blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

TRAGEDI RAMADAN : Warga Tua TERPEROSOK Di Bawah LORI SIMEN

Thursday, August 25, 2011
ARAU, 25 Ogos -- Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mayat mangsa kemalangan jalan raya, Mohamud Salleh, 61, yang tersepit di celah tayar lori dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Beseri-Mata Ayer dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang itu, mangsa dalam perjalanan dari arah Mata Ayer memperlahankan motosikalnya bagi membelok ke kanan berdekatan kawasan pembinaan jejantas di situ sebelum dirempuh oleh sebuah lori simen yang datang dari arah belakang. Mangsa diseret sejauh kira-kira 40 meter mengakibatkan bahagian badan mangsa hancur dan terperosok di bahagian tayar lori berkenaan dengan cebisan dagingnya bertaburan di atas jalan dan di celah tayar lori.


Mayat mangsa kemalangan jalan raya, Mohamud Salleh, 61, yang tersepit di celah tayar lori dibawa untuk dihantar ke rumah mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dekat sini, semalam.


Adik kepada warga emas yang maut dalam kemalangan jalan raya, Noor Hashimi Salleh, 38, membawa cebisan daging dan tulang abangnya, Mohamud Salleh, 61, ke bilik mayat Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dekat sini, semalam.


Warga emas, Mohamud Salleh, 61, maut dalam kemalangan jalan raya di Jalan Beseri-Mata Ayer dekat sini, semalam.



Kredit : Bernama
Read Full 1 comments

KEPALA Doktor DIPENGGAL Penjaga Kebun

BENTONG, 24 Ogos -- Ahli keluarga membawa keluar mayat Dr Harjit Singh, 61 dari bilik mayat Hospital Bentong untuk proses pengkebumian di sini, hari ini. Mangsa yang seorang doktor yang bertugas secara kontrak.di Penjara Bentong mati dibunuh dalam keadaan ngeri malam tadi (selasa) dengan kepalanya dipenggal hingga putus oleh penjaga kebunnya iaitu seorang lelaki warga Bangladesh.



Suspek pembunuhan di bawa ke mahkamah Majistret Bentong oleh anggota polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman selama seminggu sehingga 20 Ogos depan bagi membantu siasatan kematian doktor di sini, hari ini.


Kredit : Bernama
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks