Sham Kamikaze sedang memberikan tazkirah dan menceritakan pengalaman bertemu Imam Mekah Sh. Abd Rahman As-Sudais.
Antara adik-beradik SAMM bersama dengan jemaah Surau As-Syakirin yang tekun mendengar tazkirah daripada Sdr Sham Kamikaze.
Alhamdulillah, program Kembara Ramadhan SAMM Johor nampaknya berjalan lancar setakat ini. Walaupun disapa seorang SB yang 'menantikan' kehadiran Che'guBard, namun tiada halangan untuk program ini diteruskan.
Kehadiran jemaah yang terdiri daripada anak-anak muda juga amat menggalakkan. Selepas tazkirah Ramadhan, insya'Allah program kembara ini diteruskan dengan program mengagihkan bubur lambuk daripada SAMM Johor bersama dengan Sdr Sham Kamikaze.
Nantikan liputan selanjutnya sebentar lagi.