blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Idris Jusoh Solat Aidil Fitri Di MASJID KAYU RM12 JUTA

Tuesday, August 30, 2011
BESUT, 30 Ogos -- Umat Islam di Kampung Seberang dan beberapa kawasan sekitar Jerteh hari ini buat pertama kalinya berpeluang menunaikan Solat Aidil Fitri di Masjid Kayu bernilai RM12 juta yang baru siap dibina beberapa minggu lalu di Kampung Seberang Jerteh disini hari ini. Masjid yang diilhamkan Pengerusi Mara yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh berkonsepkan 100 peratus penggunaan kayu jati yang boleh menampung kira-kira 1,000 jemaah dan merupakan satu-satunya yang terdapat di negara ini.


Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh bersalaman dengan ahli jemaah selepas menunaikan solat sunat Aidil Fitri.


Umat Islam di Kampung Seberang dan beberapa kawasan sekitar Jerteh kelihatan keluar daripada Masjid Kayu selepas selesai menunaikan solat Aidil Fitri.


Dua penduduk kelihatan bersalaman di hadapan Masjid Kayu Kampung Seberang Jerteh selepas selesai menunaikan solat sunat Aidil Fitri.



Kredit : Bernama
Read Full 0 comments

Hari Raya Aidilfitri : MALAYSIA 30 Ogos, INDONESIA 31 Ogos

KUALA LUMPUR, 29 Ogos -- Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh melihat cerapan Hilal Syawal 1432H di Menara Kuala Lumpur di sini, hari ini..Umat Islam akan menyambut perayaan Aidil Fitri pada hari esok 30 Ogos 2011. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Zuraidah Mohd Said (kiri).

************************************************************************

JAKARTA,29 Ogos - Setelah adanya perbincangan dari pelbagai elemen Islam di sidang Itsbat, pemerintah menetapkan Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada hari Rabu 31 Ogoss 2011.

"Bahawa 1 Syawal jatuh pada hari Rabu 31 Agustus 2011," kata Menteri Agama Suryadharma Ali di sidang Itsbat, Kementerian Agama, Jakarta Pusa.

Keputusan ini disetujui secara bulat oleh perwakilan pelbagai eleman Islam di Indonesia.

Sebelum itu, Menteri Agama mendengar 12 pandangan dari perwakilan elemen Islam. Dari 12 pandangan tersebut majoriti cenderung melihat dari keputusan pemantaun hilal di 34 titik.

Majoriti peserta sidang Itsbat juga meminta Menteri Agama memperhatikan fatwa dan pandangan MU. "Majoriti bersetuju 1 Syawal jatuh tanggal 31 Agustus," tegasnya.

Namun, perwakilan dari Muhammadiyah bertegas untuk tetap menetapkan 1 Syawal pada hari esok. Muhammadiyah akan tetap menghormati dan menghargai keputusan pemerintah yang menetapkan Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada lusa.

"Muhammdiyah minta izin untuk lebaran pada esok hari. Dengan catatan marilah kita saling menghormati perbedaan. Sehingga persatuan dan kesatuan umat dan bangsa tetap utuh," tutur Menteri menyimpulkan pandangan dari perwakilan Muhammadiyah
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks