Talitha van Zon (kiri) dan Mutassim Gaddafi
Bekas kekasih kepada anak Kolonel Gaddafi, seorang model playboy telah ditawan oleh pemberontak yang mengancam untuk membakarnya hidup-hidup.
Daily Mail melaporkan bahawa Talitha van Zon telah ditangkap di sebuah hotel dan diarak di hadapan pejuang pemberontak yang melaungkan
'petrol'.
Beliau telah lari menyelamatkan diri dari dibakar dengan melompat dari balkoni hotel.
Katanya, dia menjalinkan hubungan dengan Mutassim Gaddafi tiga bulan selepas mereka bertemu pada tahun 2004.
Beliau mengimbas kembali bagaimana dia terbang ke seluruh dunia, termasuk ke Grand Prix dan majlis makan malam yang dihadiri oleh Puteri Caroline di Monaco.
Beliau bercuti di Caribbean dengan penerbangan Boeing peribadi.
Beliau berkata Mutassim akan menempah beberapa aras hotel yang paling mahal di Paris dan London untuk berparti.
Saya bertanyakan kepadanya berapa banyakkah yang dia telah belanjakan, dan dia telah mengambil beberapa minit sambil berfikir di dalam kepalanya dan berkata,
"kira-kira $ US2mil (RM6mil)''.
Saya bertanya lagi
"Anda maksudkan setahun, dan dia menjawab "tidak - sebulan."
Talitha berkata anak Gaddafi itu percaya rakyat Libya
'cukup gembira' dan tidak ditindas.
Mereka telah diberikan rawatan hospital dan sekolah-sekolah percuma, roti dan beras yang murah, dia memberitahunya.
Menurut model dari Belanda itu lagi, idola wira bagi Mutassim ialah Adolf Hitler, Hugo Chavez dan Fidel Castro.
Dan dia tetap berpacaran dengannya...