAS yang kini mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri di Johor, ingin memperluaskan pengaruhnya dan PKR yang tidak memenangi kerusi di Johor lagi, ingin mencipta satu kejayaan. Mereka mempunyai pengiraan mereka sendiri dan matlamat yang sama.
Walau bagaimanapun, ia bagaikan sudah menjadi kebiasaan bagi mereka melalui perebutan yang huru-hara walaupun peperangan belum bermula. Ianya bergantung kepada bagaimana pakatan rakyat menghadapi dan menyelesaikan perebutan dalaman masing-masing atau jika tidak, mereka mungkin akan mengalami kekalahan yang lebih besar pada akhirnya.