Masanya telah tiba untuk mendedahkan siapakah pembunuh AHMAD SARBAINI MOHAMED
Adakah anda masih ingat pada bulan lepas
Malaysia Today telah mengeluarkan empat bahagian siri pembohongan dan penipuan di sebalik kematian Ahmad Sarbaini Mohamed, Timbalan Pengarah Kastam yang telah dibunuh pada ke-6 April 2011 semasa di bawah tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang?
Kami telah berhenti di Bahagian 4 kerana kerana ingin memberi peluang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis dan Peguam Negara Gani Patail untuk menebus diri mereka, dan sekali lagi, menjadi bersih dan bercakap benar.
Malaysia Today berjanji bahawa Bahagian 5 hanya akan diterbitkan jika mereka cuba untuk melindung habis-habisan inkues dan menyapu semuanya ke bawah karpet. Ia kelihatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan orang-orang yang bekerjasama dengan mereka masih tidak bertaubat selepas kemelut kematian Teoh Beng Hock.
Malaysia Today tidak mempunyai banyak pilihan dan kini meneruskan bahagian 5 hingga 8 tentang pembohongan dan penipuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kebenaran harus didedahkan dan mereka yang berjalan di koridor kuasa akan ditelanjangkan kepada semua untuk dilihat.
Dari kamar Peguam Negara nampaknya telah cuba untuk menutup mata rakyat Malaysia dengan memastikan DSP Sharul Othman Mansor dari Siasatan Jenayah PDRM untuk berkata di dalam inkues bahawa kematian Ahmad Sarbaini bukan kerana dibunuh dan juga membunuh diri.
Bagi menenangkan keluarga Ahmad Sarbaini, dan Kesatuan Kastam yang berpengaruh, Peguam Negara Gani Patail telah menggunakan bahawa Encik Peguam Fixit Extraordinaire (Pakar Membaikpulih), Dato Seri Shafee Abdullah, untuk mencipta sebuah cerita bahawa Ahmad Sarbaini telah cuba melarikan diri dengan melompat keluar dari tingkap ke bumbung bangunan berdekatan dan akhirnya jatuh dan menyebabkan kematiannya.
Dengan lain perkataan, Ahmad Sarbaini meninggal dunia ketika cuba melarikan diri dengan melompat keluar dari tingkap seperti seekor burung.
Tapi, ini bukanlah apa yang 'burung' kami sampaikan, 'sumber dalaman' dari peringkat atasan Polis Diraja Malaysia atau PDRM. Apa yang telah mereka beritahu kami adalah satu cerita yang sangat berbeza sekali.
Malaysia Today tidak berniat untuk menghina Koroner Aizatul Akmal Maharani. Walau bagaimanapun, sejak Koroner itu membuat lawatan ke bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, dia sendiri boleh melihat bagaimana tidak munasabahnya teori 'kematian kerana kemalangan' bagi pihak keluarga, Kesatuan Kastam, dan kepada semua rakyat Malaysia yang ingin melihat nama seorang lelaki yang tidak bersalah ini dibersihkan dan pembunuh itu dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan.
Koroner Aizatul Akmal membuat pemeriksaan ke bangunan SPRM di Jalan Cochrane
Kini, pertama sekali, benarkan
Malaysia Today untuk membantu anda mengingati dan memahami semula fakta-fakta dan bukti kepada keseluruhan tragedi ini. Kemudian kami akan dedahkan identiti pembunuh itu. Mudah-mudahan, Koroner Aizatul Akmal juga akan mendapat penemuan yang sama, jika tidak, dia akan kelihatan seperti seseorang yang sangat bodoh.
Ops 3 B
Pada 28 Mac 2011, Ibu Pejabat SPRM telah melancarkan Ops 3B yang sensasi. Pada 1 April (mungkin juga dianggap sebagai gurauan April Fool), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 62 pegawai Kastam di Pulau Pinang, Johor, Selangor dan Pahang. Pegawai-pegawai Kastam yang ditangkap sepatutnya adalah sebahagian daripada sindiket di seluruh negara yang telah menipu cukai hasil kerajaan lebih RM108 bilion.
Bagaimana SPRM mendapat angka itu adalah satu misteri dan nampaknya ia boleh masuk ke dalam rancangan Ripley’s Believe it or Not. Dalam apa-apa peristiwa selepas itu, SPRM tidak lagi memetik angka RM108 bilion dalam kenyataan rasmi mereka. Mereka mungkin sedar bahawa ini adalah hanya khayalan imaginasi mereka, fantasi yang mereka cipta dan berakhir dengan melahirkan orang-orang yang bertanggungjawab untuk menjadikan cerita ini boleh dipercayai.
Tugas dan objektif yang diberikan oleh ibu pejabat SPRM ke pejabat negeri masing-masing, termasuk SPRM KL, adalah untuk kenal dan tahan. Oleh itu, serbuan dan tangkapan dibuat tanpa sebarang siasatan terlebih dahulu. Lagipun, modus operandi SPRM ialah tangkap dulu dan jalankan siasatan kemudian.
Media arus perdana telah disuapkan dengan cerita-cerita bahawa pegawai-pegawai Kastam ini memiliki kekayaan yang luar biasa dalam akaun bank dan terdapat rampasan jongkong emas dan beg wang tunai (seperti yang anda lihat dalam dilem 'Ali Baba dan 40 Pencuri'). Ini menimbulkan kehairanan dikalangan orang awam.
Walau bagaimanapun, sehingga kini, tidak seorang pun diantara pegawai-pegawai ini telah dikenakan sebarang tuduhan jenayah.
Penangkapan Ahmad Sarbaini.
Pada jam 12 tengahari 1 April, Pegawai Penyiasat Kastam (IO) Sheikh Niza Khairy Bin Sheikh Mohamad telah pergi ke pejabat Ahmad Sarbaini dengan beberapa pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) lain untuk menangkap dia. Walaupun Ahmad Sarbaini malu, sebagai seorang lelaki yang bertakwa, dia tetap tenang dan ditahan.
Pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipanggil ke mahkamah dari awal lagi menyatakan bahawa Ahmad Sarbaini adalah sangat memberikan kerjasama dan tenang. Apabila ditanya tentang aset, tanpa teragak-agak Ahmad Sarbaini membawa mereka ke rumah beliau yang dimiliki bersama dengan isteri dan telah disewakan, dan menunjukkan rumah yang mereka diami pada masa itu (rumah kos rendah dan sederhana).
Ketika di rumahnya, beliau telah memesan anak perempuannya untuk memberitahu isterinya bahawa dia tidak akan pulang pada petang itu.
Ahmad Sarbaini juga berjaya memberikan dan menyediakan kepada pasukan Sheikh Niza dengan semua penyata bank miliknya dan isterinya. Semua maklumat ini telah diberikan oleh Ahmad Sarbaini pada masa dia ditangkap.
Oleh kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menjalankan apa-apa penyiasatan terlebih dahulu kepadanya, mereka tidak tahu apakah soalan yang hendak ditanya selepas mereka menahannya. Jadi mereka telah membiarkan dia semalaman di lokap polis Bukit Jalil.
Itu juga sebahagian modus operandi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menakut-nakutkan mereka yang ditahan.
Pernyataan Beramaran Pertama Ahmad Sarbaini
Walaupun beliau ditangkap pada tengah hari 1 April, Ahmad Sarbaini menghabiskan sepanjang hari April Fool di dalam lokap. Pada keesokan harinya, pada April 2 selepas kebenaran tempoh tahanan selama 24 jam akan berakhir, SPRM menyedari mereka terpaksa melepaskannya atau memohon untuk meremannya.
Oleh kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak mempunyai apa-apa bukti rasuah terhadapnya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat meremannya. Jadi Ketua Unit Siasatan (Kus) Mohd Fauzi Bin Hussin @ Che Mamat telah mengarahkan IO SPRM Mohd Rosly Bin Mohd Saupy untuk merekodkan kenyataan Ahmad Sarbaini sebagai orang yang ditangkap/dituduh. Dengan berbuat demikian, Fauzi mahu menutup penangkapan palsu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ahmad Sarbaini.
Pernyataan Beramaran itu telah direkodkan di bawah seksyen 53 (3) Akta SPRM dan merupakan kenyataan pertama yang diberikan oleh Ahmad Sarbaini sebanyak enam muka surat di mana beliau telah memberi penerangan terperinci semua aset keluarganya. Ia telah dicatatkan dalam masa 45 minit dan Ahmad Sarbaini secara khusus menafikan pernah menerima apa-apa "wang imbuhan" di samping telah menunaikan amanah beliau.
Malaysia Today akan menyiarkan salinan Kenyataan Beramaran ini pada Bahagian 8 siri ini dan anda akan dapat melihat seawal pada halaman 4 di mana beliau telah membuat penafian secara mutlak.
BERSAMBUNG
Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 1
Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 2
Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 3
Bongkar Kematian Ahmad Sarbani : DUSTA dan PENIPUAN SPRM - BAHAGIAN 4