blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

KUBAH MASJID Bagan Pinang TERBANG Di Bawa Ribut, PUSASDA N9

Saturday, July 30, 2011
ASTAGHFIRULLAH,,!!!
Inilah antara ungkapan yg kami anak-anak muda Telok Kemang dengar apabila bertemu dengan semua ahli-ahli keluarga kadet penamat latihan Tentera dan PDRM di PUSASDA tadi yang turut dirasmikan oleh Najib Tun Razak, Rosmah Mansor, Zahid Hamidi dan Hishamudin Hussein Onn..


ADAKAH INI BALA...???
- apabila seorang bayi kecil berumur 3 bulan terbang ditiup angin kuat ketika ribut berlaku dan hampir jatuh kedalam longkang yang bertakung dengan air.


ADAKAH INI BALA...???
-apabila 2 buah kampung berhampiran dengan tempat dukun ada, semuanya banjir ditenggelami air..


  
ADAKAH INI BALA..???
- apabila beberapa buah kenderaan rosak dan hancur teruk apabila ditimpa pokok dan tiang-tiang elektrik..


ADAKAH INI BALA...???
- apabila 2 orang meninggal dunia ditimpa pokok ketika berada di dalam kereta mereka.


ADAKAH INI BALA...???
- apabila khemah-khemah yangg dipasak kuat di kawasan dataran lapang, terbang ditiup angin. Yang mnjadi kehairanan, hanya khemah PDRM sahaja yang terbang dan hancur dibantai ribut, tetapi khemah-khemah kepunyaan tentera hanya mengalami sedikit sahaja kerosakkan..fikirkan..


ADAKAH INI BALA...???
- apabila gerai-gerai peniaga kecil habis hancur dibantai ribut dan bertaburan diatas jalanraya..


ADAKAH INI BALA...???
-apabila bumbung-bumbung atap rakyat yang tinggal berhampiran kawasan dimana PM dan rosmah ada, habis terbang dan hancur berterbangan..

Kubah yang hilang pada menara kecil masjid ini..
jatuh ke bawah di bawa ribut. (KUBAH MASJID BAGAN PINANG..masjid yg pernah mnyaksikan seorang imam ahli PAS yg dipecat kerana tidak mahu bersekongkol dgn umno..!!!)
ADAKAH INI BALA..???
-apabila kubah masjid bagan pinang tercabut dari tiangnya dan terhempas ke bumi

ADAKAH SEMUA INI BALA APABILA KAMI RAKYAT TELOK KEMANG MENYATAKN DENGAN SEBENAR BENARNYA BAHAWA BELUM PERNAH BERLAKU RIBUT SETERUK INI, TATKALA SEORANG DUKUN DARI PUTRAJAYA HADIR BERSAMA SUAMINYA DI BUMI TELOK KEMANG INI...!!!

Kredit : Muhammmad Saufi ( penyelaras SAMM Negeri Sembilan)
Read Full 3 comments

RIBUT Melanda Ketika NAJIB Rasmi Perbarisan Tamat Latihan PUSASDA

PORT DICKSON, 30 Julai -- Sebuah papan tanda tumbang dan menghempap sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengahari tadi.

Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kereta yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap oleh beberapa batang pokok yang tumbang.

Musa Bulat, 68, menggaru kepala ketika melihat van yang di bawanya untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan anaknya Mohd Ibnu Sofian di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.

Dia yang datang bersama 11 lagi ahli keluarganya terpaksa menunggu adiknya yang akan datang dari kampong di Kampong Paya, Pulai, Johor untuk membawa mereka pulang kerana van yang mereka naiki itu rosak teruk.


Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di Batu 4, Port Dickson dihempap sebatang pokok yang tumbang ekoran ribut yang melanda secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 12 tengahari tadi.

Ribut beserta hujan lebat itu turut menyebabkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di tepi jalan oleh orang ramai yang hadir untuk menyaksikan majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) rosak teruk kerana dihempap beberapa batang pokok yang tumbang.


Kredit : Bernama
Read Full 7 comments

Selepas Seminggu BERSIH, POLIS Masih Kaitkan NAMA SAYA - Suhardi

KUALA LUMPUR, 30 Julai -- Shuhardi Md Isa menjawab pertanyaan pemberita ketika mengadakan sidang media di sini, hari ini.

Shuhardi Md Isa menunjukkan keratan akhbar ketika mengadakan sidang media di sini, hari ini.


Shuhardi didakwa berlakon sebagai Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu, menafikan dirinya bersembunyi, melarikan diri dan enggan bekerjasam dengan polis.

Shuhardi yang ditemui pada satu sidang akhbar di sini, sebaliknya berkata beliau tidak pernah menerima sebarang surat rasmi memintanya menghadirkan diri bagi membantu siasatan dari mana-mana balai polis.

“Bukankah polis lebih profesional dan tahu segala prosuder jika mahu seseorang itu memberi keterangan berhubung apa-apa kes? Saya tidak bersembunyi, datanglah ke rumah saya dengan tertib. Saya akan bekerjasama dengan mereka (polis),” katanya.

Shuhardi yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menjelaskan, beliau terpaksa tampil memberi penjelasan berhubung kekeliruan kematian Allahyarham Baharudin kerana ia jelas menjatuhkan maruah dirinya.

“Saya masih hidup... yang meninggal Allahyarham Baharudin. Saya ingat perkara ini dah selesai dan saya tidak perlu tampil beri keterangan kerana ada blogger-blogger yang mengeluarkan gambar saya dengan mengatakan saya adalah Allahyarham Baharudin, telah meminta maaf kepada saya.

“Tapi semalam bila saya lihat komen Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata saya dipercayai menyembunyikan diri, saya terpaksa mendedahkan perkara ini,” katanya.

Beliau berkata polis sepatutnya menyiasat mereka yang mengeluarkan kenyataan mengelirukan mengenai dirinya daripada menumpukan siasatan ke atas dirnya sendiri.

“Saya yakin pihak polis mampu membuat siasatan berdasarkan maklumat dalam internet tanpa perlu melibatkan saya. Malah saya rasa polis sepatutnya siasat mereka yang keluarkan kenyataan keliru mengenai mereka. Saya rasa sepatutnya saya yang menyaman mereka (blogger) yang salah dengan mengaitkan nama saya itu,” katanya.

“Tetapi kerana kenyataan maaf dan pembetulan fakta yang dibuat seawal 10 Julai, maka saya menganggap perkara ini tidak perlu diperpanjangkan, malangnya kira-kira seminggu selepas peristiwa Bersih itu, pihak polis dan media masih mengaitkan nama saya,” katanya.

Beliau berkata kekeliruan tersebut terlebih dahulu telah dijelaskan oleh anaknya menerusi “facebook” dengan menjelaskan bahawa gambar yang disiarkan bukanlah gambar Shuhardi yang pengsan dalam perhimpunan tersebut.

Bapa kepada dua isteri dan 10 anak ini mendakwa tidak berkomplot dengan mana-mana pihak tertentu untuk berlakon dalam apa jua “aksi” kematian serta tidak mengenali Allahyarham Baharudin sendiri.

“Saya juga tidak kenal dengan mana-mana wartawan atau jurugambar yang datang buat liputan.Saya bukanlah “desperate” untuk dapatkan sogokan yang tidak bermaruah kerana Alhamdulillah saya hidup mewah,” katanya.

Suhardi berkata beliau bersedia memberikan kerjasama dengan pihak polis dan boleh dihubungi di talian 012-3900740. -Bernama
Read Full 0 comments

Mohd Ashraf @ Aleesha Farhana MENINGGAL DUNIA

KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Abd Aziz, 26, (gambar) yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana meninggal dunia jam 4.50 pagi tadi selepas dimasukkan ke wad ICU, Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, awal pagi semalam.

Allahyarham dilaporkan mengalami tekanan darah rendah akibat kemurungan apabila permohonannya menukar nama ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Allahyarham yang sebelum ini membibitkan kontroversi selepas memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar namanya, menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Pada 18 Julai lalu, permohonan Mohd Ashraf untuk menukarkan nama dalam Mykadnya kepada nama wanita iaitu Aleesha ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Lelaki itu membuat permohonan berkenaan 25 Mei lalu dan menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Permohonan dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita. - BERNAMA






Sesungguhnya, daripada DIA kita datang, kepada DIA kita kembali : Author Faethal
Read Full 2 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks