KUALA LUMPUR, 10 Ogos -- Timbalan Pengerusi Genting Malaysia Bhd Tun Hanif Omar (dua kanan) beramah mesra dengan sebahagian daripada 25 wakil badan-badan amal penerima sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2011, di sini hari ini. Turut serta Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Genting Bhd Lee Choong Yan (lima kiri).
Timbalan Pengerusi Genting Malaysia Bhd Tun Hanif Omar (tengah) bergambar sambil memegang salah satu penerima kerusi roda pada majlis sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2011 di Wisma Genting di sini hari ini.
Sebanyak 25 organisasi kebajikan menerima setiap RM10, 000 daripada Genting Malaysia Berhad membawa kepada jumlah RM250,000.
Kredit :Bernama
Masihkah ANDA Ingat Lagi ISU Pemberian WANG RM100 Dari Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang?
Pada hujung tahun 2010, satu Malaysia digegarkan dengan isu kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP gara-gara pemberian wang RM100 kepada 115 ribu warga emas yang mendaftar di seluruh negeri Pulau Pinang. Kesan dari tindakan ini kerajaan DAP sekali lagi diserang hebat oleh UMNO dan media massa kepunyaan mereka. Di tambah pula dengan pendedahan sepucuk surat yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno Pulau Pinang, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican yang membuktikan kerajaan negeri menerima baki wang sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang di mana wang tersebut telah digunakan untuk sumbangan kepada warga emas yang miskin.

Hasilnya, puluhan warga emas telah memulangkan semula wang tersebut di dalam majlis ‘besar-besaran’ yang ‘dianjurkan’ oleh UMNO. Hampir kesemua warga emas yang memulangkan wang tersebut diwawancara oleh pihak media yang begitu teruja ingin melaporkan hal itu. Sebagaimana diketahui umum, wang tersebut telah dikembalikan atas alasan bahawa ia adalah bersumber dari judi atau telah bercampur dengan sumber judi.
Hari ini, sebuah syarikat yang terkenal sebagai pusat perjudian, iaitu Genting Malaysia Bhd telah memberikan sumbangan hari raya kepada 25 organisasi kebajikan yang menerima setiap RM10, 000 daripada Genting Malaysia Berhad membawa kepada jumlah RM250,000. Sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2011 ini semestinya bagi keperluan umat Islam yang dijaga oleh 25 organisasi kebajikan ini.
Tetapi yang hairan bin ajaibnya, tiada sebarang isu terhadap pemberian wang sumbangan ini. Ia amat berbeza daripada apa yang berlaku di Pulau Pinang pada tahun lepas walaupun isunya sama. Jika di Pulau Pinang wang RM500,000 diperuntukkan kepada warga emas, kali ini wang sebanyak RM250,000 diperuntukkan untuk mereka yang dijaga kebajikannya oleh 25 organisasi ini.
Tidak ada serangan atau bantahan daripada UMNO dan media massa mereka, malah majlis pemberian sumbangan ini diberikan publisiti hebat. Sepatutnya jika benar UMNO sebagai parti pejuang Islam paling hebat di Malaysia, isu ini akan memberikan tamparan kepada mereka. Jika mereka boleh menganjurkan majlis 'besar-besaran' kepada warga emas di Pulau Pinang supaya memulangkan semula wang hasil judi itu, pasti untuk wang sumbangan syarikat Genting Malaysia Bhd ini mereka boleh melakukannya sekali lagi. Mereka boleh jemput 25 organisasi kebajikan ini dan adakan sidang media yang sesal kerana diberikan wang sumbangan dari hasil judi. UMNO juga boleh mendirikan kain rentang pada majlis itu 'Kami Organisasi Kebajikan BERMARUAH, Kami Tak Mau DUIT JUDI!'.
Ataupun mungkin UMNO takut-takut jika ditanya ke manakah perginya duit hasil pemulangan warga emas Pulau Pinang tahun lalu?. :
Author Faethal