blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Tidak Dapat Buat Keputusan, LELAKI KAHWIN Kedua-Dua BERADIK KEMBAR

Tuesday, August 9, 2011

Seorang lelaki Thailand berusia 24 tahun telah berkahwin dengan pasangan beradik kembar semalam (8 Ogos) dan berjanji untuk menyayangi mereka berdua dengan 'adil'. Walaupun ramai yang mengatakan dia bertuah, ada juga yang berpendapat bahawa lelaki ini mengundang masalah kerana 'terlalu banyak dalam pinggannya'.

Wichai, yang hidup dengan pendapatan daripada berniaga barangan lama, telah berkahwin dalam satu majlis dengan pasangan gadis kembar berusia 22 tahun, Sirintara dan Thipawan, dalam masa yang sama.

Wichai berkata bahawa dia telah berkawan baik dengan kembar tersebut yang juga merupakan jirannya sejak mereka kanak-kanak.

Beliau turut menambah bahawa "Sudah tiga tahun berturut-turut ketiga-tiga kami akan pergi untuk temujanji bersama-sama, sehingga pada satu hari apabila saya tidak dapat menanggung kekecewaan lagi dan memberitahu mereka 'Saya cintakan anda dan mahu mengahwini anda BERDUA' "

Adik-beradik kembar itu kemudiannya bersetuju dan mengakui bahawa mereka ingin berkahwin dengan lelaki yang sama.

Untuk aturan tidur, Wichai berkata, "Bagi tiga malam pertama setiap minggu, saya akan tidur dengan Thipawan dan tiga hari seterusnya bersama dengan Sirintara. Bagi setiap hari Sabtu, kami bertiga  akan tidur bersama."
Read Full 6 comments

ANWAR IBRAHIM Bersama Jemaah Masjid Makmuriah Kg Sg Kayu Ara

Malam tadi Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah bersama jemaah Masjid Makmuriah Kampung Sungai Kayu Ara, untuk menyampaikan Tazkirah dan Solat Isyak, kemudiannya tarawikh.

DS Anwar Ibrahim bergambar bersama ahli kariah Masjid Makmuriah Kg Sg Kayu Ara
Read Full 0 comments

NYARIS PUTUS Jari Main Mercun BUATAN SENDIRI

KOTA BHARU, 9 Ogos -- Mohd Nazirul Hafis Mailang,12, cedera di jari tangan kiri akibat bermain mercun di Kampung Geting Tumpat ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini hari ini.


Mailang Sari,38, (kanan) membawa anaknya Mohd Nazirul Hafis,12, yang cedera jari tangan kiri akibat bermain mercun buatan sendiri di Kampung Geting Tumpat ketika mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini hari ini.




Kredit : Bernama
Read Full 0 comments

Suami GANTUNG DIRI Selepas CEKIK ISTERI

GEORGETOWN, 9 Ogos -- Anggota keluarga mangsa, Ooi Chong Seng, tidak dapat menahan kesedihan ketika manunggu mayat pangsapuri di Jalan Siput Lala, Bagan Jermal di mana pasangan suami isteri, malam tadi. Ooi Chong Seng, 29, dipercayai menggantung dirinya selepas mencekik isterinya yang merupakan rakyat negara China di dalam sebuah bilik di pangsapuri berkenaan.


Anggota polis membawa keluar mayat pasangan suami isteri yang ditemui mati di sebuah pangsapuri di Jalan Siput Lala, Bagan Jermal di sini, malam tadi.


Seorang anggota polis membetulkan kedudukan mayat pasangan suami isteri yang ditemui mati di sebuah pangsapuri di Jalan Siput Lala, Bagan Jermal di sini, malam tadi.


Kredit : Bernama
Read Full 1 comments

Tukang Kayu TERJATUH DARI Tingkat 22 Dan SELAMAT


SINGAPURA - Seorang pekerja yang terselamat selepas terjatuh 22 tingkat kini mengalami trauma untuk bercakap mengenai kejadian itu.

Menurut laporan The New Paper, warganegara China, Shao Yong Yin, 39, itu terjatuh dari gondola di tapak pembinaan Ridgewood Close dua bulan lalu.

Tukang kayu itu sedang cuba untuk mengeluarkan paip dari hadapan bangunan 24 tingkat itu ketika dia jatuh. Bagaimanapun tidak diketahui bagaimana ianya berlaku.

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) enggan memberikan nama bangunan itu, tetapi setelah diperiksa oleh wartawan menunjukkan bahawa bangunan yang mempunyai ketinggian yang sama di dalam pembinaan adalah kondominium Trizon.

Shao yang baru bekerja di Singapura lapan bulan ketika kejadian itu berlaku.

Bercakap kepada The New Paper, Shao - yang telah dimasukkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) - berkata beliau tidak mahu bercakap mengenai kejadian itu.

"Saya fikir saya mungkin tidak sanggup untuk mengingatinya," katanya. Dia nampaknya tidak ingat banyak tentang kemalangan ngeri itu.

Menurut laporan kejatuhan itu telah menyebabkan beberapa kepingan bumbung beralur kira-kira 2 m dari aras tanah telah pecah, dan ini mungkin penyebab nyawanya terselamat.

Beliau mengalami kecederaan kaki dan pinggul kanan dari kemalangan itu.

Seorang jurucakap NUH berkata bahawa Shao "dalam keadaan stabil", dan beliau dipindahkan ke Hospital West Point pada Khamis lepas untuk pemulihan.
Read Full 0 comments

ANONYMOUS GODAM Laman Web Kementerian Pertahanan SYRIA


Kumpulan aktivis hacker yang dikenali sebagai Anonymous telah berjaya menggodam laman web Kementerian Pertahanan Syria. Pelawat yang ingin memasuki laman web awal pagi Isnin semalam telah disambut dengan jalur hijau, putih, hitam dan bintang merah bendera Syria. Selepas beberapa ketika, logo Anonymous muncul di tengah-tengah bendera, bersama teks dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab seperti berikut:

Kepada rakyat Syria: Dunia berdiri bersama anda terhadap rejim kejam Bashar Al-Assad. Ketahuilah bahawa masa dan sejarah bersama anda - pihak zalim menggunakan keganasan kerana mereka tidak mempunyai apa-apa yang lagi, apabila mereka lebih ganas, mereka lebih rapuh. Kami menyanjung keazaman anda yang tidak ganas dalam menghadapi keganasan rejim, dan mengagumi kesanggupan anda untuk menegakkan keadilan, bukannya dendam. Semua yang zalim akan jatuh, dan terima kasih kepada keberanian anda, Bashar Al-Assad (akan jatuh) selepas ini.

Kepada tentera Syria: Anda bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang Syria, dan sesiapa yang mengarahkan kamu untuk membunuh wanita, kanak-kanak dan warga tua berhak untuk dibicarakan kerana pengkhianatan. Tiada musuh luar yang dapat membuat kerosakan yang besar di Syria seperti yang Bashar Al-Assad telah lakukan. Pertahankan negara anda - bangkitlah menentang rejim! - Anonymous

Seseorang anggota Anonymous yang terlibat dalam serangan ke atas laman web Kementerian tersebut memberitahu kepada Huffington Post pada pagi Isnin semalam bahawa tindakan itu adalah sebahagian daripada usaha yang lebih luas oleh gabungan kumpulan mereka yang memberi tumpuan kepada sasaran politik.

"Terdapat banyak perkara di dalam perancangan - apa-apa jua yang berkaitan dalam cara urus tadbir demokrasi, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang akan menjadi sasaran," kata ahli Anonymous tersebut. "Ini termasuk semua orang daripada saudara-saudara Koch sehingga Mahmoud Ahmedinejad."

Kami menyerang, "[Kementerian Pertahanan] kerana ia mewakili tentera Syria, yang merupakan bahagian utama yang berterusan menyebabkan pemberontakan berlaku di sana. Jika tentera menentang rejim, rejim itu sudah habis."

Anonymous sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka akan mula mensasarkan laman web kedutaan Syria di seluruh dunia tetapi serangan semalam adalah yang pertama bagi sasaran ke atas laman web rasmi kerajaan di negara itu. Kebanyakan kerja Anonymous sebelum ini tertumpu kepada syarikat-syarikat besar, seperti Visa dan Sony, tetapi pada bulan Jun organisasi tersebut mengumumkan akan bergabung tenaga dengan kumpulan penggodam LulzSec yang lebih berunsur politik dan memberi lebih tumpuan menyerang laman web kerajaan.

Kumpulan Penggodam "Anonymous" baru-baru ini turut mengancam untuk melancarkan serangan terbaru ke atas kerajaan Malaysia pada 24 Okt ini.

Matlamat serangan ini adalah bertujuan untuk melemahkan kempen 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Read Full 0 comments

Sekitar Pengkebumian KORBAN TANAH RUNTUH Cameron

Tengku Mahkota Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, diiringi Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai, menziarahi keluarga-keluarga mangsa tanah runtuh di perkarangan rumah mayat Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata di sini hari ini.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku kira-kira 5.45 petang semalam di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil di sini, mengorbankan tujuh orang manakala dua mangsa yang cedera menerima rawatan di Hospital Ipoh.


Jenazah Jaafar Balad dibawa keluar dari rumah mayat Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata di sini hari ini untuk dikebumikan.

Jaafar Balad bersama isteri Normah Gunong dan anaknya Iqbal Jaafar terkorban dalam tragedi tanah runtuh yang berlaku kira-kira 5.45 petang semalam di Kampung Orang Asli Sungai Ruil.


Jenazah tiga beranak, Jaafar Balad bersama isteri Normah Gunong dan anaknya Iqbal disemadikan dalam satu liang lahat di tanah perkuburan Taman Sedia, Tanah Rata di sini hari ini. Ketiga-tiga beranak itu adalah antara tujuh yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh semalam di kampung Orang Asli Sungai Ruil.

Read Full 1 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks