blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Lukisan Kapal SCORPENE Zunar Dibeli Pada Harga RM4000!

Friday, July 22, 2011
Seorang lelaki bertuah telah membeli lukisan Zunar berkaitan Kapal Selam Scorpene dengan harga RM4000.

Ketika Peguam Perancis masih  lagi di dalam tahanan pihak berkuasa Malaysia, Suaram sedang mengadakan satu program penerangan di Dewan Sivik, PJ. Video penerangan William Bourdon ketika di Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam turut ditayangkan kepada hadirin. Suaram diberikan ucapan tahniah oleh Tony Pua kerana berani mengetengahkan isu skandal kapal selam ini.

Bagaimana seseorang dari luar tidak dibenarkan untuk datang ke Malaysia untuk memberitahu KEBENARAN, tetapi Perdana Menteri kita dibenarkan ke luar negara untuk memberitahu PEMBOHONGAN - Zunar



Lukisan Zunar berjudul SCORPENE IN YELLOWLAND dibuka untuk bidaan.

Disamping itu, acara jualan amal turut berlangsung, di mana sebuah karya Zunar yang berkaitan dengan skandal pembelian Kapal Selam Scorpene telah berjaya dijual dengan harga RM4000.
Read Full 0 comments

Peguam William Bourdon BERLEPAS Pulang 11.30 Malam Ini

Pihak berkuasa Malaysia yang telah menahan Peguam Perancis William Bourdon ,sudah bersedia untuk melepaskan yang mewakili pihak Suaram dalam siasatan kes "rasuah berprofil tinggi" dan "sogokan" yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembelian dua kapal selam Scorpene untuk Kementerian Pertahanan pada awal 2000.

Bourdon kini berada di pusat tahanan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di mana dia telah ditahan selama lebih dari 4 jam. Beliau terbang dari Pulau Pinang, selepas memberikan taklimat mengenai kes itu kepada sekumpulan 600 rakyat pada malam Khamis sebelum perbicaraan mahkamah terbuka di Paris pada bulan September ini.

"Ini adalah satu langkah yang amat merosakkan imej negara. Najib hanya memberitahu kepada dunia bahawa dia bersalah," Naib Presiden PKR Tian Chua.

Bourdon telah ditangkap ketika masih berada di dalam pesawat oleh pegawai-pegawai imigresen sebaik sahaja ia mendarat. "Dia akan dihantar pulang pada penerbangan jam 11:30 kembali ke Paris pada hari Jumaat," kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel kepada Malaysia Chronicle.

Our plane ticket (return) being on Sunday evening, we have explained that we would be detained until Sunday. We have decide to find the earliest return flight possible at our own cost.- Nota tulisan WB (William Bourdon)

Lea, tunang kepada William Bourdon ketika di KLIA petang tadi.

Tiada sebab-sebab yang telah diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia setakat ini, tetapi pada mulanya mereka cuba untuk menahan beliau selama tiga hari sehingga tarikh tiket pulangnya pada hari Ahad.

"Ini adalah satu lagi tamparan sendiri yang disengajakan oleh pentadbiran Najib, dan mencerminkan lagi satu fobia - kapal selam Scorpene dan Altantunya," kata penasihat DAP Lim Kit Siang berkata dalam reaksinya.
Read Full 0 comments

TERKINI : Peguam William Bourdon DILEPASKAN Malam Ini

Peguam Perancis William Bourdon akan dibenarkan berlepas pulang malam ini, sehari selepas taklimat tentang perkembangan siasatan di Perancis tentang urus niaga kapal selam Scorpene di Pulau Pinang.

Menurut peguam Fadiah Nadwa di tempat kejadian, Bourdon masih lagi ditahan di pusat imigresen KLIA.

"Mereka akan melepaskan beliau tidak lama lagi. Ia hampir disahkan. Bourdon akan membawa perkara (penahanan) ini di Perancis. Ia akan menjadi besar."

Dijangka bahawa isterinya Lia turut akan berada di dalam penerbangan yang sama.

Kredit : anilnetto
Read Full 0 comments

LIVE : HIMPUNAN Bebaskan 6 Tahanan EO Di Bukit Aman (UPDATE)


Sekarang sedang berlangsungnya perhimpunan mendesak Polis membebaskan 6 tahanan di bawah Ordinan Darurat (EO), di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Ramai antara pemimpin PR yang hadir dalam perhimunan itu. Dianggarkan lebih 100 orang sudah berkumpul di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Enam yang ditahan itu ialah ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Jeyakumar, M. Saraswathy, M. Sukuraman, A. Letchumanan, Choo Chon Kai dan R. Sarat Babu.

Mereka ditahan pada 25 Jun lalu di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang sewaktu menjalankan kempen parti itu, "Udahlah...Bersaralah" dan dituduh di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan iaitu melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Lebih 100 orang telah berkumpul bersama-sama menyertai perhimpunan ini.


Makcik Bersih, Auntie Anne turut menyertai perhimpunan mendesak pembebasan E06. Beliau sedang berkata sesuatu kepada pemimpin PKR Sivarasa Rasiah.




Lagi peserta bersama kain rentang menuntut pembebasan E06.


Antara peserta yang menyertai perhimpunan bersama papan tanda yang dipegang mendesak penolakan penggunaan akta tahanan tanpa bicara.


Anggota-anggota polis yang berkawal di luar Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Read Full 0 comments

TERKINI : Kedutaan Perancis CAMPUR TANGAN PENAHANAN Peguam Scorpene

Berita yang diterima daripada Suaram :Sidang media tentang penahanan Peguam Perancis William Bourdon akan diadakan di Burger King KLIA pada jam 2.30 petang ini. Maklumat terkini yang baru diterima, Kedutaan Perancis telah campur tangan di atas penangkapan itu.
Read Full 0 comments

TERKINI : William Bourdon DITAHAN Pihak Berkuasa MALAYSIA

Pihak berkuasa Malaysia telah menahan seorang peguam Perancis, William Bourdon, yang bertindak mewakila Suaram untuk sebuah kes "rasuah berprofil tinggi" dan "sogokan" yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembelian dua kapal selam Scorpene untuk Kementerian Pertahanan pada awal tahun 2000.

Bourdon kini di tahan Pusat Tahanan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Menurut Cynthia Gabriel (Pengarah Suaram) yang mengiringi beliau daripada penerbangan dari Pulau Pinang ke KLIA, William Bourdon telah ditahan oleh Pegawai Imigresen yang memasuki ke dalam pesawat sebaik mereka tiba di KLIA. Peguam Perancis itu juga telah diasingkan daripada bersama dengan isterinya.

"Kami sedang cuba untuk menghubungi pegawai-pegawai kedutaan Perancis," Ahli Parlimen Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Peguam Perancis William Bourdon sedang berucap pada majlis makan malam anjuran Suaram malam tadi.William Bourdon berucap mengenai kes 'Ops Scorpene' di Bayan Baru.
Read Full 0 comments

Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 9

Sheikh Niza terpaksa melakukan apa yang perlu untuk mensabitkan Ahmad Sarbaini. Tidak boleh berpatah balik sekarang. Mereka telah komited pada diri sendiri dan kerana itu mereka terpaksa mencipta 'Malaysian Book of Record' kes ini, dengan apa cara sekalipun. Sheikh Niza telah memanggil Ahmad Sarbaini kembali ke Pejabat SPRM KL untuk memberikan Kenyataan kedua seperti di bawah. Perintah ini dilakukan secara lisan dan tidak ada notis bertulis yang dikeluarkan, seperti apa yang sepatutnya dilakukan.


Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 1
Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 2
Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 3
Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 4
Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 5

Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 6

Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 7
Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 8
Read Full 0 comments

Sambutan HARI LAHIR Peguam LFL Fadiah Nadwa


Selamat Hari Lahir kepada Fadiah Nadwa Fikri. Majlis sambutan secara sederhana ini dibuat selepas tamat majlis makan malam anjuran Suaram malam tadi yang telah menjemput William Bourdon untuk berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru, Penang.

Selepas tamat majlis, Fadiah Nadwa Fikri yang juga menjadi MC pada majlis itu telah diraikan oleh beberapa rakan dari PR, diantaranya Tian Chua. Walaupun tarikh lahir sebenar beliau adalah pada 17 Julai, namun rasanya tidak terlalu lewat untuk kita mengucapkan selamat hari lahir kepada beliau, semoga istikamah dalam perjuangan untuk menegakkan keadilan.

Fadiah Nadwa Fikri adalah seorang peguam, sekretariat Suaram dan juga merupakan anggota kanan NGO Lawyers for Liberty.

Apa agaknya permintaan Fadiah Nadwa tahun ini?


Kredit : TianChua
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks