blog how to, blog trick, blog tips, tutorial blog, blog hack

Masukkan email anda:

Disediakan oleh: FeedBurner

PULAKDAH FRIENDS

Al-Fatihah, Dr Lo'Lo MENINGGAL DUNIA Sebentar Tadi - TWEETER Dr Lo'Lo

Sunday, July 17, 2011

Dari FB Dr Lo'Lo : ‎[keluarga] Innalillahiwainnailaihirojiun.​Dr. Lo'lo' baru menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jenazah sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato' Keramat.

Al-fatihah. Pihak kami sudah terima pengesahan daripada kepimpinan PAS yang lain : Author Faethal
Read Full 0 comments

Jika SAYA Dinasor, Dia BAPA BUAYA - Ibrahim Ali

PETALING JAYA: Kuasa Perkasa Ibrahim Ali telah menggelar Ketua Pengarang Kumpulan The Star, Wong Chun Wai, sebagai "bapa buaya" dan menuduh tulisannys sebagai "sangat halus untuk memusnahkan asas perlembagaan negara".

Kecaman terbaru Ibrahim ini dibangkitkan oleh ruangan penulisan Wong dalam Sunday Star hari ini yang bertajuk "Talk Less, Listen Harder" di mana beliau telah mencadangkan kepada semua ahli politik supaya mula memberi perhatian kepada bos sebenar iaitu rakyat.

"Kami tidak berminat dengan pembinaan bangunan 100 tingkat, ataupun isteri perlu patuh kepada suami mereka di atas katil, mahupun kritikan perkauman dari dinasor politik seperti Datuk Ibrahim Ali Perkasa," Wong menulis.

Semasa berucap merasmikan mesyuarat tahunan Perkasa Perak petang tadi, Ibrahim yang berang telah berucap kepada 1,200 perwakilan bahawa dia tidak berminat sama dengan "kecaman perkauman dari bapa buaya kolumnis seperti Wong Chun Wai".

"Saya tahu orang ini menulis dengan sangat halus untuk memusnahkan asas perlembagaan negara," katanya dalam satu kenyataan melalui pesanan mesej. "Jadi, saya ingin katakan betul-betul di hadapan Wong Chun Wai, anda boleh menulis dan menipu orang lain tetapi tidak kepada dinasor Ibrahim Ali."

"Saya bangga menjadi dinasor Melayu yang akan melindungi terhadap orang-orang yang cuba untuk menulis kontrak sosial yang baru untuk Malaysia. Oleh itu kepada Wong jaga perangai anda dan jadilah seorang warganegara Malaysia yang baik. Jangan cuba untuk meminta lebih. Cukup cukup."

Apabila ditanya apakah makna "bapa buaya", Ibrahim berkata bahawa ia merujuk kepada sifat orang munafik yang menelan segala-galanya.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas kemudiannya turut mengheret pemimpin Pakatan Rakyat di dalam serangan kata-kata beliau.

"Jika saya ialah dinosaur, maka (Ketua Pembangkang) Anwar Ibrahim (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, (Mursyidul Am PAS) Nik Aziz Nik Mat (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng (Pengerusi DAP) Karpal Singh adalah bapa kepada bapa dinosaur," katanya. "Mereka (telah berkuasa) lebih lama daripada saya. Kami memanggilnya mereka bapa nepotisme."

Ibrahim mempersoalkan mengapa Wong terlepas daripada melihat fakta ini.




Kredit : FMT
Read Full 1 comments

Sambutan HANGAT Anwar Ibrahim Di SABAH

Hari ini adalah sambungan program Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sabah selepas semalam berlangsung program yang sama di Sarawak. Sejak awal pagi lagi dimaklumkan oleh Ketua PKR Tawau bahawa semua permit untuk program ini tidak diberikan dan road-block telah diadakan untuk jalan yang menghala ke program ceramah di Retsoran Sri Damai, Tawau..

Oleh kerana program itu tidak diberikan permit, maka program telah diubah kepada majlis bertemu rakyat pada jam 2.00 ptg di dalam premis sendiri iaitu di Pejabat PKR. Alasan bodoh polis mengapa tidak diberikan permit adalah kerana 'Sekarang bukan musim pilihanraya'.

Walaupun terdapat pelbagai halangan oleh pihak polis, termasuk menutup jalan menuju ke pejabat PKR sehingga memaksa orang ramai mencari laluan alternatif untuk ke sana, namun kehadiran rakyat Sabah adalah sangat menggalakkan.

Ramai rakyat Sabah yang setia menanti kehadiran DS Anwar Ibrahim walaupun dihalang oleh pihak polis.

Antara rakyat Sabah yang menyambut ketibaan DS Anwar Ibrahim

"Kerana ikut tuntutan agama dan perlembagaan, saya faham pentingnya untuk menghormati pelbagai agama dan nilai-nilai, (akhirnya) saya pun dituduh agen Kristian." - Anwar Ibrahim sedang memberikan ucapan.


Penceramah yang turut ada dalam program petang ini adalah :
1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2. YB Tian Chua
3. YBhg Datuk Kalakau Untol
4. YBhg Ahmad Tamrin Haji Jaini
5. Ybhg Dato’ Kong Hong Ming


Kredit : Tian Chua
Read Full 3 comments

ANGRY BIRD Dalam Soalan Peperiksaan...


Haha.....play & learn! : Author Faethal
Read Full 1 comments

TERKINI : Dr Lo'Lo' MENINGGAL DUNIA? (UPDATE)


Al fatihah buat Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo, yang telah meninggal sebentar tadi. Dr Lo’lo’ yang sejak semalam tidak sedarkan diri dan bergantung kepada mesin pernafasan ketika sedang menerima rawatan komplikasi penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya.

Beberapa tweet dari pemimpin PR :



UPDATE :


Untuk makluman, mama saya masih dalam rawatan di hospital dan sebarang berita lanjut akan di post dari masa ke semasa.. Minta terus doakan mama saya.. - Anak Dr. Lo'lo


Pengesahan dari Pimpinan PAS selangor, berita itu palsu dan salah faham. HARAP MAAF : Author Faethal
Read Full 1 comments

Dihalang Polis, Anwar CERAMAH Dari TINGKAP Di Sarawak

Anwar Ibrahim sedang berada di dalam program Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Sarawak dari 16 Julai 2011 (Sabtu). Sambutan yang diberikan oleh rakyat Sarawak sangat menggalakkan. Kira-kira 500 penduduk Kuching yang berani telah menghadiri ceramah beliau mengenai Bersih 2.0 di Grand Continental, Kuching.


Kira-kira 500 rakyat Kuching yang berani untuk mendengar ceramah Bersih 2.0 Anwar Ibrahim 

Sambutan yang menggalakkan ini menimbulkan ketakutan bagi kepimpinan kerajaan Negeri Sarawak. Ini dapat dilihat pada program Sambutan Menjelang Ramadhan Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Rumah Dato’ Hafsah Harun, Jalan Gita, Matang, Kucing.

Pihak berkuasa tidak memberikan permit. Anwar yang pada mulanya memberikan ceramah daripada anjung rumah, terpaksa bertukar tempat sekadar memberikan ceramah daripada tinglap selepas dihalang oleh pihak polis.

Anwar Ibrahim berceramah daripada tingkap, selepas dihalang polis daripada berceramah di anjung rumah
Read Full 1 comments

Kenali AJAK Yang Popular Selepas BERSIH 2.0

Inilah dia anggota Unit Amal yang telah dipopularkan oleh NST dan Berita Harian kerana gambar yang diubah suai.Nama pemuda ini Ajak dari Pahang. Gambar dirakamkan ketika beliau diberi peluang untuk berceramah di Taman Melewar.

Menurut Ajak, tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana mahu digambarkan akhbar berkenaan.


Beliau yang menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan menipu rakyat negara ini menggesa jurufoto yang menggambil gambarnya itu menyiarkan gambar yang sebenar atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Saya turun ke Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal keselamatan dan saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu rakyat ketika itu dan saya berada di depan sekali. Antara pimpinan yang ada ialah Dr Mohamad Hatta Ramli.




“Pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, saya sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis,” ujarnya.

Tambahnya, gambar yang masih disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas kosong ke tepi.

Katanya, anggota Amal diajar dengan disiplin yang tinggi dan jika beliau memiliki pisau sudah lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh banyak sekatan polis.

“Malangnya gambar tersebut telah diubah suai dengan niat jahat, menipu dan mengaibkan peserta himpunan menuntut pembaikan proses pilihan raya itu.



“Kenapa keluar gambar saya seorang, mana puluhan ribu lagi rakyat yang berarak dari Jalan Pudu hingga ke Maybank itu? Saya cabar akhbar itu siarkan gambar sebenar,” katanya.



Mengenai pemakaian topeng, beliau berkata itu bagi mengelakkan terhidu gas berasid yang boleh memudaratkan kerana beliau sudah bepengalaman acap kali menyertai demonstrasi.

Dalam pada itu beliau sedang berbincang dengan seorang peguam terkenal di sini bagi membawa kesnya itu ke mahkamah kerana beliau sudah mula menjadi tumpuan umum akibat gambar yang mengaibkannya disiarkan secara berleluasa.




Kredit : MinaqJinggo, Harakah,Albanjari
Read Full 0 comments
Related Posts with Thumbnails

Hot Blog

 

© Black Newspaper Copyright by Pulakdah! | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks