blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

MULIANYA Hati Gadis CHINA INI

Monday, August 22, 2011

Terdapat sejumlah 4 set gambar yang dirakamkan oleh seorang warga China bernama Feng Nao yang menunjukkan perbuatan seorang gadis yang cantik dan berhati mulia ini. Menurut kenyataan kisah di dalam gambar ini: "Sebaik saja hujan lebat turun secara tiba-tiba, seorang lelaki tua yang kurang upaya tidak berdaya bergelut di dalam hujan lebat untuk menyelamatkan diri. Ketika itu seorang gadis cantik yang membawa payung bergegas berlari di dalam hujan lebat untuk memberi perlindungan dan menjaga orang tua kurang upaya itu. Walaupun payung itu tidak cukup untuk melindungi diri orang tua itu daripada dibasahi hujan lebat, namun gadis itu tetap berada di sisi lelaki tua itu di dalam kebasahan hujan ...dan ia menjadi adegan yang paling indah di dalam hujan lebat itu."

Seorang lelaki berpakaian uniform (di dalam bulatan) sekadar memerhatikan dari jauh.


Walaupun payung itu tidak mampu menghalang lelaki tua ini daripada kebasahan, gadis ini tetap terus melindunginya.


Gadis ini lebih mengutamakan memeyungi lelaki tua itu.


Melihat dari gambar-gambar itu, kelihatan bahawa hujan lebat yang turun secara tiba-tiba menyebabkan lelaki tua peminta sedekah yang lumpuh kakinya bergerak perlahan-lahan dengan kereta kayu yang kecil. Melihatkan keadaan ini, seorang gadis berbaju merah jambu sambil memegang payung di tangannya bergegas di dalam hujan untuk melindungi peminta sedekah.

Tetapi tidak berdaya, payung itu benar-benar tidak berupaya untuk melindungi lelaki tua itu daripada hujan lebat. Di dalam gambar tersebut, ia boleh dilihat bahawa payung di tangan gadis itu benar-benar melindungi pengemis, manakala pakaiannya sendiri sudah sepenuhnya lencun kerana air hujan.
Read Full 8 comments

Jari TELUNJUK PUTUS Terkena Mercun Bola

KOTA BHARU, 22 Ogos -- Akif Shafuddin Muhammad, 17, (kiri) menunjukkan tangan kanan adiknya Noor Sahiful Muhammad, 12, yang putus jari telunjuk akibat terkena mercun jenis bola dalam kejadian di Kampung Laka Keterah. Beliau kini sedang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.


Noor Sahiful Muhammad, 12, yang putus jari telunjuk tangan kanannya akibat terkena mercun jenis bola dalam kejadian di Kampung Laka Keterah kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini hari ini



Kredit : Bernama

Read Full 0 comments

TRAGEDI RAMADAN : 2 Remaja TERKORBAN Bertembung Sebelum BERBUKA

KUALA TERENGGANU, 22 Ogos -- AL-FATIHAH... Anggota keluarga membawa keluar jenazah Adam Safuan Jaafar yang meninggal dunia akibat kemalangan dari Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, malam tadi.


Anggota keluarga membawa pulang jenazah Mohd Amirul Azlan Shafie dari Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini malam tadi.


Mohd Amirulazlan Shafie, 21, maut dalam kemalangan yang melibatkan dua orang penunggang motosikal di Kedai Buloh di sini malam tadi. Amirul, meninggal dunia di tempat kejadian setelah motorsikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lagi motorsikal dari arah bertentangan di Jalan Kampung Surau Haji Yaacub, Titian Baru, Marang kira-kira jam 7.00 malam tadi.


Adam Safuan Jaafar, 15, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital setelah motorsikalnya bertembung dengan sebuah lagi motorsikal dari arah bertentangan di Jalan Kampung Surau Haji Yaacub, Titian Baru, Marang kira-kira jam 7.00 malam tadi.



Kredit : Bernama
Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks