Semua orang sangat suka menggunakan Twitter hari ini. Dan kadang-kadang apabila tersalah tweet 'boleh menyebabkan seseorang itu terlibat dalam banyak masalah. Ingat lagi, seorang wanita yang menyebabkan kekecohan dengan tweet Kristian yang memberikan peluang kepada blogger pro-Umno untuk 'mengarahkan' polis untuk merampas komputer itu?.
Kemudian, ada juga isu tweet terkini Tony Pua yang mengancam untuk menarik diri daripada gabungan Pakatan Rakyat jika isu-isu berkaitan dengan pengharaman pusat-pusat hiburan pada bulan Ramadan di Kedah tidak dapat diselesaikan. Ini juga menyebabkan ramai yang merah muka dalam parti dan gabungan PR
Kini yang terbaru, juga dari pemimpin DAP yang lain, Boo Cheng Hau dari Johor, telah menggunakan Twitter sebagai alat yang memanfaatkan untuknya mendapatkan 'mata' dalam mendapatkan kerusi. Pada masa ini, perebutan kerusi adalah perkara biasa dan BN hanya perlu merebut peluang ke 'dari dalam' Pakatan ini.
Tetapi apa yang lebih memburukkan lagi keadaan Boo, ia nampaknya memerlukan jawapan dari bosnya sendiri iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Beliau telah menuduh Naib Presiden PKR Chua Jui Meng membahagikan kerusi mengikut 'kaum', dakwaan yang lebih pedih lahi apabila ia menyindir PKR sendiri penuh dengan bekas ahli-ahli Umno dan MCA.
Adakah apa-apa yang salah dengan perkara itu?. Adakah DAP tidak mempunyai mana-mana ahli yang merupakan bekas-Umno, tidak adakah seorangpun alinya adalah bekas ahli MCA?
Jika mudah 'tidak puas hati', bagaimana hendak menjadi pemimpin?
Aneh apabila kebencian Boo dihalakan kerana disebabkan olehUmno dan MCA, dan dia sebenarnya perlu menuntut jawapan itu dari Kit Siang dan Guan Eng, mengapa mereka membenarkan DAP menyertai Pakatan Rakyat jika mereka mahu menjaga DAP 'suci' dari jenis Umno dan MCA.
Perkara kedua yang Boo perlu lakukan dengan serta-merta adalah menuntut pemecatan semua bekas-ahli Umno dan MCA di dalam DAP. Juga, jika ada pada masa depan mana-mana ahli Umno atau ahli MCA yang mengetuk pintu DAP, Lim Kit Siang dan Guan Eng mesti mengatakan 'TIDAK'!
Itu adalah logik bagi Dr Boo. Berikut adalah beberapa kenyataannya untuk 'membenarkan' menolak aturan pembahagian kerusi Pakatan dan mereka mereka telah dedahkan.
"Sesungguhnya saya telah berulang kali diingatkan Chua (Jui Meng) sebagai pendatang baru di dalam PKR dan Pakatan Rakyat, beliau tidak perlu menggunakan apa-apa standard perkauman yang tidak munasabah dalam rundingan kerusi di dalam Pakatan," menurut laporan Malaysiakini.
"Apabila saya menghantar Twitter ... Ia hanya mencerminkan rasa tidak puas hati saya ke arah hubungan (yang) telah merosot dengan pantas di kalangan parti-parti komponen Pakatan Johor sejak beberapa tahun lalu sehingga ke tahap mengancam perpaduan di kalangan ahli-ahli Pakatan Rakyat," Boo menambah.
Pertamanya, jika Boo begitu mudah 'tidak puas hati', itulah perkara terakhir untuk beliau menjadi seorang ahli politik dan seorang pemimpin rakyat. Dan tidak kira apa alasan yang ia tawarkan kini, rakyat Malaysia tidak boleh membenarkannya untuk berada dalam kedudukan di mana dia boleh menekan 'butang merah' untuk bercakap sedemikian, atau beliau mungkin akan menyebabkan negara ini terlibat di dalam peperangan dengan negara lain hanya kerana beliau marah atau tidak puas hati.
Perkauman sebagai samaran 'berani untuk bersuara'
Ahli-ahli politik juga mesti jujur. Bolehkah Dr Boo dengan serius menafikan dakwaan PKR bahawa dia telah menggoncang perpaduan?. Tanyalah dengan warga Johor dan dengar jawapan mereka tentang Dr Boo sebelum anda membuat kenyataan, silakan!
Sebenarnya, lama sebelum Jui Meng keluar dari BN untuk menyertai PKR, Dr Boo sudah mempunyai reputasi sebagai cauvinis Cina yang panas baran dan angkuh. Adakah Boo tidak ada masalah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dengan komen-komennya yang dilihat sebagai bersifat perkauman kepada orang Melayu, walaupun ia sempurna dan bagus bagi Cina?. Tidakkah ia sama seperti Ibrahim Ali, sentiasa berkata perkara-perkara yang menyakiti hati orang-orang Cina tetapi seolah-olah sempurna dan okay padanya sebagai juara Melayu sepanjang zaman?.
Memainkan isu perkauman sentiasa menyakiti kedua-dua belah pihak. Ini adalah sesuatu yang DAP dan ahli-ahlinya seperti Boo mesti belajar kerana mereka akan bersama pihak lain dengan perwakilan campuran yang lebih besar. Bagi Umno dan MCA yang akan keluar, sudah tiba masanya untuk Guan Eng tanam kepalanya di dalam pasir dan membuat kenyataan dasar kepada ahli-ahli parti: DAP tidak mengalu-alukan keanggotaan dari parti MCA atau ahli Umno!.
Dan tolong jangan gunakan syarat bodoh seperti, DAP hanya menerima jika mereka mengubah cara pemikiran mereka. Ini adalah satu dasar yang diamalkan oleh semua ketiga-tiga pihak. PAS mengalu-alukan ahli-ahli Umno dengan permaidani merah, PKR mengalu-alukan semua kaum dari semua parti BN. Kedua-dua berbuat demikian dengan syarat ahli-ahli mengikut perintah baru.
Apa yang membuatkan DAP berasa begitu unggul?. Inilah sebabnya mengapa orang menggunakan perkataan cauvinis DAP. Apabila orang-orang seperti Boo dan 'koboi' Wong Ho Leng yang memuntahkan apa yang kononnya atas dasar perkauman sebagai 'keberanian-untuk-bercakap', inilah sebabnya perkataan Cina ditambah frasa 'chauvinis'.
Sesuatu Perkahwinan Semata-mata Untuk Kemudahan DAP?
Menjadi buta warna adalah satu perasaan di dalam hati. Rakyat, khususnya DAP, tidak berbilang kaum, hanya kerana mereka menegaskan mereka berbilang kaum dan menuduh semua yang lain yang bersifat perkauman.
Semua yang DAP lakukan dengan tuduhan seperti itu menambahkan lagi hipokrit mereka berkaitan urusan pembahagian kerusi. Secara jujurnya. Jika DAP mahukan kerusi itu, berjuang untuknya. Mengapa pergi menuduh orang ini dan orang itu sebagai 'perkauman' dan jenis 'Umno' dan 'MCA' semata-mata kerana DAP mahu mendapatkan bahagian pilihan raya yang dikuasai Cina?. Ia bukan hanya menunjukkan cauvinisme Cina tetapi juga hipokrit secara terang-terangan.
Juga, sebelum DAP memilih calon 'winnability' mereka telah menggunakan ruang siber dengan 'menakutkan' di alam siber semata-mata untuk menyokong mereka mendapatkan kerusi lagi, fikirkan ini. Jika Jui Meng bertanding di Bakri pada tahun 2008, adakah DAP akan menang?. Jangan kecil hati Er Teck Hwa, tetapi benar, sekarang adalah masa untuk tawar-menawar tanpa hipokrit jika DAP ingin memenangi undi orang ramai.
Secrara peribadi, DAP, PAS dan PKR boleh lakukan apa sahaja sewenang-wenangnya. Tetapi apabila mereka berhujah dihadapan orang ramai, sama ada melalui kenyataan, Twitter atau Facebook, maka kaedah mereka ini harus dilihat. Mereka harus!
Pada dasarnya, rakyat Malaysia telah bosan dengan perebutan kerusi, mereka hanya mahu melihat siapa yang menang dalam PRU-13. Dan jika DAP tidak dapat memenangi perebutan kerusi tanpa berebut-rebut seperti kanak-kanak menangis kerana luka ibu jari, kenapa rakyat Malaysia termasuk orang Cina meletakkan kepercayaan kepada mereka?.
Ia sebenarnya menunjukkan bahawa DAP yang selama bergabung di dalam Pakatan Rakyat sebagai 'perkahwinan kemudahan'. Hujah berbilang kaum daripada Guan Eng dan Kit Siang hanyalah helah semata-mata.
Mereka tidak mengambil apa-apa langkah untuk mengajar ahli masing-masing untuk menghormati PKR dan PAS. Setiap kali perkara yang tidak mengikuti selera dan jalan mereka, PAS yang tidak dapat memperbaiki Islam dan lebih-fundamentalis, DAP akan tarik diri jika PAS tidak membiarkannya. Sama juga dengan PKR, kerana ia dipenuhi dengan bekas ahli Umno dan ahli MCA, oleh itu DAP tidak seharusnya mengaitkan mereka dengan pihak lain
Bukankah ini hanya melebihkan kepentingan diri mereka?. Jangan mengotorkan periuk nasi PAS dan PKR semata-mata untuk diri anda sendiri!
Jika DAP masih tidak boleh mencapai kata sepakat dan masih berkeras ia adalah sebuah parti 'tulen' di dalam Pakatan, maka sudah tiba masanya untuk Guan Eng mencabar Anwar Ibrahim dan memberitahu Ketua Pembangkang itu supaya keluar daripada PKR kerana Anwar adalah bekas ahli Umno, seorang Timbalan Perdana Menteri. Lagi pula, PAS - seluruh parti - pernah juga bersama BN. Anda tidak boleh lari daripada itu.
Kengerian yang akan datang daripada pemimpin besar kepala
Yang paling penting, dengan kemenangan Pakatan Rakyat yang sangat mungkin pada PRU-13, apakah jenis paradigma baru yang kita mahukan di Malaysia?
Adakah kita akan mempunyai kerajaan persekutuan Pakatan Rakyat yang sombong dan besar kepala, yang akan membuli semua orang lain yang datang dari Umno, MCA, Gerakan dan sebagainya?. Ini boleh berlaku jika rakyat Malaysia lihat jika Ho Leng dan Boo tidak berubah dengan segera. Kelas baru pemimpin yang sangat berbahaya kerana mereka fikir bahawa hanya mereka sahaja yang betul.
Sesiapa pun yang menang PRU-13 mesti mempunyai keupayaan untuk menyatukan negara. Bersatu, kurangkan jurang perkauman. Semoga Umno, MCA, Gerakan dan semua ahli-ahli BN yang lain akan mendapat inspirasi yang cukup untuk menyertai Pakatan. Ia akan menjadi hari untuk melihat ke hadapan dan boleh dibanggakan.
Pada akhirnya, orang akan melihat kepada peribadi mereka, bukan kerana mereka adalah UMNO atau MCA atau Gerakan. Atau kerana mereka Melayu, Cina, India atau apa sahaja bangsa. Zahrain Hashim akan buat apa saja sama ada dia dari UMNO, PAS atau PKR. Hee Yit Foong akan melakukan apa sahaja sama ada dia dari MCA, Gerakan atau DAP.
Aneh bahawa DAP, hingga ke hari ini selepas berdekad-dekad mereka wujud, masih tidak matang untuk melihat, atau sebenarnya mereka memilih untuk tidak melihat perkara seperti ini.