Lelaki inilah yang gelaran Datuk-nya telah dilucutkan oleh Sultan Kelantan, Sultan di negerinya sendiri. Ironinya, bangsa melayu itu dinilai dari kesetiaan terhadap Sultan. Lelaki ini jugalah seorang manusia yang telah melompat daripada PAS kepada Berjasa yang memihak kepada UMNO, dan kemudian melompat dari Semangat 46 kepada UMNO, dan ini adalah satu penghinaan kepada orang-orang yang telah mengundi beliau.
Lelaki ini jugalah yang telah ditolak oleh Yang Dipertuan Agong sendiri daripada menemuinya, ironinya Paduka Seri Baginda sendiri telah memperkenan untuk menemui Ambiga. Lelaki inilah yang apabila tidak dapat meneruskan perbualan intelek dan kemudiannya berkata “Don’t talk shit! Don’t talk shit!” dan membuat pengikutnya merasa bangga pada Al Jazeera.
Lelaki inilah yang telah menimbulkan ribut dan perang untuk melawan Bersih 2.0, dan apabila pada hari sebenar demonstrasi Bersih berlaku di KL dirinya tidak kelihatan, tidak seperti KJ yang dihinanya, yang sekurang-kurangnya turun dan berarak bersama-sama denagn ahli-ahli Pemudanya.
Lelaki inilah yang inteleknya telah "dipuji" oleh arwah Rustam A Sani sebagai "intelektualisme Ibrahim Ali". Juga, lelaki yang sama inilah yang telah menawarkan kepada UiTM satu dana untuk anugerah kepimpinan pelajar-pelajar dan diterima dengan hangat oleh UiTM.
Apakah Muslihat Ini?
Dengan latar belakang yang berwarna-warni, pastinya ia sesuatu yang mengejutkan minda bagaimana satu institusi pembelajaran yang lebih tinggi, satu institusi yang menghasilkan diploma, sarjana muda, master, dan pemegang PhD, dapat menyamakan taraf mereka dengan Ibrahim Ali, dan bersetuju untuk memberikan anugerah khas ini semasa majlis konvokesyen. Apakah yang NC ini fikiran?
Tambahan pula, NC sekarang, Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid, bertindak amat tegas terhadap mana-mana demonstrasi awam, terutamanya Bersih 2.0 Bersih. Malah beliau telah menghantar surat amaran kepada pelajar-pelajar dan pensyarah di UiTM, memberi amaran kepada mereka akibat yang mungkin terjadi jika mereka didapati menyertai demonstrasi Bersih 2.0 (tetapi amaran beliau hanya kepada demonstrasi Bersih tetapi berdiam diri dan memekakkan telinga ke atas demonstrasi yang dirancang oleh Perkasa dan Pemuda UMNO).
Sekarang, oleh kerana Ibrahim Ali terkenal kerana kegemarannya dalam demonstrasi awam, bukankah sepatutnya UiTM mengelakkan diri daripada terkena penyakit seperti itu? Sebaliknya, jawapan NC mengenai kewajaran anugerah Ibrahim Ali Ibrahim agak pelik dan malu-malu kucing: "orang nak bagi sumbangan kita terima. Dia sebagai alumni beri Sumbangan ".
Mungkin NC tidak bersalah. Mungkin tangannya terikat. Mungkin dia hanya cuba untuk bermain dengan selamat di belakang tampuk kuasa di kalangan ahli-ahli politik dan kroni-kroni mereka yang telah secara tidak sengaja menembusi UiTM. Sudah tentu tidak ada manusia yang waras akan percaya bahawa UiTM adalah kebal daripada politik UMNO.
Politik Ampu-Bodek UMNO Meresapi UiTM
Politik telah bertukar menjadi seni yang hebat di UiTM, sehinggakan seseorang itu tidak harus terkejut dengan perkara-perkara yang mereka telah lakukan atau berkira-kira untuk melakukan. Sebagai contoh, sejak penamaan semula bangunan mengikut personaliti awam Politik 101, tidak ada yang terkejut apabila beberapa orang di UiTM cuba mengampu / membodek Yang Dipertuan Agong dengan menamakan masjid UiTM dengan nama YDPA.
Sudah tentu, ini mungkin suatu perbuatan yang biadap kerana UiTM Shah Alam berada di Selangor, dan kerana itu ia di bawah jajahan kuasa Sultan Selangor. Tetapi politik adalah tentang membuat sesuat yang mungkin mustahil. Selepas menukar nama Menara Tun Abdul Razak di UiTM Shah Alam kepada Menara Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, keyakinan kita kepada ahli-ahli politik di UiTM semestinya kuat.
Kita perlu melihat organisasi dalaman UiTM yang telah bekerjasama dalam usaha ini, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK) UiTM. Sekali pandang kepada program yang mereka jalankan ia tidak banyak berbeza dengan Perkasa. Ibrahim Ali sebenarnya telah dijemput oleh IMPAK untuk memberi ceramah di UiTM bulan yang lalu.
Ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan selepas kita mendapati bahawa antara nama-nama mereka di dalam IMPAK ialah Prof Madya Datuk Halim Sidek, seorang ahli UMNO. Cukup menarik, apabila nama e-mel beliau ialah "Datuk Prof Madya Dr Abdul Halim Sidek", jawatannya di laman web IMPAK tidak gelaran PhD. Sudah tentu Datuk ini bukan satu0satunya pensyarah UMNO di dalam UiTM. Semakan lanjut pada senarai pensyarah di UiTM akan mendedahkan nama-nama beberapa pemimpin bahagian dan cawangan UMNO yang terkenal.
Bila Hijab Terbuka, Terlihat Wajah Sebenar
Ramai orang menaruh harapan yang besar kepada NC baru apabila beliau mengambil alih dari seorang yang lebih UMNO daripada UMNO, Ibrahim Abu Shah kerana terdapat khabar angin bahawa dia sendiri adalah mangsa kepada NC lama. Perkara pertama yang dia lakukan adalah untuk menggantikan beberapa orang Ibrahim Abu Shah yang memegang jawatan penting di dalam UiTM. Sudah tentu, ia mewujudkan keributan di kalangan geng Ibrahim Abu Shah, dan beberapa penulis blog UMNO yang memihak kepada Ibrahim Abu Shah telah mengutuknya, dan juga mempersoalkan kelayakan beliau sebagai "pemimpin Melayu".
Kemudian, hijab pun terbuka. Beliau mula menunjukkan warna sebenar. Sebagai contoh, pada persidangan akademik di UiTM pada bulan Februari 2011, terdapat satu forum yang bertajuk "Peremajaan budaya akademik di UiTM", dan disebalik menjemput beberapa tokoh berpengaruh seperti Prof Khoo Kay Kim, Prof Dr Syed Naquib Al-Attas atau Prof Diraja Ungku Aziz, NC telah menjemput editor Berita Harian dan Utusan Malaysia untuk menyertainya sebagai ahli panel untuk mendidik pensyarah UiTM tentang budaya akademik. Bahkan lebih pelik lagi, NC telah melantik Fahrin Ahmad, seorang pelakon Melayu, untuk menjadi moderator forum tersebut.
Perasaan tidak selesa dan merasakan bahawa NC ini lebih mementingkan imej daripada pengisian semakin jelas apabila dia dengan bangga mengumumkan di halaman facebook beliau tentang beberapa pencapaian besar dirinya yang mewakili Uitm untuk menjalin beberapa Memorandum Persefahaman dengan Oxford, Cambridge, Harvard dan MIT.
Selepas keghairahan itu berakhir, barulah mereka sedar bahawa MoU yang dibuat dengan universiti-universiti berkenaan bukanlah bermakna bahawa pelajar-pelajar dan pensyarah UiTM akan diberi keutamaan khas untuk masuk ke dalam universiti-universiti hebat tersebut. Dengan atau tanpa MoU itu, mereka tetap diberi layanan yang sama seperti mana-mana calon lain. MoU itu juga tidak memastikan bahawa pensyarah UiTM dengan mudah boleh mendapatkan kerjasama dengan universiti-universiti yang hebat. Kemudian, apa tujuannya mengagung-agungkan MoU itu, adakah MoU tersebut akan menjadi pemangkin dalam "meletakkan melayu di peta dunia"?
Contoh yang paling jelas ialah ketagihan NC kepada media sosial seperti Facebook dan Twitter. Walaupun NC lama tidak aktif menggunakan Facebook, beliau telah pun dikenali mesra dirinya dengan pelajar. Kata-kata panggilan mesra seperti "ayahanda, papa dan ayat" yang sering digunakan beliau menjadikan dirinya popular di kalangan pelajar. Slogan-slogan seperti "mesra pelajar" dan "UiTM di hatiku" telah dicipta di zamannya dan disebarkan dengan galak di kalangan masyarakat UiTM.
Bagi NC sekarang, sekilas pandang di halaman facebook beliau mendedahkan penggunaan terma-terma liberal dan mesej yang kosong dan bersifat mengampu ketua oleh peminat pelajarnya pasti menakutkan. Lebih daripada itu, dilihat sebagai usaha untuk menunjukkan bahawa dirinya lebih baik daripada Ibrahim Abu Shah, NC sekarang telah mencipta slogan "UiTM SENTIASA di hati ku", dan dia menggunakan slogan ini secara konsisten di dalam facebook dan posting twitter-nya.
Walau bagaimanapun, selepas kontrak NC lama ditamatkan dengan kurang sopan, seseorang mungkin boleh bersimpati dengan NC sekarang dan dengan itu memahami ketakutan beliau bahawa dia juga akan mengalami nasib yang sama seperti pendahulunya. Olah kerana kontrak NC selama 2 tahun bermula dari 1 Jan 2010, ketakutan itu semakin dekat.
Fakta, UiTM Satu Lombong Emas Untuk Kontrak
Bercakap sesama alumni UiTM telah mendedahkan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan keadaan yang sangat dipolitikkan UiTM, di mana ramai anak-anak ahli-ahli politik yang kaya dengan mudah mendaftar di UiTM, sama juga dengan hakikat bahawa ramai orang telah menggunakan hubungan mereka bersama UMNO untuk mendapatkan pekerjaan di dalam UiTM. Mereka kini terdesak untuk mendapatkan satu lagi "Arshad Ayub" untuk mengambil tampuk pentadbiran, dan mengutamakan UiTM mengikut keperluan utama akademik berbanding dengan UiTM sekarang yang digunakan sebagai alat politik oleh beberapa ahli-ahli politik UMNO.
Tan Sri Datuk Dr Arshad Ayub telah dikenali sebagai pengarah yang tegas ketika beliau menjadi pengarah ITM dan beliau juga dikenali sebagai pemimpin pendidikan melayu bona fide tanpa apa-apa motif politik tersembunyi, tidak seperti rentetan orang-orang yang mensasarkan UiTM. Terdapat keresahan di kalangan alumni mengenai persepsi bahawa UiTM adalah satu lombong emas untuk ahli-ahli politik.
Kerana ia adalah universiti terbesar di Malaysia, mempunyai cawangan di setiap negeri, kontrak kerajaan dan tender melalui UiTM sangat menguntungkan dan terdapat kebimbangan berdasarkan desas-desus bahawa beberapa ahli politik telah memonopoli pemberian kontrak dan tender UiTM kepada syarikat kroni mereka dan ini dipermudahkan jika mereka mengawal UiTM.
Ini sudah tentu hanya satu khabar angin yang tidak berasas kerana kontrak dan dokumen tender di UiTM dikelaskan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan pasti tiada cara bagi sesiapa untuk mengetahui penerima kontrak dan tender di UiTM, termasuk tender bagi kerja-kerja pengubahsuaian besar-besaran untuk masjid UiTM Shah Alam.
Tetapi secara serius, bolehkah kita menyalahkan yang dihormati Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid kerana bencana baru-baru ini? Kita harus kasihan kepadanya. Lagipun dia secara peribadi telah dilantik oleh rakan baiknya, Dato' Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Pengajian Tinggi, yang pastinya hanya berminat dalam pembangunan pendidikan Malaysia dan bukannya tenggelam dalam politik naungan UMNO. Ini adalah NC terbaik yang pernah ada dalam sejarah UiTM.
Mungkin perkara itu masih terlalu awal sekarang. Tetapi keadaan ini tidak seteruk yang disangkakan. Kasihanilah NC ini. Seorang yang beperwatakan jujur sepertinya, dibebani dengan misi untuk "meletak anak bumiputra di peta dunia". Kita harus menaruh keyakinan kita kepadanya. Lagipun, berapa ramai NC yang sanggup menanggung masalah kakitangan mereka dengan mutiara-mutiara kata? Hanya NC ini. Salah satu e-mel beliau yang hebat dan menenangkan mungkin penawar terbaik untuk keributan sekarang:
"Semasa saya kecil, ibu saya suka untuk menyediakan sarapan pagi untuk makan malam. Dan saya masih ingat pada satu malam khususnya apabila dia telah membuat sarapan pagi selepas seharian bekerja keras. Pada petang itu, ibu saya meletakkan sepinggan telur, sosej, dan biskut hangus di hadapan ayah saya. Saya menunggu untuk melihat jika ada sesiapa yang perasan! Namun, apa yang ayah saya lakukan adalah mencapai biskut tersebut, tersenyum kepada ibu dan tentang persekolahan saya.
Saya tidak ingat apa yang saya beritahunya pada malam itu, tetapi saya masih ingat terdengar ibu meminta maaf kepada ayah kerana termasak biskut hangus. Dan saya tidak akan akan pernah lupakan apa yang dikatakannya: "Sayang, saya suka biskut hangus"
Pada malam itu, ketika saya pergiuntuk mengucapkan selamat malam kepada ayah saya bertanya kepadanya sama ada dia benar-benar sukakan biskut hangus. Dia memeluk saya dan berkata, "ibu anda bekerja keras sepanjang hari di tempat kerja dan dia benar-benar letih. Lagipun ... biskut hangus tidak menyakitkan sesiapa!"
Anda tahu, hidup ini penuh dengan perkara-perkara yang tidak sempurna ... dan orang-orang yang tidak sempurna .. Saya bukan yang terbaik dalam apa-apa jua yang sukar, dan saya juga terlupa hari lahir dan ulang tahun sama seperti orang lain. Apa yang saya pelajari selama bertahun-tahun ialah belajar untuk menerima setiap kesalahan orang lain dan memilih untuk meraikan setiap perbezaan yang lain, ia adalah salah satu kunci yang paling penting untuk mewujudkan hubungan yang sihat, yang semakin meningkat, dan persahabatan yang berkekalan.
Hidup terlalu singkat untuk bangun dengan rasa menyesal ... Cintailah orang-orang yang melayani hak anda dan lupakan orang-orang yang tidak.
NIKMATI HIDUP SEKARANG - IA ADA TARIKH LUPUT "
UiTM SENTIASA DI HATI KAMI.
Kredit :
MC