blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Antara WAJAH SUSPEK Kes Gereja DUMC

Monday, August 15, 2011
SHAH ALAM, 15 Ogos -- Antara suspek yang hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sambil diiringi pegawai penguatkuasa JAIS (kanan) semasa hadir bagi memberi keterangan di Pejabat JAIS di sini, hari ini.

Antara suspek yang hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) selepas hadir bagi memberi keterangan di Pejabat JAIS di sini, hari ini.

Beberapa suspek dipanggil bagi memberi keterangan selepas JAIS melakukan pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya selepas mendapat maklumat orang Islam menghadiri majlis di situ awal bulan ini.



Kredit : Bernama
Read Full 4 comments

Penumpang Arumugam TERJUN Dari TINGKAT 13

Penumpang yang dinanti Arumugam terjun dari tingakt 13

SEREMBAN: “Saya sememangnya tidak menyangka kerana dia sebelum itu memberitahu hanya mahu mengambil wang untuk membayar tambang,” kata pemandu teksi, M Arumugam, 43, mengenai kejadian seorang penumpang baru dihantarnya ditemui mati di Rumah Pangsa Tun Dr Ismail, Lobak, dekat sini, malam kelmarin.

Terdahulu, suasana di rumah pangsa berkenaan gempar seketika apabila seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 13 kawasan perumahan berkenaan, kira-kira jam 7 malam.

Keadaan mayat P Kovaloo yang tersangkut di atas bumbung sebuah kedai makan


Anggota JPA Petahanan Awam sedang berusaha mengeluarkan tubuh mangsa


Difahamkan, mayat mangsa dikenali sebagai P Kovaloo, 42, yang berpakaian lengkap ditemui orang awam tersangkut atas bumbung sebuah kedai makan di tingkat bawah kawasan berkenaan.

Menurut Arumugam, dia mengambil mangsa sekitar Seremban 2 memaklumkan mahu ke rumah pangsa itu, kira-kira jam 6.30 petang. “Tidak lama kemudian, dia tiba-tiba memberitahu tidak mempunyai wang membayar tambang teksi dan meminta saya menunggu kerana mahu mengambil wang di rumahnya.


“Saya yang tidak mengesyaki apa-apa dan bersetuju menunggunya dalam teksi, namun lelaki itu masih tidak kelihatan selepas kira-kira 10 minit,” katanya di sini, semalam.

Dia tersentak apabila terdengar dentuman kuat sebelum melihat orang ramai berlari dan berkumpul di sebuah kawasan berdekatan. “Bagi mendapatkan kepastian, saya bergegas keluar dari teksi dan melihat seorang lelaki terjatuh ke atas bumbung sebuah kedai makan.


“Apabila diamati, alangkah terkejutnya saya apabila mendapati lelaki itu adalah penumpang saya,” katanya.

Arumugam, pemandu teksi


Arumugam yang memandu teksi sejak 15 tahun lalu berkata, kejadian itu pertama kali dialaminya kerana penumpang lain sebelum ini memberi alasan mahu mengambil wang, namun ghaib kerana enggan membayar tambang.

Mayat mangsa yang mati di tempat kejadian dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan kejadian itu dan berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Read Full 0 comments

Tragedi Ramadhan, RENTUNG Selepas SAHUR

Anak saudara arwah, Suhaimi menunjukkan tempat jasad arwah Sabtu Hussin ditemui

JOHOR BAHRU: Juadah ikan kitang singgang menjadi lauk sahur terakhir bagi warga emas, Sabtu Hussin, 57, yang rentung dalam kebakaran di rumahnya di Jalan Pantai, Kampung Bakar Batu, di sini, jam 4.30 pagi semalam.

Ketika kejadian, anak saudaranya yang tinggal bersebelahan terdengar jeritan Sabtu meminta tolong. Bagaimanapun, dalam keadaan kelam-kabut dia gagal berbuat apa-apa berikutan api marak dengan pantas.

Mangsa yang menghidap penyakit tibi tulang tinggal seorang diri berhampiran rumah kakak serta anak saudaranya selepas berpisah dengan isteri, beberapa tahun lalu.

Mayat Sabtu hanya ditemui pada jam 6 pagi dalam keadaan mengiring di atas tilam di sebuah bilik di rumah pusaka itu selepas anggota bomba selesai menjalankan operasi memadam kebakaran.

Keadaan rumah arwah yang hangus terbakar

Kakaknya, Ramlah Hussin, 61, berkata dia yang tinggal tidak jauh dari kediaman Sabtu dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh anak perempuannya, Sapiah Wan Hitam, 37.

Menurut Ramlah, Sapiah serta suami dan dua anak mereka berusia lima tahun dan enam bulan sempat menyelamatkan diri selepas kediaman pasangan berkenaan turut terbakar.

“Sebaik habis bersahur, saya dikejutkan dengan kedatangan Sapiah yang memaklumkan berita buruk itu. Sejurus tiba di lokasi kejadian, rumah pusaka berkenaan sudah hangus.

“Sejak berpisah dengan isteri, adik tinggal di sana berseorangan. Memandangkan dia hidup sebatang kara, saya dan anak dijadikan tempatnya mengadu nasib. Setiap hari dia datang ke rumah untuk makan serta meminta wang belanja,” katanya.
Read Full 1 comments

Seni HALIMUNAN Oleh Liu Bolin



BEIJING - Cuba anda perhatikan dengan teliti gambar di atas ini. Ia adalah potret seorang lelaki yang cuba menjadi halimunan dan 'bergabung' dengan latar belakang yang dipilihnya.

Liu Bolin (38), warga China yang lahir di Shandong ini adalah seniman yang memilih untuk membuat dirinya menjadi seseorang yang samar dilihat.

Sukar untuk tidak mengagumi kecerdikannya. Liu melukis tubuhnya sebaik mungkin supaya dia dapat 'bersemadi' dengan satu latar belakang yang dia pilih dan menjadi samar dilihat.

Dengan sedikit bantuan dari pembantunya, Liu berjaya membuat orang-orang yang ada di sekitarnya tidak menyedari akan kehadirannya sehinggalah dia mula bergerak.

Gambar yang anda lihat di halaman ini adalah karya terbaru Liu. Dia bergabung dengan barisan minuman dalam karya seni berjudul "Plasticizer", seperti dilaporkan Telegraph, Isnin (15/8/2011).

Karya seni yang mempunyai maksud supaya tidak bergantung kepada bahan tambah dalam makanan, telah dihasilkan di studio di Distrik Seni 798 di Beijing, China.
Read Full 1 comments

Durian GERGASI Seberat 8 kg Di MUAR

Durian GERGASI ini mempunyai berat 8 kg!!

MUAR, JOHOR -- Sebiji durian 8 kilogram!!.Ada beberapa pembeli yang menawarkan untuk membelinya pada harga RM 20, namun pemilik kebun durian ini tidak mahu menjualnya.

tinggaldi Bukit Pasir, Muar, Zheng menemui buah durian gergasi ini pada 12 haribulan yang lalu di kebun durian miliknya. Menurut beliau, masih ada beberapa biji durian 'gergasi' yang masih belum jatuh dari pokok durian tersebut.
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks