blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

MAT SABU Pertahan MAT INDERA Pejuang Kemerdekaan

Friday, September 2, 2011
KOTA BHARU, 2 Sept -- Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau Mat Sabu tetap mempertahankan Mat Indra sebagai pejuang kemerdekaan ketika sidang media di pejabat PAS Negeri di sini hari ini.


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu atau Mat Sabu (kanan) ketika sidang media di pejabat PAS Negeri di sini hari ini.


-Bernama


Mohamad Sabu menyifatkan isu komunis sengaja ditimbulkan bagi mengalih pandangan rakyat terhadap kepincangan pengurusan pilihan raya dan kenaikan harga barangan keperluan sekarang.

Timbalan Presiden PAS berkata, isu tersebut sengaja ditimbulkan akhbar milik Umno bagi menutup kelemahan pemerintah.

“Pemimpin Umno dilihat merasa gusar dan panik apabila sejarah perjuangan kemerdekaan mulai diketahui rakyat khususnya generasi muda.


“Perjuangan menuntut kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori pemimpin Umno sahaja,” katanya pada sidang media di Pejabat Perhubungan PAS Kelantan di sini, petang ini. Hadir sama Setiausaha Perhubungan PAS Negeri, Zulkifli Mamat.

Mohamad berkata, Mat Indera diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan seperti pernah disiarkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.

Menurutnya juga laporan disiarkan Utusan Malaysia berkaitan ucapannya di Pulau Pinang jelas cuba mengelirukan fakta sebenar.

”Ini kerana semua orang sudah tahu ketika zaman penjajah, sesiapa sahaja yang menentang British akan dianggap sebagai pengkhianat.


”Sama seperti Tok Janggut yang bangkit melawan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan dianggap sebagai penderhaka, sedangkan mereka pejuang sebenar menuntut kemerdekaan,” ujarnya.

Ditanya pemberita apakah beliau juga menganggap Rashid Maidin juga sebagai pejuang apabila masih menentang kerajaan selepas kemerdekaan dicapai, katanya cara itu tidak betul.

”Saya tidak setuju selepas negara mencapai kemerdekaan masih ada yang melawan kerajaan seperti melawan British,” tambahnya.

Kata beliau peristiwa Bukit Kepong ada anggota polis yang terkorban merupakan satu fakta sejarah terhadap apa yang berlaku.

Beliau juga menjelaskan sedia berbincang dengan sesiapa sahaja mengenai sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan bagi membolehkan generasi muda mendapat maklumat lebih tepat.

Zulkifli yang juga Adun Pulai Chondong pula berkata, generasi muda sekarang mulai tahu tokoh-tokoh yang benar-benar terbabit dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara.

Menurutnya pendedahan itu dibimbangi pemimpin Umno kerana sebelum ini setiap kali sambutan ulangtahun kemerdekaan hanya pemimpin negara yang diketengahkan, sedangkan pejuang sebenar disisihkan.


Read Full 0 comments

AMIR AMSAA ALLA PITCHAY Pun Buat Laporan Polis Terhadap MAT SABU

KUALA LUMPUR, 2 Sept -- Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay (bawah kanan) dan Presiden Dewan Ekonomi Dan Sosial Muslim Malaysia (DESMMA), Mohd Fazil Abdullah (bawah, dua kanan) bersama sebahagian ahlinya selepas membuat laporan polis terhadap kenyataan Timbalan Presiden Pas Kebangsaan, Mohamad Sabu berhubung isu Bukit Kepong di Balai Polis Setapak di sini, hari ini.


Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay dan Presiden Dewan Ekonomi Dan Sosial Muslim Malaysia (DESMMA), Mohd Fazil Abdullah (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Timbalan Presiden Pas Kebangsaan, Mohamad Sabu berhubung isu Bukit Kepong di Balai Polis Setapak di sini, hari ini.


Presiden Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay (tiga kanan) dan Presiden Dewan Ekonomi Dan Sosial Muslim Malaysia (DESMMA), Mohd Fazil Abdullah (dua kanan) bersama sebahagian ahlinya membuat laporan polis terhadap kenyataan Timbalan Presiden Pas Kebangsaan, Mohamad Sabu berhubung isu Bukit Kepong di Balai Polis Setapak di sini, hari ini.


-Bernama

Kumpulan ni pun nak juga jadi pejuang sejarah Melayu..walaupun muka tak berapa nak Melayu : Author Faethal
Read Full 0 comments

Perkataan KOMUNIS Tiada Dalam Ucapan Saya - MAT SABU

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, telah memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan Malaysia kerana laporan "putarbelit dan palsu" ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos. Beliau juga berkata bersedia untuk menghadapi soal siasat polis mengenai perkara yang secara jelas digembar-gemburkan oleh pihak-pihak UMNO.

Akhbar milik Umno- Utusan telah memetik ucapan pemimpin PAS itu yang berkata bahawa komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong semasa Darurat pada Feb 3, 1950, adalah wira dan bukannya anggota polis yang terbunuh di dalam serangan itu. Dia juga didakwa telah menuduh Perdana Menteri pertama negara, Tunku Abdul Rahman, dan Presiden pertama Umno, Onn Jaafar, tidak perlu diiktiraf sebagai pejuang kebebasan kerana mereka adalah pegawai-pegawai British.

Sekurang-kurangnya 49 laporan polis telah dibuat terhadap Mat Sabu di atas ucapan tersebut, pihak UMNO secara tergesa-gesa telah menyerang dan menuduh beliau cuba untuk mengubah semula sejarah bagi tujuan untuk menjadikan Malaysia sebuah republik. Kemuncak serangan itu, DAP pula telah menghantar pengerusinya untuk mencampuri pertelingkahan ini. Karpal Singh telah menasihatkan Mat Sabu supaya menarik balik kenyataannya.


Penafian Dan Rakaman Diabaikan

Kasihan Mat Sabu. Dia mesti berasa benar-benar kehilangan dan tidak berteman. Pada jangkaannya ia bukan satu isu. Bahkan dia telah melihat rakaman video ceramah atau ucapannya itu, di mana beliau kononnya telah membuat kenyataan tersebut. Setelah meninjau rakaman tersebut, Mat Sabu telah membuat penafian dan memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan.

Tetapi seolah-olah tiada siapa yang mendengar kepadanya sama sekali. Bukan sahaja Karpal tidak menyebelahinya, termasuklah UMNO-BN. Media UMNO kini memutarkan berita kepimpinan PAS atasan tidak menyokong beliau mengenai isu itu.

Tetapi walau apapun kata orang, Mat Sabu yakin, dia harus lebih cepat untuk meredakan serangan. Bawa keluar pita rakaman, tunjukkan. Masyarakat Melayu sekali lagi diingatkan akan penipuan-penipuan pemimpin UMNO.

Mat Sabu juga mengakui bahawa media milik UMNO telah menyerang beliau sejak beliau dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS awal tahun ini. "Dan mereka juga mungkin menggunakan saya untuk mengalihkan perhatian daripada isu-isu kotor mereka seperti pembaharuan peraturan pilihan raya. Utusan berbohong ... mereka membuat cerita-cerita tentang ucapan saya. Apabila saya memeriksa kembali dan melihat rakaman, tidak ada perkataan 'komunis' dijumpai dalam ucapan saya," katanya.


Apakah Utusan Boleh Dipercayai?

Jika Mat Sabu bercakap benar, mengapa Utusan Malaysia berbohong? Adakah mereka sudah menyemak fakta atau ini satu lagi isu rekaan mereka untuk memusnahkan kredibiliti PAS dan menyamakan ia sebagai kecenderungan Komunis?

Utusan Malaysia telah gagal mengamalkan kejujuran dalam laporan politik dan menyebabkan rakyat Malaysia dan orang Melayu menjauhkan diri dari mereka dan UMNO. Mempertaruhkan kredibiliti ini semata-mata  untuk sensasi hanya akan merosakkan masa depan akhbar yang dimiliki parti. Dan jika penipu patologi mula memberitahu kebenaran, tiada siapa akan mahu untuk mempercayai mereka lagi. Ini adalah bagaimana kredibiliti bekerja. Seperti juga 'amanah', dipecahkan sekali, ini sangat sukar untuk dibaiki.

Ancaman komunisme kepada dunia sudah lama berlalu. Ia adalah ideologi usang yang tergolong di zaman lain. Kita sekarang berada di dalam tamadun moden, liberal dan ditambah era IT di mana Komunisme sudah tidak dialu-alukan mahupun diingini lagi. Tidak ramai yang memperdulikannya lagi dan kebanyakan anak-anak muda menganggapnya sebagai kepercayaan kuno. Tetapi tidak di sini, dimana UMNO memerintah Malaysia. Di sini, ia masih satu stigma, ia dosa yang keji. Itulah kedalaman pengetahuan ideologi di dalam UMNO hari ini.

Seterusnya, apakah yang Utusan harapkan? Dari isu 'azan' Teresa Kon, bersambung ke Perdana Menter Kristian, skandal seks Datuk T, serbuan JAIS-DUMC hinggalah terkini kepada Komunisme. Akhbar itu tidak pernah gagal untuk mencetuskan kontroversi yang tidak perlu. Mungkin ini adalah arahan daripada bos. Sebagai sebuah akhbar, tanggungjawabnya adalah untuk menyatukan pendapat umum Melayu, tetapi setakat ini ia hanya berjaya mencambahkan benih-benih perpecahan.

Dalam perkembangan positif, publisiti itu hanya menjadi kemasyhuran dan kepercayaan pemimpin-pemimpin politik dalam parti-parti pembangkang supaya pendirian mereka tidak berbelah bahagi. Terutamanya, apabila ia mendedahkan bahawa laporan Utusan tentan Mat Sabu adalah palsu. Bumerang ini akan balik kepada UMNO, dan masyarakat Islam seharusnya bertanya kepada pemimpin-pemimpin mereka seperti TPM Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Tun Hussein dan ramai yang lain mengapa mereka berebut-rebut untuk mengutuk Mat Sabu, tanpa usul periksa.


Tidak Begitu Dikenali Sebelum Ini

Mohd Sabu menikmati banyak sokongan dari akar umbi PAS. Orang ramai sukakan pidatonya yang berapi-api dan bersemangat, dan beliau banyak menjelajah ke seluruh negara untuk bercakap di dalam ceramah PAS yang telah membawa banyak sokongan kepada perjuangan PAS.

Mat Sabu tidak terkenal di kalangan bukan Melayu dan bukan-PAS sehinggalah dia menjadi Timbalan Presiden. Tetapi kini, semua orang mengenali beliau selepas serangan hebat Utusan UMNO - Bukit Kepong Sabu mungkin menjadi namanya yang terbaru. Dihormati oleh kebanyakan orang Melayu, kemasyhuran beliau kini telah sampai kepada warga Cina dan India di negara ini yang tidak lagi melihat beliau dengan syak wasangka.

Tidak seperti pemimpin-pemimpin atasan PAS, yang kebanyakannya dari golongan Ulama, dia lebih dianggap liberal, lantang bersuara, turun ke bawah dengan kualiti kepimpinan semulajadi yang boleh menarik rakyat bersama-sama. Kejayaan beliau dalam pemilihan parti baru-baru ini juga menunjukkan bahawa asas sokongan kepada beliau adalah tinggi. Malah, bagi peringkat akar umbi PAS, dia bagaikan lagenda yang masih hidup kerana kelebihannya itu. Bagaimanapun, beliau dilihat bagai duri dalam daging bagi golongan elit UMNO.


Super Wira Kaum

Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man telah membelanya dengan berkata sesiapa yang menentang kerajaan penjajah British sebelum Merdeka, termasuk Parti Komunis Malaya, "logiknya" boleh dipanggil pejuang kemerdekaan. Walau bagaimanapun, perkara yang sama tidak lagi boleh dianggap begitu terhadap pihak Komunis selepas kemerdekaan daripada pihak British, kerana pada masa itu, mereka melancarkan perang gerila terhadap kerajaan Malaysia.

Tuan Ibrahim, Ustaz yang dihormati, juga menegaskan bahawa terdapat keperluan untuk tafsiran yang lebih jujur tentang ​​sejarah, menunjukkan bahawa soalan PAS menyokong Komunis tidak sepatutnya timbul jika semua pihak mengkaji sejarah tanpa prejudis.

Oleh itu, ia kelihatannya seperti Mat Sabu kini telah menyertai barisan Anwar Ibrahim dari PKR dan Lim Guan Eng dari DAP. Dia sepatutnya harus berasa bangga dengan kehebatan serangan UMNO ini. Beliau kini antara yang paling teraniaya di Malaysia kerana beliau dilihat sebagai satu ancaman politik yang sebenar, dengan karisma dan bakat yang cukup untuk menakutkan golongan elit UMNO.

Anwar, Guan Eng dan Sabu kini ketiga-tiga watak utama untuk drama politik di Malaysia dan semakin hebat menjelang Pilihan Raya Umum ke-13. Dalam tergesa-gesa untuk membunuh mereka, UMNO telah lupa bahawa pedang mempunyai dua mata. Walaupun di mata mereka, mereka mendapat kemenangan besar ke atas Sabu, tetapi tidak semua orang membaca Utusan, berapa ramai orang Melayu yang percaya atau mengambil berat tentang berita itu lagi?

Jadi, di mata kebanyakan orang-orang Melayu, Sabu kini merupakan Super-Wira dan terima kasih kepada UMNO.



-MC
Read Full 0 comments

Penarik Kereta MATI DITEMBAK Di Kepala Dan Badan

SEREMBAN, 1 Sept - Seorang lelaki maut ditembak di kepala dan badan oleh pembonceng motosikal ketika sedang makan di sebuah restoran bersama rakannya dalam satu kejadian di Taman AST, kira-kira jam 12.50 malam semalam.


P. Vickneswaran, 33, (gambar) bekerja sebagai penarik kereta berlesen di sebuah bank di sini, terkena empat das tembakan.

- Bernama
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks