blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Siapa AHLI PARLIMEN Pembangkang KAKI BOTOL Ini?

Tuesday, August 2, 2011
Ahli Parlimen Pembangkang ini nampaknya dalam kesusahan kerana dia menghabiskan lebih banyak masanya di pub dan bukannya di pusat khidmat beliau.

Malah beliau masih berbau busuk ketika ketua partinya datang di bandar kelahirannya, sehingga ia tidak keruan ketika berucap di dalam majlis itu.

Semasa perjumpaan baru-baru untuk pemilihan wakil-wakil parti, beliau bukan sahaja datang lambat ke majlis itu tetapi sekali lagi berbau lebih teruk berbanding kilang bir, menurut kata MP lain.

Peguam yang menjadi ahli politik dan memenangi kerusi semasa arus tsunami politik pada tahun 2008 ini juga tinggal berjauhan dari pejabat yang disediakan oleh parti negeri tetapi sebaliknya mendakwa dia beroperasi dari pejabat guaman miliknya.

Menurut sumber dalaman parti bahawa kerusi itu tidak mudah untuk dimenangi dan kepimpinan parti negeri berasa sedih bahawa dia "telah menghabiskan lebih banyak masa di pub" daripada berkhidmat untuk pengundi-pengundi di kawasannya.

Sumber itu turut berkata kepimpinan parti juga kecewa dengannya yang kurangan berminat daripada menyertai semasa sesi perbahasan di Parlimen. Malah ia sering dilihat menghabiskan lebih banyak masa di lounge "hobnobbing" dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Menurut seorang kumpulan pemikir parti turut mengakui bahawa Ahli Parlimen yang ingkar ini sudah tiada harapan untuk berubah.

"Pengganti sudah dikenal pasti dan penjawat kini akan digugurkan," menurut kata kakitangan parti.

Ahli parlimen ini juga tidak bergaul baik dengan kepimpinan negeri dan tidak mengambil bahagian dalam kebanyakan program parti.

"Dia hanya akan muncul jika ada jurugambar akhbar. Dia hanya mahu muncul dalam akhbar-akhbar dan berharap bahawa ini dapat menipu kepemimpinan parti bahawa seolah-olah dia bekerja keras," kata seorang pemimpin negeri.


Kredit : DailyChilli

Mari kita pecah Kod Rahsia Da Vinci ini:
1. Seorang peguam - (kecilkan bilangan MP peguam di dalam Pakatan - tidak ramai)
2. Suka berada di hadapan kamera. (bererti dia sering timbul di dalam akhbar)
3. Seorang peminum arak yang tidak perlu untuk menyembunyikan sifatnya. (pastinya dia bukan melayu)
4. Kawasannya tidak mudah untuk menang, bermakna kerusi itu adalah sebuah kubu BN
5. Jarang bercakap di Parlimen.
Saya rasakan ianya Lim Lip Eng (MP daripada Segambut)
Read Full 0 comments

TIBA-TIBA Ular Muncul DI CERMIN KERETA Pada Kelajuan 105 km/j


MEMPHIS - Rachel Fisher dan keluarganya sangat nernasib baik apabila seekor ular yang muncul secara tiba-tiba di hadapan keretanya tidak menyebabkan berlakunya kemalangan. Sedangkan ketika itu Rachel sedang memandu pada kelajuan 105 km/j.

Ular tersebut tiba-tiba muncul dari enjin kereta dan merayap ke cermin hadapan sehingga membuat Rachel dan ketiga anaknya terperanjat dan menjerit ketakutan. Namun, Rachel masih dapat mengendalikan sterengya dengan baik.

Sementara suamninya Tony, yang duduk disebelahnya, tetap tenang dan merakamkan kejadian tersebut menggunakan kamera telefon bimbitnya dan kemudian dimasukkan ke dalam Youtube, dan menjadi video popular setelah tiga hari.

"Saya sebenarnya tidak takut ular, namun saya terperanjat apabila tiba-tiba ada penumpang yang tidak sepatutnya berada ketika sedang memandu laju pada kelajuan 105 km per jam, ketiga-tiga anak saya pun turut menjerit, tapi kami semua tertawa akhirnya," kata Rachel Fisher seperti dipetik dari Dailymail, Selasa (2/8/2011).

Peristiwa tersebut berlaku pada minggu lalu, ketika Rachel bersama suami dan ketiga anaknya, Elizabeth (3), Judah (2), dan Rivers (4 bulan) kembali ke Memphis setelah mengunjungi orang tuanya di Cordova.

Ular tersebut akhirnya terjatuh ke atas jalan setelah sekitar tiga hingga empat minit berada di atas cermin hadapan.

Rachel dan suaminya menduga, ular tersebut menjalar masuk ke dalam enjin kenderaan mereka pada malam ketika mereka parkir di kawasan berhutan dan keluar dari enjin kerana kepanasan.

Video milik Tony pun sudah dilihat sekitar 26,000 kali di Youtube.
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks