blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Tragedi Syawal - AMBULANS Kemalangan, IBU Temani Anak TERKORBAN

Thursday, September 1, 2011
Keadaan ambulans yang remuk di bahagian hadapan selepas terbabas ketika melalui selekoh di Jalan Felda Bukit Rokan, pukul 8 malam tadi.

TAMPIN - Seorang wanita yang menemani anak perempuannya di dalam sebuah ambulans terbunuh apabila kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas di Jalan Felda Bukit Rokan pada Rabu malam.

Polis berkata, Norizah Bujang, 62, meninggal dunia di tempat kejadian.

Anak perempuannya, Moriem Tam Suhana Ahmad, 30, terselamat di dalam kemalangan tersebut tetapi berada di dalam keadaan kritikal akibat kejutan elektrik yang dialami semasa mengendalikan mesin jahit di rumahnya berhampiran Felda Barli awal pagi Rabu.

Beliau juga mengalami kecederaan tulang di dalam kemalangan tersebut dan sedang dirawat di Hospital Kuala Pilah.

"Sebelum itu, pada kira-kira 7:00 malam, Norizah telah meminta bantuan daripada seorang jiran untuk membawa anak perempuannya ke klinik di Barli. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh tahap kecederaan yang teruk, klinik telah merujuk kes ini ke Hospital Kuala Pilah," kata seorang jurucakap polis .

Mangsa, yang ditemani ibu dan seorang pembantu perubatan, kemudian menaiki ambulans, tetapi ketika ia melalui sebuah selekoh berhampiran Jalan Felda Bukit Rokan kira-kira pada jam 8:00 alam, kenderaan hilang kawalan dan terbabas, katanya.

Pemandu dan pembantu perubatan hanya mengalami kecederaan ringan.
Read Full 0 comments

Pembantu Rumah Beraksi SEKSI - Di Atas KATIL MAJIKAN


Selepas membaca beberapa pengalaman menakutkan mengenai pembantu rumah baru-baru, iaitu berita tentang meletakkan darah haid di dalam sup majikannya, seorang majikan telah melakukan pemeriksaan mengejut pada halaman Facebook pembantu rumahnya.

Dia terkejut apabila melihat gambar pembantu rumahnya yang berasal dari Filipina yang bergambar dengan aksi 'mengghairahkan' di atas katil di bilik tidur mereka.

Majikan membuat kesimpulan bahawa gambar itu diambil oleh orang lain, ini bermakna bahawa pembantu rumahnya telah membenarkan orang asing masuk ke dalam rumah ketika semua orang berada di tempat kerja.

Majikannya kemudian telah menghantar foto tersebut ke sebuah laman web untuk memberi amaran kepada majikan lain supaya berhati-hati dengan aktiviti pembantu rumah mereka.

Beliau menambah bahawa dia mengambil pembantu rumah selepas dua bulan ia dipindahkan daripada majikan asal.

Beliau akhirnya telah menghantar pembantu rumah itu kembali kepada agensi pekerjaan.

Beliau berkata: "Saya mempunyai kanak-kanak di dalam jagaannya, dan ia sangat tidak menyenangkan apabila mengetahui perkara-perkara seperti ini berlaku di rumah saya sendiri ... Majikan yang lain perlu berhati-hati. Dia mungkin berpindah untuk bekerja dengan anda pada masa akan datang."

Awal tahun ini, terdapat kejadian yang sama di mana seorang pembantu rumah memakai pakaian majikannya dan memasukkan ke dalam talian.


BACA JUGA : Pembantu Rumah MASUK SUP Majikan Dengan DARAH HAID
Read Full 3 comments

VIDEO Cecilia Cheung Selepas Skandal EDISON CHEN dan BERCERAI

Cecilia Cheung di dalam video sadomasochistic. Sumber imej: Apple Daily


Kejutan skandal seks dan kes perceraiannya nampaknya masih belum cukup panas, pelakon Hong Kong Cecilia Cheung sekali lagi menjadi tajuk utama - kali ini dengan tersebarnya video sadomasochistic.

Ya betul. Pelakon kontroversi, yang baru-baru baru saja menamatkan perkahwinan lima tahun bersama pelakon Nicholas Tse, menggegarkan industri hiburan Hong Kong apabila aksinya dengan baju putih dan seluar dalam hitam di dalam video ini, dan di dalam keadaan terikat dan mulutnya disumbat bola.

Rambut Cheung juga kelihatan tidak kemas dan kumal, maskara juga comot diwajahnya dalam klip pada saat ke 39.


Video kontroversi Cecilia Cheung menjadi perhatian tabloid di Hong Kong

Menurut laporan wartawan China, pada awalnya masyarakat China menyangka bahawa video tersebut adalah sebahagian daripada skandal seks beliau dengan pelakon terkenal Edison Chen.

Skandal yang menggegarkan dunia hiburan China pada tahun 2008 itu menunjukkan gambar-gambar 'aksi panas' Cheung, bersama-sama dengan beberapa pelakon Hong Kong, yang telah dicuri dari komputer peribadi Chen.

Walau bagaimanapun, Cheung telah mempertahankan video terbaru beliau ini dengan mengatakan bahawa dia bersetuju untuk berlakon di dalamnya sebagai pertolongan kepada rakannya, pembikin filem Vernie Yeung.

Cheung juga membidas tabloid Hong Kong, dan mengutuk mereka sebagai "keji" kerana memanipulasi cerita sebenar di dalam laman mikro-blog, Weibo.

Isu klip sadomasochistic ini nampaknya menjadi sebuah satira yang dilakukan oleh paparazzi Hong Kong yang tidak henti-henti.

Klip video bertajuk, Paparazzi’s Prisoner of War, hanyalah salah satu daripada siri tiga bahagian video yang dibuat oleh Yeung. Penyanyi-penulis lagu Josie Ho dan pelakon Sam Lee berlakon di dalam kedua-dua video yang lain.

Ho juga telah dikatakan mengesahkan bahawa klip itu dibikin kira-kira enam tahun lalu.

"Vernie dan Edison adalah bersahabat baik. Jadi kita cuba menolong apabila mereka memerlukan bantuan," kata Ho
Read Full 0 comments

POLIS Lakukan SEKS Di Atas Bonet DIRAKAM CCTV

INI adalah rakaman kamera CCTV menunjukkan seorang pegawai polis yang ditangkap sedang mengadakan hubungan seks di atas bonet kereta - lengkap berpakaian seragam penuh.

Polis itu dilihat melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang separuh bogel di siang hari - sambil diperhatikan oleh seekor anjing Chihuahua kecil.

Pegawai polis itu tidak sedar bahawa dia sedang dirakamkan oleh sebuah kamera CCTV pengawasan jenayah polis yang diletakkan di situ untuk menangkap sebarang perbuatan jenayah.

Adegan panas tersebut telah dirakaman di Canyon Ranch Santa Fe, New Mexico, US.

Orang ramai telah menuntut supaya satu tindakan diambil terhadap pegawai tersebut itu.

Seorang pemamggil memberitahu saluran TV berita tempatan KOB 4: "Dengan perlakuan seperti itu anda tidak mahu dia membawa senjata."

Polis Negeri walau bagaimanapun enggan mengulas sama ada pegawai itu sedang bertugas ketika melakukan aksi itu.

Setakat ini pegawai polis itu tidak menghadapi apa-apa dakwaan.



-TheSunUK
Read Full 3 comments

PENGERUSI Gerakan Mansuhkan PPSMI MENINGGAL DUNIA

Dato' Dr Hassan Ahmad bersama Sasterawan Negara A Samad Said ketika memperjuangkan untuk pemansuhan PPSMI

KUALA LUMPUR - Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Pengerusi Yayasan Karyawan dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad meninggal dunia pada pukul 2 petang Rabu di kediamannya di Petaling Jaya.

Anak keduanya, Hasmirawati, 33, berkata bapanya meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital berhampiran selepas mengadu sakit perut sejak awal pagi Rabu.

Dr Hassan, 74, meninggalkan seorang balu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68, dan dua anak perempuan.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, dekat sini, pagi Khamis sebelum Zohor. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan memberkati segala jasa pengorbanannya yang terlibat secara langsung dalam memperjuangkan bahasa Melayu untuk didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan yang sebenar-benarnya.

Isteri kepada allahyarham Datuk Dr Hassan Ahmad,74, Datin Hamimi Mohamad Shariff, duduk di sisi jenazah suaminya yang meninggal dunia pada pukul 2 petang tadi di kediamannya di sini, hari ini.


Anggota keluarga dan kenalan memberi penghormatan terakhir serta membaca surah Yassin ketika menziarahi allahyarham bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Hassan Ahmad.


Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob (kanan) memberi penghormatan terakhir jenazah allahyarham bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Hassan Ahmad.

Read Full 0 comments

ULAR SAWA Berendam Bersama PENGUNJUNG Di KOLAM RENANG

SEREMBAN, 31 Ogos -- Anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Seremban mengeluarkan ular sawa sepanjang kira-kira 4 meter yang ditemui berendam bersama lapan orang yang sedang bermandi-manda di dalam kolam di Kelab Sungai Ujong di sini semalam.


Anggota bomba dan penyelamat Balai Bomba Seremban sedang mengeluarkan ular sawa sepanjang kira-kira 4 meter.


Beberapa pengunjung Kelab Sungai Ujong yang sedang mandi di kolam itu melihat ular sawa sepanjang kira-kira 4 meter yang turut berendam bersama mereka di dalam kolam itu, di sini semalam.



-Bernama
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks