blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Gadis 21 Tahun Tinggalkan Keluarga BERAYA Dengan KEKASIH NEPAL

Friday, August 26, 2011
PADANG SERAI, 28 Ogos -- Remaja tempatan Norshahirah Mohd Rasul,21, (kiri) menghilangkan diri dipercayai mengikuti kekasihnya seorang lelaki berbangsa Nepal yang dikenali sebagai Imthias Khan,24 sejak 22 Ogos lalu.


Pemandu bas kilang Mohd.Rasul Kassim,50 (kiri) bersama isterinya Siti Fatimah Jasin,46 menunjukan gambar anak kesayangan beliau Norshahirah Mohd Rasul,21, yang melarikan diri dipercayai mengikuti kekasihnya seorang lelaki berbangsa Nepal sejak 22 Ogos lalu ketika sidang media dirumahnya di Taman Kenangan, Pekan Sungai Karangan di sini, hari ini.


Takpa lah pakcik. Lelaki Nepal itu barangkali ingat dirinya sudah menjadi warganegara Malaysia lepas daftar program 6P hari tu. Lagipun sekarang ni tak susah nak jadi warganegara, tak lama lagi jadi PR la tu. Lepas tu dapat IC biru. Anak pakcik 'berkawan' dengan orang luar. Orang 'MALAYSIA' juga. Tak caya tanya Mismah...:Author Faethal

Kredit : Bernama
Read Full 1 comments

Inilah TEMPAT KERAMAT Muammar Gaddafi

Di antara kemewahan di dalam kompleks kediaman pemimpin Libya Muammar Gaddafi di Bab al-Aziziyah, jantung ibu kota Tripoli, terdapat satu tempat yang dikeramatkan. Ia terletak di dalam bekas kediamannya yang menjadi sasaran jet-jet tempur pengeboman Amerika Syarikat pada 1986.

Tempat tinggal yang telah hancur sebahagiannya itu telah dikeramatkan kerana di sanalah puteri angkat Gaddafi yang bernama Hana terbunuh di dalam serangan itu. Ketika kejadian itu, ia baru berusia beberapa bulan. Rumah itu tidak disentuh selama 25 tahun dan diawetkan dengan cara ditutupi kaca, termasuk kamar tidur dan katil Hana.

Di tempat keramat itu digantung beberapa kesan hasil tembakan jet tempur Amerika. Rumah ini terletak di pusat kompleks Bab al-Aziziyah.


Selain tempat keramat itu, kompleks istana Gaddafi, 69 tahun, juga dilengkapi taman permainan yang mirip Taman Neverland milik bintang pop dunia Michael Jackson dan zoo yang dianggarkan menelan kos pembangunan sebesar British Pound 300 billion (hampir RM 1500 billion).

Untuk bergerak dari satu istana ke istana, Gaddafi memiliki sejumlah mobil golf bertenaga elektrik. Di istananya juga terdapat pelbagai lukisan mahal dan perabot tiruan abad ke-14.

Istana Gaddafi mempunyai kamar-kamar tidur luas dan nyaman dengan kamar mandi berukuran besar. Di dalam Bab al-Aziziyah juga terdapat sebuah bioskop tempat keluarga Gaddafi menonton filem Barat terbaru.
“Saya tidak pernah terfikir dapat masuk ke dalam istana ini. Saya akan menceritakan peristiwa hari ini kepada cucu-cucu saya nanti,” kata Nidal, seorang mahasiswa berusia 20 tahun.




Kredit : Daily Mail
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks