Di dalam laporan oleh Bernama semalam, apabila polis merujuk
gas CS sebagai
"Combined systems", atau lebih tepat lagi
Combined Systems Inc. (CSI) yang berpengkalan di Pennsylvania, iaitu sebuah syarikat penjual utama gas pemedih mata kepada tentera Israel. Bagaimanapun sebenarnya gas CS yang dirujuk oleh Latheefa Koyasebenarnya ialah komponen kimia di dalam gas pemedih mata iaitu
chlorobenzalmalononitrile.
Dari bekas kanister yang digunakan oleh pihak polis semasa perhimpunan Bersih 2.0 tempoh hari, tertulis perkataan
Federal Laboratories. Federal Laboratories sebuah syarikat yang juga berpengkalan di Pennsylvania merupakan pembekal gas pemedih mata terbesar kepada Israel. Namun pada 1988 syarikat Federal Laboratories telah menggantung penjualannya kepada Israel selama 4 bulan kerana penyalah gunaan gas pemedih mata oleh tentera Israel terhadap orang awam sehingga menyebabkan 40 kematian. Jadi bukankah ini bermakna, gas pemedih mata yang digunakan polis Malaysia pada 9 Julai lalu adalah dibuat oleh syarikat yang sama menjadi pembekal kepada tentera Israel?.
(rujukan)
Berbalik kepada gas CS. Benarkah kesan gas CS ini tidak berbahaya?. Gas CS biasanya memberi kesan gangguan kepada membran mukus dalam mata, hidung, mulut dan paru-paru, sehingga menyebabkan penerimanya menangis, bersin, batuk, sesak nafas, pedih mata, buta sementara, dan sebagainya. Bolehkah ia mendatangkan kesan yang lebih berbahaya?.
Menurut Dave DuBay, Ketua Pegawai Teknologi untuk ALS Technologies, Inc., of Bull Shoals, Ark., salah satu daripada pengeluar terbesar gas pemedih mata di Amerik bersetuju bahawa
"gas CS gas boleh berisiko untuk mereka yang mengalami masalah paru-paru". (rujukan)
Bagaimanapun kita beri peluang kepada Khalid untuk menjawab persoalan-persoalan yang timbul ini. Sama ada benarkah polis menggunakan pemedih mata yang sama seperti tentera Israel gunakan, atau benarkah gas CS ini tidak merbahaya dan boleh membunuh?. Kita beri beliau masa kerana beliau sudah menyatakan :
"Mengulas lanjut perkara itu, Khalid berkata beliau akan meneliti laporan portal berkenaan sebelum memutuskan tindakan selanjutnya."