SEGAMAT, 19 Ogos -- Seorang pemandu lelaki Cina yang telah hilang kawalan telah terbabas dan melanggar ke dalam sebuah kedai stesen minyak lalu menyebabkan seorang lelaki India mengalami kecederaan kerana terkena serpihan kaca yang pecah. Ini merupakan kejadian ketiga kereta terbabas ke dalam kedai stesen minyak di Daerah Segamat selepas kali terakhir pada lima bulan yang lalu.
Kejadian itu berlaku pada jam 6.00 petang semalam di Stesen Minyak Shell Jalan Segamat. Pemandu kereta berusia 60 tahun bernama Liu, telah memandu keretanya merempuh ke dalam kedai stesen minyak dan menakutkan tiga pekerja wanita yang sedang bertugas. Seorang lelaki yang sedang membeli-belah di dalam kedai stesen minyak turut cedera. Menurut seorang pekerja stesen minyak tersebut, Liliandi (35 tahun) memberitahu bahawa Liu yang telah mengisi penuh minyak keretanya telah bersedia untuk meninggalkan stesen minyak.
Pemandu bas Kolej TAR yang tercedera
Ketika kejadian itu berlaku, seorang pemandu bas Kolej TAR, lelaki India yang berusia 47 tahun berada di dalam kedai ketika secara tiba-tiba dia mendapati kereta itu meluru ke arahnya dari arah depan. Ketika cuba melarikan diri, ia terjatuh dan menyebabkan muka, dahi dan tangannya terluka kerana terkena serpihan kaca, lalu mengakibatkan pendarahan yang banyak. Orang ramai kemudiannya mendapatkan bantuan kecemasan ke Hospital Segamat untuk mangsa yang tercedera. Bagaimanapun Liu terselamat.
Rempuhan kereta Liu juga menyebabkan rak air botol minuman, makanan ringan dan peti sejuk bertaburan. Lantai stesen minyak juga ditaburi kaca yang pecah. Kejadian kemalangan itu telah menarik perhatian orang ramai.
Anggota pasukan bomba memerhatikan kerosakan Stesen Minyak Shell selepas kemalangan